Epilog

19 1 0
                                    

Prangggggg....... Bunyi kaca pecah mengejutkan aku. Aku mempercepatkan langkah ku ke ruang tamu. Kelihatan Jean Ray memegang bingkai gambar aku dan kawan-kawanku 15 tahun yang lalu.
  "Mummy, maafkan Ray. Ray tak sengaja mummy. Ray tadi... "
  "Ray, tak pe nanti mummy belikan bingkai yang baru k sayang?  Tunggu mummy kat kereta. Nanti mummy menyusul. Mummy nak bersihkan kaca ni dulu k sayang?" kata ku sambil mengusap kepala anak kecil ku.
  "Im sorry mummy," kata anakku yang tunggal ini sambil berlalu menuju ke keluar rumah dengan muka monyok nya. Setelah menyapu semua serpihan kaca tersebut, aku terus menyapai kunci kereta untuk menghantar anak ku ke sekolah tadika. Kelihatan anak ku sedang tersenyum memandang ku sambil duduk di hadapan tempat duduk dalam kereta. Aku melemparkan senyuman untuknya. Dia membalas senyuman ku sambil melambai-lambaikan tangannya. Sepanjang perjalan ke sekolah tadika, anak ku tidak berhenti berceloteh tentang perbualannya dengan daddy nya petang semalam. Aku sekali sekala menyampuk apa yang ceritanya kepada ku. Kadang-kadang aku kesiankan anak ku ini ditinggalkan Daddy nya kadang-kadang sampai sebulan. Akhirnya kami sampai juga di tadika.
  "Bye mummy. Sayang mummy," kata anak tunggal kesayangan ku ini. Aku segera mencium dahinya sambil berkata, "Mummy pun sayang Ray, " Dia hanya tersenyum.
"Jangan nakal-nakal dekat sekolah ye. Ingat pesan daddy hari tu, "kata ku sambil mengusap kepalanya. Dia mengangguk pantas lalu berlari-lari masuk ke dalam tadika. Setelah memastikan dia selamat masuk ke dalam tadika, aku memecut ke Pusat membeli belah iaitu Giant dekat dengan perumahan ku untuk membeli barand dapur dan mencari kedai menjual bingkai gambar. Setelah itu, aku terus balik ke rumah. Setibanya dirumah, aku terus menyusun barang-barang yang telah ku beli sebentar tadi. Setelah usai mengemas barang-barang yang ku beli, aku mengapai gambar tadi dan mengantikan dengan bingkai yang baru.
Arrhhhhh...... Rindu nya dengan insan yang dalam gambar ni. Aku terimbau kenangan 15 tahun dahulu...

👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣

Dont Fall In Love With Me! Where stories live. Discover now