KEMBAR!!!???

8 0 0
                                    

" yana, nak tak besok yana ikut atuk pergi pertandingan memancing ? " tanya atuk jamil kepada yana yang sedang menonton telivisyen.
" PERTANDINGAN MEMANCING !!!???, NAK !!! Yana nak ikut " kata daryana dengan bersamangat." Hahahahaha OK lah, besok kalau nak ikut atuk yana kene bangun awal tau " kata atuk jamil tergelak apabila melihat perangai cucu kesayangannya." OK !!! Yana tidur dulu lah atok dah lewat ni " kata daryana lalu terus pergi ke bilik nya. bersemangat betul nak pergi pertandingan memancing tu besok." Rindu betul saya dekat si yana tu, nasib baik la dia balik rumah kite ni, boleh lah terubat  rasa rindu saya ni dekat si yana tu " kata atuk jamil lalu dia menghirup teh yang di buat isterinya." Saya pon rasa macam tu jugak " kata wan salmah sambil tersenyum.

Keesokan harinya, daryana bangun awal kerana dia terlalu teruja untuk pergi ke pertandingan memancing yang di katakan atuk nya.

" selamat pagi wan !!! " kata daryana menyapa wan salmah yang sedang menggoreng karipap." Oh mak kau meletup !!! ,ish yana ni, nasib baik wan ni tak pengsan tadi, kus semangat !" Kata wan salmah sambil mengurut urut dadanya akibat terkejut." Hihihi, wan nak yana tolong ape ape ke ? " Tanya daryana kepada wan salmah.
" tak ape lah, yana pergilah duduk dulu dah nak siap dah ni " kata wan salmah kepada daryana." Kalau macam tu tak ape lah, yana pergi dulu ye " kata daryana lalu dia duduk di meja makan, sementara itu yana membuka phone untuk melihat jika ibu bapanya Ade memesejnya." Eh !, mama Ade mesej lah " kata daryana di dalam fikiran nya.

Mama : assalamualaikum yana !!! Mama dengan papa dah sampai dah , kalau Ade pape yana call tau.

Daryana : waalaikumssalam mama!!! Yana rindu mama dengan papa

Mama : ish yana ni, Baru je mama dengan papa pergi sehari dah rindu

Daryana : memang lah rindu, mama yana nak breakfast ni nanti kite mesej mesej lagi eeii, bye assalamualaikum.

Mama : OK lah, mama pon nak kene pergi ni, waalaikumsalam.

Semasa daryana bermesej dengan mama nya dia tidak perqsan bahawa atuk nya Sudah berada di sebelahnya.selepas habis daryana bermesej dengan mama nya dia Baru perasan bahawa atuk nya berada di sebelahnya.

" eh! Atuk, bila atuk bangun, yana tak perasan pon " kata daryana selepas memasukkan phone nya di dalam poket seluarnya." Atuk baru je bangun, tadi yana Bermesej dengan siapa sampai tak perasan atuk kat sebelah " kata atuk jamil kepada daryana." Ooh, tadi mama mesej yana, cakap yang mama dengan papa dah sampai sana dah " kata daryana kepada atuk nya." Ohh, baguslah kalau macam tu, baru atuk perasan yang yana bangun awal harini " kata atuk jamil pelik dengan perangai daryana yang Tiba tiba bangun awal."Mestilah atuk !!! , yana semangat ni, nak pergi pertandingan memancing tu " kata daryana terlebih semangat.
" nah ,makan lah ni , wan dah gorengkan karipap " kata wan lalu duduk di depan atuk jamil.
" yana makan lah banyak banyak,nanti tak Ade lah yana lapar masa dekat sana nanti " kata atuk jamil lalu menghirup kopi yang baru dituang wan salmah." Ye lah atuk " kata daryana lalu makan dengan berselera.

" hati hati tau yana kat sana, abang jangan lupa tengok tengok kan yana tau " kata wan salmah kelihatan risau." Relaks lah wan, yana pergi teman atuk memancing je bukan ape pon " kata daryana apabila  melihat wan nya yang kelihatan risau.
" ye lah,hati hati Jalan tu " kata wan lagi." Ye sayang, nanti saya jaga lah Si yana ni " kata atuk jamil dengan Nada yang lembut.
" Jom atuk kite gerak,nanti takut lambat pulak " kata daryana sudah menarik tangan atuk nya.
" tak sabar betul dia ni " kata atuk jamil sambil menggelengkan kepalanya.

Apabila mereka tiba lokasi tersebut, sudah ramai orang yang telah datang awal daripada mereka.mereka pon pergi mendaftar di bawah khemah yang telah disediakan.

