Let's start ^_^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.=TWOSHOOT=
.
.
.
.
.
.
.
.
.>> I'm Sorry <<
………Di sebuah rumah mewah di kaki bukit. Dari luar manusia dapat melihat dengan kagum seni bina rumah itu. Di tepi laman, kelihatan kolam renang berbentuk bujur dan sebuah gelanggang bola keranjang. Di sebelah kiri tepi rumah pula, tersedia laman mini bunga-bungaan. Pelbagai jenis bunga berlainan jenis dan warna menghiasi setiap penjuru dan ruang.
Ketika itu juga sebuah kereta berjenama audi berwarna biru muda memasuki perkarangan rumah. Seorang lelaki tinggi lampai, berkulit cerah, berambut blonde berjalan keluar dari kereta tersebut. Di tubuhnya tersarung baju kemeja putih dipadankan dengan kot hitam.
Di pintu masuk pula, kelihatan seorang wanita sedang menunggu.
Oppa dah balik? - Seul
Tanya Seul. Lelaki itu hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengari soalan tadi. Wajahnya juga kelihatan dingin.
V oppa..tadi omma call. Omma suruh balik esok. Ada dinner sempena birthday appa. - Seul
Aku taulah. Tadi omma ada call aku. - V
Katanya dingin. Namun Seul hanya tersenyum walaupun sebenarya hatinya sakit dengan layanan suaminya sendiri. V berjalan masuk tanpa mempedulikan Seul yang masih di pintu masuk rumah itu.
'Klikk' pintu ditutup. Seul pantas berjalan masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan suaminya. Apabila dia masuk ke bilik, kelihatan pintu bilik air tertutup. Mungkin V sedang mandi. Seul membuat keputusan untuk mengutip pakaian V di lantai lalu dimasukkan ke dalam bakul. Sementara menunggu V siap, dia membaca novel di sofa.
Sedang dia membaca novel, tiba-tiba sahaja dia mengelamun. Memikirkan hidupnya yang seolah-olah tidak tahu di mana penamatnya. Baru sahaja air matanya ingin mengalir, pintu bilik air terbuka. V keluar, lengkap berpakaian t-shirt putih dan seluar slaig panjang berwarna hitam.
Aku lapar. Kau dah masak belum? - V
Ne..saya ada masakkan lauk kegemaran oppa. Jomlah makan. Lepastu saya ada benda nak bincang dengan oppa. - Seul
Kata Seul lalu keluar menuju ke dapur. V hanya memandang sepi seperti tiada perasaan.
Di meja makan, telah terhidang lauk kegemaran V iaitu stu daging. V mengambil tempat duduknya. Dengan berselera dia menghabiskan makanannya. Seul hanya tersenyum lega.Asal kau tak makan? - V
Soal V apabila melihat Seul hanya duduk dan melihatnya makan.
Gwenchanha. Oppa makanlah. Saya tak lapar. - Seul
Tadi kau kata ada hal nak bincang dengan aku. Hal apa? - V
Seul tertunduk mendengar soalan V. Dia hanya diam membisu. V meletakkan sudu dan garfu lalu memandang wajah isterinya itu.
Cakap lah cepat. Hal apa? - V
Soal V lagi. Kali ini nada suaranya agak tinggi. Seul resah. Sememangnya dia ada perkara hendak dibincangkan dengan suaminya namun dia takut V akan bertindak memarahinya pula. Dengan perlahan Seul mengeluarkan telefonnya lalu di berikan ke arah V setelah dia membuka galeri. V mengambil telefon Seul dengan wajah yang pelik.
Siapa perempuan tu oppa? Kenapa oppa dengan dia boleh ada kat dalam satu bilik macam tu? - Seul
V melihat gambar yang dimaksudkan. Namun riak wajahnya hanya biasa. Sememangnya itu gambarnya bersama seorang gadis sedang berpelukan di beranda bilik. Dan mereka berdua kelihatan sangat mesra.
YOU ARE READING
COMPLETED✔ I'm Sorry (V Bts) Twoshoots story
Фанфикkim taehyung park haneul no sinopsys.