Saad belajar di sekolah rendah yang sama dengan Ku Afiqah, perempuan yang menjadi kawan rapat Saad. Di sekolah Ku Afiqah lebih dekenali dengan panggilan Fiqah. Dia berasa gembira kerana dapat bergaul dengan semua orang tetapi ayahnya, Ku Badrul amat risau dengan keselamatan anaknya.
"Fiqah .. boleh tanya tak ?" Kata Saad
"Boleh lah" Fiqah menjawab
"Awak boleh tak jadi kawan saya ?"
"Boleh!"
"Kita kawan sampai tua eh?!"
"Boleh saya akan tetap jadi kawan awak"
Mereka berkawan sehingga darjah tiga. Tetapi ayah Fiqah terpaksa hantar dia ke sekolah antarabangsa demi keselamatan anaknya . Katanya lebih selamat . Heh selamat sangat ke kat sekolah orang kaya tuh .
Pada waktu balik sekolah , Saad mengucapkan selamat tinggal pada kawan baiknya . Dengan harapan yabg dia akan menjadi kawan Fiqah sehingga tua . Nada melankolik dimainkan sambil mereka berdua duan di situ .
"Awak .. awak jangan lupa saya tau " kata fiqah .
"Saya janji" kata Saad .
Akhirnya Fiqah dijemput pemandunya dan di pulang ke rumah.
Saad berdoa agar mereka dapat berjumpa semula nanti .Saad berjaya disekolah rendah . Walaupun sentiasa dicemuh kerana kemiskinan keluarga dia , Saad tidak pernah mengeluh . Saad tahu dia mampu mengubah keluarga mereka .
Masyaallah bodohnya lahai budak sekolah ni 😑.Keputusan UPSR Saad sudah keluar dan dia mendapat keputusan cemerlang . Dia meminta ibunya supaya memasukkan dia ke MRSM . Ibu Saad membenarkan permintaannya , demi menjaga adik adiknya .
Tetapi Saad masih ingat janjinya . Dia akan tetap bersama hingga ke tua .
Masa menjadikan Saad seorang lelaki yang kacak , baik ,pandai dan berdisiplin . Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan bakal melanjutkan pelajaran jika ada tawaran belajar untuknya .
Sebelum dia menerima tawaran , Saad ingin membantu ibunya menjual nasi lemak pada waktu pagi di warung yang ibunya sewa . Dia kekadang keras kepala gak huhu . Nasi lemak dua puluh sen tara yang ada satu ringgit setengah .
"Mak, boleh tak Ad tolong mak jual nasi lemak kat pekan tu tak?" Kat Saad.
"Betul ke kau nak ni Ad?" Ibunya menyoal.
"Ala mak ni boleh lah , mak duduk ah rumah jaga adik tuhh" Saad buat muka .
"Hmmmm yelah . Esok kau jualkan ye?"
"Ok ,set!" Gembira hati Saad kerana dapat membantu ibunya.
Pada malam tu jugak lah Saad dan ibunya serta adik adiknya membuat nasi lemak dan segala bagai lauknya . Dia harap dapat habiskan nasi lemak itu. Ntah lah dia rasa gementar apabila dia yang akan berniaga nanti . Hah tulah nak sangat . Heh .
YOU ARE READING
Ku Baling Hatiku Ke Kamu
HumorCerita percintaan antara dua orang manusia yang berbeza dunia . Ku Afiqah seorang yang berketurunan berada , berhati keras , dan seorang yang bermasalah . Manakala Saad pula seorang lelaki miskin yang datang daripada keluarga yang susah yang menjual...