bab 1:Tentang mereka

8 0 0
                                    

   Tangannya perlahan lahan membuka tombol pintu supaya tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.

   Kaki sudah terjengket jengket persis pencuri professional yang mahu merompak permata berharga. Cepatlah sampai  tangga..cepatlah sampai tangga!bisiknya perlahan.Mengharapkan diri tidak dikesan.

"Eh,Rose..mati mati ingatkan ada perompak pecah rumah.Rupanya kamu.." tegur Mak Cik Lizzy yang siap memakai ipron serta membawa sebilah pisau bersama.Manalah tahu ada perompak yang cuba pecah rumah.Nanti bolehlah dicincang cincang lalu dijadikan tomyam!

"Er..mak cik..hahaha..saya nak naik masuk bilik dulu ya?"langkah  kaki disusun menaiki anak tangga.Laju sahaja gayanya.

"Oh sebelum tu..bukan ke hari ini dapat keputusan ujian lepas?mana?"oh,inilah yang mahu dijauhkan sekali!Alamak..bala akan menimpa diri.

Perlahan lahan tangan menyeluk kocet.Tiada yang mampu dilakukan lagi untuk mengelak.Lambat lambat sekeping kertas yang dilepat kemas dihulurkan.Malas mahu menunggu lama.Dirampas sahaja kertas itu daripada tangan.Huh,mahu buat gaya'slow motion'konon.

Dengan rakus dibuka lipatan kertas tersebut.Sebaik meneliti kertas di tangan itu terus hilang senyuman nan ceria tadi.Kini ia bertukar pandangan membunuh yang mengerikan.Pandangannya kini dialihkan pada gadis muda dihadapannya yang sedari kecil dijaga bak menjaga minyak yang menatang.Entah kenapa tangannya ringan sahaja mahu menghayun pisau itu tepat di muka pesalah.

"Roselta..setelah apa yang mak cik lakukan.."ianya bukan jeritan atau tepikan.Ianya hanya keluhan kekecewaan.

"Mak cik..saya boleh jelaskan.."perasaan bersalah menggunung tinggi.Maaf!mak cik.,maaf!adakah ini balasannya pada mak cik Lizzy yang berkerja keras membesarkannya seorang diri.Mungkin itulah salah satu sebab mak ciknya belum berumahtangga lagi.

Jari telunjuk diletakkan di bibir sambil kepala mengeleng perlahan tanda tidak mahu mendengar.

       " emak dan ayah kamu mesti kecewa dengan kamu"


Hatinya tersentak."Saya tak tahu...tak pernah tahu..ingat tak? saya tak pernah berjumpa mereka"bisiknya perlahan.Namun,jelas dapat didengari mak cik Lizzy.Kakinya perlahan menaiki anak tangga sementara mak cik Lizzy kaku.Mukanya memerah dek malu.Sepatutnya dia lebih memahami perasaan Rose..

Air mata dihamburkan di bantal empuknya.Itulah terapi buatnya...iaitu menangis dan menangis hingga terlelap."kalaulah mak dan ayah ada.."

Ketukan dipintu berkumandang."Boleh mak cik masuk?"pertanyaan itu dibiarkan tanda membenarkan.Air mata dikesat dengan belakang tapak tangan supaya dapat bertentang mata dengan mak cik Lizzy.

Mak cik Lizzy duduk di birai katil manakala Rose merajuk memalingkan muka membelakanginya."Mak cik..saya..minta maaf.."gumamnya.Mak cik Lizzy hanya tersenyum lalu memeluk kesayangannya erat erat seperti menyalurkan kekuatan.Kasihan,Rose  sedari kecil lagi terpaksa menempuh dugaan.Namun,ianya untuk kebaikan juga .Haa..pelukan hangat... menghilangkan gundah-gulana dan kesedihan di dada.Di dalam dunianya dia cuma ada Mak Cik Lizzy tempat mengadu nasib.

"Bukan salah kamu..mak cik tahu Rose boleh buat lebih baik lagi nanti.."Itulah Elizabeth..atau lebih dikenali mak cik Lizzy..suka buatkan orang terasa selesa dan gembira.

Air mata sudah berhenti.Hanya senyuman terlukis di wajah.Badannya dibaringkan di katil sambil kepala diletakkan elok di riba mak cik Lizzy."Agaknya emak bagaimana ya?"walaupun soalan itu sudah berjuta kali ditanya tetapi dia tidak pernah bosan.Hanya dengan itu dia dapat mengenali emak dan ayahnya serta dapat mengubati perasaan rindu.Hmm..untunglah orang lain dapat bersama ibubapanya.Walaupun ada sahaja yang terpisah dengan ibubapa..setidaknya mereka pernah bertemu dan pernah mempunyai kenangan manis bersama.Tetapi di jauh sudut hatinya pasti ada kebaikan di sebalik segala perkara yang berlaku.

"Hmm..emak Rose..dia seorang yang cantik.Rupanya mirip dengan Rose.Mak cik begitu suka dengan senyumannya.Dia seorang yang berani dan kuat sama seperti Rose"walaupun suara mak ciknya ceria tetapi kelihatan jelas mata mak cik Lizzy berkaca menahan sebak.

"Ayah pula?"

"Hmm..dia sedikit clumsy tapi dia akan jadi kuat demi orang yang disanyangi..seorang ketua yang hebat!"sempat lagi mak cik Lizzy mengusap lembut rambut merah jambunya.

   
Saat mak cik Lizzy sibuk bercerita..Rose tersenyum lalu terlelap dibuai mimpi.Ianya sama ketika dia kecil..mendengar cerita tentang emak dan ayahnya sambil baring di riba mak ciknya.

"Emak..ayah..kalaulah kita dapat bertemu..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Untold Story:The Pink PrincessWhere stories live. Discover now