Mengejar Rahsia

205 3 0
                                    

Prolog

Mac 2023

Farahin merenung wajah di hadapannya. Buku 'Bertemu Bahagia' kemudian dipandang sekilas. Farahin mengerutkan dahi. Lelaki di hadapannya ini benar-benar pelik. Farahin kemudian melihat permandangan di luar. Langit masih cerah dan burung-burng kelihatan berterbangan. Farahin kemudian memandang kembali.

"Encik Adam, saya rasa awak terlampau obses dengan cerita Khairul. Sebab tu awak jadi begini.."

Adam mengangkat wajahnya. Jelas kelihatan misai dan jambang yang sudah lebih 10 tahun tidak dicukur. Rambutnya pula berserabut. Seperti kepalanya yang berserabut.

"Tak.. saya tak obsess dan saya tak gila. Saya tahu apa yang saya nampak! Saya... Saya nampak dia dalam mimpi!! Saya nampak semuanya!!" Adam bertindak agresif. Dia bangkit dari kerusi dan menghempuk-hempuk meja. Dia sudah tidak tahan. Perasaannya benar-benar keliru dan celaru. Dua orang jururawat menariknya dan menyuruh dia bersabar.

"Okay, okay. Saya akan baca cerita dalam buku ni.." Farahin mengeluh. Dia benar-benar penat dengan karenah pesakitnya yang seorang itu.

"Doktor, nak saya ambilkan ubat penenang?" celah salah seorang jururawat yang bernama Shazwani itu.

"Jangan. Saya tak perlukan semua tu. Saye masih dapat kawal keadaan. Awak berdua boleh keluar. Terima kasih," ujar Farahin sambil tersenyum. Dia membetul tudung yang dirasakan senget. Setelah dua orang jururawat itu keluar, hanya dia dan Adam sahaja yang berada di dalam bilik itu. Bilik kecil yang menempatkan pesakit untuk ditemubual.

"Awak cuba cakap jelas-jelas apa yang awak nampak?"

Adam terdiam. Matanya liar memerhati sekeliling. Dia seperti ternampak baying-bayang silam. Dia seperti terdengar bunyi tembakan. Dia seperti terbayang wajah seorang nenek tua yang tergelak memandangnya. Adam menutup telinga dan memejamkan matanya.

"Pergi!! Pergi!! Tolong pergi dari sini!!"

Farahin gelisah. Dia bangkit dari kerusi. "Adam! Mengucap. Bertenang. Ingat Allah!"

Adam mengeletar. Kemudian dia perlahan-lahan membuka mata. Dia meletakkan tangan kembali di atas meja. Adam kelihatan sedih. Dia benar-benar sedih.

"Kalau saya cerita awak nak dengar?"

Farahin duduk kembali. Dia tersenyum sambil mengangguk. Dia bersedia untuk mendengar apa jua luahan pesakitnya itu. Yang penting, pesakitnya akan pulih seperti sediakala.

Adam mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat. Apabila dibuka, rupanya itu keratan akhbar tahun 1956. Tertera tajuk di situ, 'Seorang laki-laki di-bonuh perompak'. Farahin mengambil keratan itu. Dan waktu itu juga Adam memulakan ceritanya

Bab 1

15 Ogos 1945

Khairul mendengar sayup-sayup dari jauh suara orang ramai bersorak. Khairul tidak pasti apa yang berlaku dan dia cuba untuk mendapatkan kepastian. Dia bangun dari tilam yang empuk, keluar daripada bilik. Khairul terserempak dengan Ibu di ruang tamu. Ibu memandang wajah Khairul dengan gembira. Khairul pelik. Ini tidak pernah berlaku sejak Jepun menjajah Tanah Melayu.

"Kita sudah memang. Jepun sudah menyerah kalah," balas Puan Salmah dan kemudian terus memeluk Khairul.

Khairul mengucap syukur. Dia kemudian berlari ke dalam bilik. Puan Salmah pelik dengan tingkahlaku anaknya itu, tetapi apa pun yang berlaku dia redha dan sangat bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan keluarganya daripada serangan Jepun, walaupun suaminya, Mokhtar terkorban sewaktu berperang dengan Jepun. Dia pasrah.

Di dalam bilik, Khairul cepat-cepat mengambil pensel dan sehelai kertas. Dia agak teruja. Teruja untuk menulis sesuatu. Dia menulis dengan berhati-hati. Jika tidak kemas dan tulisan buruk, pasti tidak ada orang yang berminat untuk membacanya. Ya! Dia ingin menerbitkan sebuah buku. Sebuah buku yang akan mengubah dunia. Tetapi dia tidak pasti ingin meletakkan tajuk apa. Yang penting manuskripnya itu dapat diterima pihak penerbit.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mengejar RahsiaWhere stories live. Discover now