" eh jamil !!! Tak sangka pulak jumpa kau dekat sini " kata seorang pak Cik tua kepada atuk.
" eh leman !!! Dah lama aku tak jumpa kau, kau Apa khabar ? " Tanya atuk sambil tersenyum manis." Aku Baik je, kau macam mana, sihat ? " Tanya pakcik yang bernama leman itu." Aku sihat walafiat sentiasa hahaha " kata atuk jamil Dan di akhiri dengan ketawa." Ade ade jelah kau ni jamil, eh! Ni siapa ni jamil" Tanya pakcik leman apabila perasan bahawa daryana Dari tadi berada di belakang atuk nya." Oh ! Ini, ni cucu aku nama dia daryana " kata atuk jamil lalu menepuk nepuk belakang cucunya." Oh, cucu kau, aku pon ade bawak cucu aku " kata pak Cik leman lalu menunjuk ke arah seorang Lelaki yang sedang bermain dengan telifonnya." Danny sini kejap " kata pakcik leman memanggil cucunya." Ye atuk, ade ape " kata Lelaki yang bernama danny Itu dengan Nada yang lembut." Sini kejap, atuk perkenal kan ni Kawan atuk, nama dia jamil, ni pulak cucu dia daryana " terang pakcik leman panjang lebar." Oh, nama saya ithni danny " kata danny sambil tersenyum.
" Kejap !!! , bukan ke kau yang terlanggar aku masa dekat kedai pak saad haritu !!! " Tanya daryana apabila dia teringat dengan muka orang yang melanggar dia kemarin.
" Aku mana ade Jumpa kau sebelum ni,oohhh !!!! kejap, mungkin kembar aku kot yang terlanggar kau " kata danny berasa pelik." Kau ade kembar !!?? " kata daryana terkejut.
" Aahh , muka kite orang sama cuma perangai je yang lain " kata Danny panjang lebar." Oohh ye ke, sorry lah sebab marah kau tadi " kata daryana sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal." Eh, tak ape aku tak marah pon, lagi pon kau tak tau " kata danny sambil tersenyum manis.
' Macan mana lah Lelaki yang langgar aku tu boleh ade kembar macam Danny ni. Danny baik bukan macam dia ' kata daryana dalam fikiran nya." Ape lah nak jadi dengan perangai adik kamu tu danny, asyik but masalah je " kata pakcik leman kepada cucunya." Entah lah atuk, saya pon tak tau " kata danny pula.

" PERHATIAN KEPADA PESERTA PERTANDINGAN MEMANCING KAMPUNG BARU JAYA, ANDA DI KEHENDAKI UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING MASING KERANA PERTANDINGAN AKAN BERMULA SEKEJAP SAHAJA LAGI, SEKIAN TERIMA KASIH "
Selepas mendengar tentang pengunguman tersebut peserta mula mengambil tempat masing masing, manakala penonton akan duduk di tempat yang di sediakan.

" yana , atuk pergi dulu ye, kamu pergi lah duduk dekat bawah khemah dengan Si danny ni, danny kamu tolong tengok kan cucu atuk ni ye " kata atuk jamil lalu pergi bersama pakcik leman meninggal kan mereka berdua.
" Jom lah kite pergi duduk dulu bawah khemah tu " kata danny mengajak daryana duduk di bawah khemah." Jom lah " kata daryana lalu mereka berdua pon pergi ke bawah khemah.

" eemmm daryana, kau duduk KL ke " Tanya danny memulakan perbualan." Aahh, eemm umur kau berapa? " Tanya daryana pula" aku 16 " jawab danny lalu meneguk air mineral yang di bawanya." Oohhh kite sebaya lah " kata daryana dengan teruja.
" Bagus lah kalau macam tu, boleh lah kite jadi Kawan " kata danny sambil tersenyum.
" Mestilah boleh " kata daryana membalas senyuman danny.
Danny Dan Daryana mula menjadi rapat apabila meraka berdua berborak sepanjang pertandingan memancing itu berlangsung, banyak benda yang mereka kongsi bersama.

" yana jom lah balik " kata atuk jamil sambil memegang trofi di tangan nya." Eh, ATUK MENANG KE OH MY GOD , YANA TAK PERASAN PON " kata daryana berasa bangga dengan atuk nya.
" Macam mana nak perasan kalau asyik borak dengan danny je daripada tadi " kata atuk jamil menyakat cucunya yang Sudah merah padam akibat Malu." Ish atuk ni " kata daryana lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu." Ok dah la yana jom lah balik, danny kalau kamu nak berborak dengan yana lagi, kamu datang je rumah atuk ok " kata atuk jamil kepada danny.
" ok atuk jamil, nanti saya datang" kata danny membuat isyarat ok.Lalu atuk jamil dan daryana pon pulang ke rumah.

BERSAMBUNG.........................

Aku Duduk "Kampung"???Where stories live. Discover now