Aku terburu-buru menyiapkan diri ku untuk pergi membantu Ummi di warung. Haih! Tu lah pasal, suka sangat tidur lewat kan dah kena.
"Zafiqa Airin Marsella!! Belum siap-siap lagi ke. Ummi dah nak gerak ni." Ummi mengambil kunci kereta.
"Kejap Ummi, kejap." Aku terus memakai tudung bawal crepe yang baru sahaja aku iron.
Ummi memasukkan barang-barang warung ke dalam bonet kereta. "Haih! Mana pulak anak dara sorang ni?. Dari tadi tak pandai nak siap" Ummi menutup pintu bonet itu lalu masuk ke dalam perut kereta.
"Ummi!! Tunggu Iqa!" Zafiqa cepat-cepat mengunci rumah. Dia terpusu-pusu masuk ke dalam kereta.
"Sorry Ummi. Iqa lambat" Aku memakai tali pinggang keledar sebelum Ummi membebel lagi.
"Kamu tu kan anak dara. Jadi, kena lah pandai jaga diri. Ini tak, bangun pun lambat. Haih! Sapa la teruna yang nak perempuan macam Iqa ni". Kan dah agak, tak sah kalau Ummi tak membebel di pagi hari. Yang kena bebel tu mesti aku.
' Hmm, tak yah la Iqa kahwin sampai tua kalau tak de teruna yang nak' Aku hanya jawap dalam hati. Nayah aku kalau tutur kat lidah ni.
Ummi memandu kereta yang kami naiki ke warung yang tidak jauh dari kediaman kami.
Setibanya di warung, aku mengangkat segala barang yang berada di bonet kereta. Ummi pula terus sahaja masuk ke warung hendak menyiapkan makanan.
Selepas mengangkat barang, aku menyusun pula kerusi dan meja untuk para pelanggan yang akan tiba nanti. Biasanya, warung akan buka sekitar pukul 7 pagi dan tutup pada pukul 8 malam.
Warung Ummi tak lah sebesar mana pun. Jadi, Ummi hanya mengupah 2 orang pekerja untuk membantu kami di warung.
♡☆♡☆♡☆
Megat Azreel Danish bersiap-siap untuk pergi berjoging di taman. Setiap hari Sabtu dan Ahad, dia akan manjalankan aktiviti itu. Badan kena la jaga. Takkan la time cuti sekolah, badan pun kena cuti.
"Ma!, Azreel keluar dulu" aku duduk di hadapan pintu untuk memakai kasut.
"Eh! Azreel tak nak sarapan dulu ke?. Nanti sakit perut". Mama berdiri di pintu memanggil ku untuk sarapan dengannya.
"Tak pe ma. Nanti Azreel makan kat luar je" aku mengambil tangannya lalu ku kucup.
"Hmm, ye la. Hati-hati ye" Mama mengusap kepala ku ketika aku mengucup tangannya.
"Okay ma. Azreel jalan dulu. Bye"
"Bye" Mama hanya melambai ke arah ku hingga aku hilang dari pandangan nya.
Setelah lebih setengah jam aku berjoging, hujan turun membasahi bumi. "Aku pergi breakfast la dulu". Azreel berlari-lari anak menuju ke arah sebuah warung yang tidak jauh dari taman itu.
'Habis basah baju aku'.
Aku duduk di kerusi kosong yang disediakan.
'Hmm, ramai jugak pelanggan kat sini. Mesti makanan kat sini sedap'.
Aku mengelap baju ku yang basah menggunakan tisu yang juga telah disediakan.
"Iqa!!. Ambil pesanan dengan lelaki kat sana tu". Ummi mengarahkan anak daranya dan Zafiqa hanya menurut. Actually, Zafiqa masih berasa mengantuk. Macam mana tak mengantuk kalau tidur lewat semalam.
'Haih.. ye la, tak dapat gaji la ku kalau tak jalankan tugas'.
"Abang nak makan apa?" Zafiqa berdiri di hadapan meja itu. Bertentangan dengan Azreel yang sedang kushyuk membersihkan bajunya.
'Ishh, pekak ke mamat ni'.
"Ehem!. Abang nak makan apa?" Sekali lagi Zafiqa bertanya dengan mamat di hadapannya itu.
"Eh!, sorry." Azreel berhenti menjalankan aktivitinya itu. "Saya nak order nasi goreng dan kopi O je"
"Ok, jap ye". Zafiqa terus beredar dari situ menuju ke dapur.
Azreel membuka instagram nya. Sekadar nak isi masa.
Aku membaca komen-komen yang dilontarkan oleh pengguna insta yang lain terhadap gambar yang baru sahaja aku upload ketika di taman tadi.
Comment
Nina9001: Wahh, hensemnya awak..Izah_syah: Nak nombor hp ,boleh?
Syafiqa_iqah: Cute lah awak ni.. Nak je cubit pipi tu.
MariahXD: Muahhh..
'Hishh, geli pulak aku baca komen-komen diorang ni'.
Azreel meletakkan iPhone 7 plus nya di tepi. Dia menongkat dagu dengan tangannya sambil menunggu makanannya.
Zafiqa datang menghampiri Azreel dengan kedua tangannya memegang kopi panas dan memegang nasi goreng.
Tiba-tiba...
Zafiqa tanpa sengaja tergelincir lalu tertumpah kopi yang panas itu tepat mengenai baju Azreel akibat laluan yang di lalui oleh Zafiqa tadi agak licin
Nasib baik kopi itu tidak terkena iPhone nya kerana dia meletakkan iPhone itu di tepi.
YOU ARE READING
ZAFIQA
RomanceAku bertemu semula dengan seseorang. Seseorang yang telah lama menghilang. Dan apabila dia muncul semula, Dia tidak seperti dulu, Malah berubah daripada apa yang aku jangka kan -Zafiqa- This is school love story. No kahwin paksa.. Just read and see...