"Kau dengar sini.. Aku tak nak tengok kau keluar dengan kawan-kawan kau lagi. Aku meluat! Aku benci!" tengking Farul.
Cengkamannya semakin kuat di tangan Sanisa.
"Tapi kenapa? Apa yang saya dah buat sampai awak tak bagi saya keluar dengan kawan saya?" soal Sanisa dalam keberanian.
Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis.
Farul tersenyum sinis. Didekatkan mukanya ke telinga Sanisa.
"Sebab aku tak suka.. Dan kalau aku jumpa sesiapa datang rumah ni tanpa kebenaran aku, aku pancung kepala kau!" bisik Farul dengan perlahan.
Terdiam Sanisa. Cengkamannya dilepaskan. Terduduk dia di situ.
"Aku nak pergi office.. Kalau aku balik kau tak ada kat rumah, mampos kau aku kerjakan!" ucap Farul kuat.
Kemudian terdengar pintu terbuka dan tertutup.
Sanisa menangis tanpa henti. Dia meraup mukanya.
"Kenapa? Kenapa aku kena hidup macam ni? Apa salah aku?" ucap Sanisa lirih.
Matanya kabur dek air matanya.
*******
"Hai.. Maaf kalau lambat" sapa seorang lelaki. Siapa lagi kalau bukan Adib.
Nora hanya diamkan diri.
"Duduk eh?" pinta Adib. Nora hanya angguk.
"So, apa plan kita harini?" soal Adib sambil menongkat dagu.
Dipandang Nora. Hei.. Macam mengelamun je.
"Nora" panggil Adib.
"Hah? Ya?"
Sah mengelamun.
"Aku cakap apa plan kita harini?" ulang Adib.
Dahi Nora berkerut.
"Plan? Plan apa?" soal Nora balik.
"Lah.. Maksud aku, lepas ni kita nak pergi mana?" Adib mula bosan dengan Nora.
Berkerut 14 dahi Nora.
"Heh, bila masa pulak? Kita ajak dia datang sini je.. Perasan nak makan angin dengan dia" Nora mencebik.
Panas pula hati Adib.
"Yelah.. Dia tu siapa kita ni siapa" Adib memasamkan muka.
Ecxuse! Ok typo.. Excuse!
"Fikir cute buat muka macam tu?" Nora menjeling tajam Adib.
Melihat Adib yang diam saja, dia mula rasa bersalah.
"Hei"
Adib tak layan. Buat-buat main telefon.
"Adib"
Tak layan jugak. Apa nak buat eh?
Haa...."Aku nak call awek kau.. Cakap yang kau ni merajuk tak tentu pasal" ucap Nora dengan senyuman.
Dia buat-buat dail. Adib toleh ke arahnya.
"Hello?" kononnya panggilan itu dijawab.
Okey, Adib dah mula gelabah.
"Woi!" sergah Adib. Terkejut Nora.
"Eh, sakit telinga tau tak?" marah Nora.
Hahaha, merajuk lagi.. Padan muka!
"Dah tak ada kerja ke nak dail perempuan tu? Dah mereng?" soal Adib tak puas hati.
Tajam pandangan Nora.
"Dah kau tu orang panggil tak menyaut!" marah Nora.
Masing-masing wajah menyinga. Sebengis yang mungkin.
"Aku nak balik" ucap Adib seraya bangun dari situ.
Muka Nora berubah. Alah, apa aku dah buat?
"Eh, eh Adib.. Tunggulah" pinta Nora.
Namun hampa. Adib berlalu begitu saja.
Melihat kelibat Adib makin hilang dari pandangan, makin dia rasa bersalah.
Nampaknya hubungan dia dan Adib semakin rumit. Ingatkan nak selesaikan keadaan. Tapi sebaliknya pula.
"Maafkan aku Adib"
************
Bosan? Seronok? Tak kena? Bab terlalu pendek? Semuanya dalam komen.. Support please 🙏🙏
YOU ARE READING
AWAK IDOLA SAYA
RandomAkibat stress dengan sikap sawan gila si Adib, Nora membawa diri ke Melaka selama seminggu. Selama ketiadaan Nora, Adib terasa sangat bosan baginya. Tiada gurauan sinis, tiada teman bercakar.. Ah, sungguh bosan! Lalu Adib buat keputusan untuk menca...