Chapter 10

1.9K 84 0
                                    

Hampir 2 bulan Yana bersekolah dan telah mempunyai ramai rakan. Antara rakan baiknya adalah Aina dan Jiha. Mereka selalu bergerak bersama semasa di sekolah.

Setiap hari Yana akan makan bersama rakan2nya.

"Wey Yana, petang ni kita ada perjumpaan kelab di bilik muzik. " kata Jiha.

"ohh yeke. ok lah nnti kita pergi sama eh"

"ok je. "

Selepas kelas, pada waktu petang Yana dan Jiha menghadiri perjumpaan kelab muzik mereka.

Tanpa Yana ketahui suaminya Imran ialah ketua kelab tersebut. Imran awal2 lagi sudah tahu kehadiran Yana.

Imran sungguh senang hati melihat keadaan isterinya yang comel itu sihat dan gembira sekarang, dia tidak sabar untuk menjalani kehidupan dengan Yana seperti sebelumnya.

Yana yang tidak tahu apa2 datang bersama Jiha teruja dengan kelab itu kerana Yana sangat minat untuk menyanyi dan menari. Suara Yana juga tidak kurang merdunya.

"Hello, hi semua" perjumpaan itu dimulakan dengan ucapan dan taklimat dari ketua.

"pada hujung bulan hadapan suatu majlis akan diadakan sempena menyambut tahun ke 10 kelab kita ini, jadi kita akan membuat persembahan pada hari itu. "

"kita akan pastikan kelab kita ini sentiasa cemerlang dan menarik minat orang lain untuk mencuba! "

"yeyh!! " sambut ahli lain dengan tepukan.

"ok jadi kita mulakan semua ahli memilih pasangan lelaki dan perempuan. "

"Yana aku pergi dulu ehh." ujar Jiha.

"Jiha aku nak pasangan dengan siapa!? aduh payah la. aku dah la x kenal sangat ahli2"

Yana hanya berjalan sambil melihat jika ternampak sesiapa yang masih tiada pasangan.

Yana terkejut apabila terlanggar sesuatu semasa berjalan ketika matanya meliar-liar melihat org.

"ehh sory2 x sengaja tadi." Yana terus meminta maaf setelah mendapati dia terlanggar ketua kelab.

"xpe, kamu dah ada pasangan? " tanya ketua.

"belum saya masih mencari la. " balas Yana.

Ketua ataupun Imran menghulurkan tangannya tanda mahu menjadi pasangan Yana.

"ehh saya ni budak baru, x tahu sangat nnti awak susah nak berlatih. " jelas Yana.

Imran masih lagi menghulur tangan dia tidak putus asa untuk memikat isterinya yang baru pertama kali mendengar suara selepas beberapa bulan lalu.

"huh.. baiklah" Yana menyambut tangan Imran tanda setuju untuk menjadi pasangannya.

Imran memegang erat tangan isterinya yang sangat di rindui.

Hati Yana mula berbisik.
"kenapa pegangan dia seperti sesuatu yang sangat indah, atau aku hanya gementar,huh relax Yana u can do it! "

"ok guys may i have your attention! " Imran mula mendapatkan tumpuan ahli untuk memulakan latihan.

Terkejut juga Jiha melihat Yana berpasangan dengan ketua yang kacak dan digilai ramai itu, bukan sahaja Jiha malah pelajar perempuan lain juga turut cemburu.

Yana sedikit kekok kerana banyak mata yang memandang seperti tidak puas hati. Namun dia hanya berdiam diri di sisi Imran yang menjadi tumpuan.

"ok semua dah ada pasangan bukan, jadi sila tumpukan perhatian kepada pelatih yang akan mengajar kita gerakan demi gerakan untuk tarian pada persembahan itu" terang Imran.

Yana sedikit gentar ingin menari bersama lelaki yang tidak dikenali di mindanya atau ketua yang hebat di kelab.

Setiap saat dia fokus melihat pelatih memberi arahan, manakala Imran fokus terhadap Yana. Ini membuatkan Yana sedikit kekok dan tidak selesa, namun hatinya telah cair dengan lelaki tersebut.

"apa yang awak tengok tu!? " Yana mula menegur bisik.

"tengok awak la.. " Imran menjawab manja.

"ish. stop kidding and focus! "

"saya dah tahu semua gerakan ni, so skrg saya cuma perlu fokus kepada awak" kata Imran lagi dengan senyuman yang menggoda.

"whatever lah" Yana mula mengendahkannya.

Perbualan itu berlangsung bersama gerakan yang di lakukan hingga tiba saat Imran merapatkan wajahnya ke muka Yana dan sempat berbisik.

"i love you"

Gerakan itulah yang terakhir di lakukan oleh ahli, segera Yana menjauhkan dirinya setelah selesai latihan.

Imran hanya tersenyum nakal.

Hati Nur sedikit tersentuh terhadap apa yang dilakukan oleh Imran.

Selepas selesai aktiviti tersebut. Yana bertemu dengan Jiha semula untuk pulang bersama-sama.

Dalam perjalan mereka itu Jiha sangat ingin tahu tentang Yana dan Imran tadi.

"weyh gila laa.. tadi kau cakap apa dengan Imran? macam mana boleh pasangan dengan Imran ehh. dah la dy tu hensem pandai ahh semua org tergoda tau." tanya Jiha teruja.

"ish dia tu memang pandai menggoda betul la. cair aku. tapi geram jugak cakap dengan dia tu. tapi hmmm tula aku rasa aku pon ada crush la kat dia hehe" balas Yana.

"eleh..sapa je x ada crush kat Imran yang baik tu. untung la kau dekat ngn crush. tapi aku pelik dia x pernah couple atau rapat dengan perempuan. Dia just kawan biasa, dia langsung x layan atau bagi fakehope kat mana2 perempuan, senang kata dia ni bukan jenis yang menggatal la." jelas Jiha.

"ooo yeke. baik jugak kan " puji Yana yang masih sangsi dengan apa yang didengar semasa menari tadi.

Yana dengar yang Imran berbisik di wajahnya, tetapi dia menjadi kurang pasti selepas mendengar kata2 Jiha. Mindanya mula berfikir.

"kalau dia jenis yang macam tu.. betul ke yang aku dengar dia kata i love you tu??. ke aku salah dengar. lagipun dengan apa yang dia cakap dengan aku tadi pon cara macam gatal je.. hmm biar lah.. "

CrushWhere stories live. Discover now