Jalan yang sunyi itu sesekali didengari bunyi kereta dan motor. Dipandang ke dada langit. Kelihatan bulan samar samar kerana dilitupi awan yang tebal.
"Hurm.. Bosannya. Nak buat apa ek?" Gumam Nora sendirian.
Setelah lama berfikir, akhirnya dia menelefon seseorang.
Bunyi deringan. Panggilan dijawab.
"Hello, nak apa?" balas suara di dalam talian dengan suara mendatar.
Berkerut dahi Nora.
"Ni dah kenapa? Suara macam baru lepas putus cinta je"
Adib mengeluh panjang.
"Tau-tau je kau ni kan? Ada ilmu hitam ke apa?" sangkal Adib.
Membulat mata Nora.
"Eh, eh.. Sedap je mulut eh! Cabut mulut tu baru tau" marah Nora.
Adib ketawa kecil. Baru gurau sikit, nak marah!
"Suka la tu gelak kat orang.. Cekik jugak dia ni" gumam Nora perlahan.
"Ooo.. Nak cekik aku ya. Hah, mehlah! Meh sini cekik aku" cabar Adib.
Makin meletop hati Nora. Dia ni...
"Ha, tadi tu kenapa? Putus cinta dengan siapa?" soal Nora. Sengaja menukar topik. Malas nak gaduh.
Senyap.
"Oi.. Orang tanya ni diam pulak!"
"Kau sibuk kenapa? Ni hal peribadi aku" jawab Adib. Dia menongkat dagu.
Nora mencebik. Ni hal peribadi aku. Podah!
"Kau ingat aku nak sangat tanya? Aku pun tak ingin nak dengar luah masalah kau tu"
Riak muka Adib berubah. Terasa mungkin.
"Eh, kau buat apa? Aku bosanlah kat sini.. Jom keluar makan nak?" ajak Nora. Dilihat jam di tangan, baru pukul 9 malam.
"Makan? Woi, dah larut malam ni kau nak keluar makan?" soal Adib. Pelik!
Nora membuat muka bosan.
"Alah, aku jelah yamg makan.. Kau tak nak sudah la" Nora seakan merajuk. Orang nak belanja dia marah pulak.
"Alololo.. Buruknya bila dia merajuk. Oklah, aku tunggu kau dekat rumah aku.Kau datang ambik eh?" soal Adib.
"Hmm, ya lah.. Cepat sikit turun lambat aku tinggal!" balas Nora.
Lalu panggilan antara mereka terputus. Nora bersiap siap untuk keluar.
Entah kenapa malam ni dia rasa teruja nak keluar makan. Ada sesuatu ke?
*******
"Haih la.. Aku ingatkan dia setia sampai aku mati.Cakap je lebih! Aku jugak yang kena tinggal" bebel Adib sendirian.
Dipandang gambar dalam skrin telefonnya lama. Kemudian dia tutup.
Adib termenung lama. Banyak berfikir dia pada hari itu. Kecewa, marah, sedih semuanya bersatu dalam hati.
Kalau difikirkan, mahu saja dia kerjakan perempuan penipu tu. Simbah asid ke, langgar dia laju-laju ke.. Puas hati!
Tapi dia masih waras. Tak mahu panjangkan cerita. Dia termenung lagi. Makin lama mata dia kian layu. Layu dan layu.
Setelah tiba di rumah Adib, dia mencari kelibat lelaki itu.
15 minit berlalu. Batang hidung Adib pun dia tak nampak.
"Dia ni buat apa? Ingat ke tak nak keluar ni?" dilihat rumah Adib. Lampu depan buka. Orang je tak ada.
Lalu Nora keluar dari kereta. Dia menelefon Adib.
Panggilan tidak dijawab. Nora pelik. Namun dia menelefon lagi lelaki itu.
Hanya suara operator wanita yang kedengaran.
"Ish! Sengal betul Mamat ni" marahnya.
Tiada pilihan lain. Dia memandang sekeliling kawasan. Cun. Tak ada orang.
"Adib!!"
"Adib!!"
Hampa. Tiada sahutan. Malam itu, Nora terasa amat marah dengan Adib. Niat hendak keluar makan terbantut.
Dia pulang dengan rasa sebal.
"Sengal kau Adib! Buat penat aku je datang sini! Tengoklah esok!"
Laju kereta Myvi milik Nora
memecut. Pandu mengikut hati.
*******
"Huarghh!.. Emm, dah pukul berapa ni?" dia tercari-cari telefonnya.
"Baru pukul 8.30 pagi" kemudian dia meliuk lentukkan badan. Hilangkan rasa penat.
Dia menuju ke dapur untuk meneguk segelas air. Kemudian dia berura-ura naik ke atas.
Adib memandang telefonnya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Alamak!" membulat matanya. Tanpa menunggu, terus dia mendail nombor seseorang. Tatkala buka telefon, skrinnya memaparkan panggilan tidak dijawab.
"Aduh!" dia menepuk dahi.
Terus Adib dail nombor Nora.
Nora yang sedang makan di cafe terdengar telefonnya berbunyi.
"Adib" sepatah perkataan keluar di bibirnya.
"Nak jawab ke tak?" Nora berfikir-fikir.
Idea jahat muncul.
"Semalam aku call dia tak angkat. Kali ni dia call.. Aku tak payah angkat!" dia letakkan telefonnya disebelah.
Dua tiga kali lelaki itu telefon. Rasa jahat kian luntur.
Kesian la pulak.
"Argh! Ni yang aku benci ni.. Cepat sangat hati ni lembut" lambat-lambat dia menjawab panggilan itu.
"Hello Nora? Sorry, semalam aku tertidur.. Aku lupa gila, sorry Nora" tutur Adib dengan rasa bersalah.
Terkedu Nora. Wait, betul ke yang telefon aku ni Adib?
"Err.. Adib aku.. Aku"
"Maafkan aku, aku bukan sengaja.. Kalau kau tak maafkan aku.. Aku faham" perlahan suara Adib. Makin terkedu Nora.
"Eh, jangan cakap macam tu.. Aku okey jelah. Pasal semalam tu.. Biarlah" balas Nora.
Err, nak cakap apa lagi?
"Adib, kau tak kerjakan hari ni? Apa kata kau pergi kat cafe yang selalu kau lepak tu.. Aku ada kat situ" cadang Nora.
Sejuk menggila hati dia saat Adib meminta maaf pasal kejadian semalam. Tak jadi nak balas dendam.
"Hah, okey okey.. Aku datang,bagi aku 20 minit eh? Tunggu tau" kemudian panggilan terputus.
"Cepatnya letak. Nak cakap okey pun tak sempat" gumam Nora. Kemudian dia sambung nikmati makannya.
Geli hati pula bila Adib sikap macam tu. Gelabah, kelam-kabut.. Ahh, cair pula hati dia.
************
Best atau tak? Tu tak penting.. Yang pentingnya komen dari korang dan rasa puas hati korang dengan bab kali ni.. Tolonglah komen kalau kurang.. 🙏🙏🙏🙏
YOU ARE READING
AWAK IDOLA SAYA
RandomAkibat stress dengan sikap sawan gila si Adib, Nora membawa diri ke Melaka selama seminggu. Selama ketiadaan Nora, Adib terasa sangat bosan baginya. Tiada gurauan sinis, tiada teman bercakar.. Ah, sungguh bosan! Lalu Adib buat keputusan untuk menca...