Kadang hati ini tertanya,
Bila kebahagiaan itu akan hadir,
Kadang hati ini keliru,
Adakah diri ini begitu kejam,
Sehingga tiada yang hadir,
Kebahagiaan itu.
Tetapi,
Saat diri ini mendongak kelangit,
Menunduk melihat kebawah,
Sujud padaNya
Terasa hiba,
Sedih.
Lupa bahwa Tuhan itu sentiasa ada,
Lupa bahwa Tuhan itu sentiasa adil.
Telan dalam diri,
Jika kau percaya selepas hujan wujudnya pelangi,
Kau juga harus percaya,
Selepas derita ada kebahagiaan,
Terserah kepada diri,
Sama ada ingin berputus asa dan jatuh tidak bangkit kembali,
Atau,
Setia menunggu sehingga kebahagiaan hadir dalam diri,
Jangan kita lupa untuk bersyukur,
Hingga diri menjadi alpa.