1 (Completed)

178 4 2
                                    

Tok tak tok tak

Hentakan kasut Puan Emelda berjenama Prada riuh menghiasi suasana sunyi sekolah. Manakan tidak bingit hentakannya kerana kemarahannya sudah mencapai tahap maksima. Si Amir, anaknya yang tunggal seorang itu sudah melampaui batas.

" Lepas satu, satu, lepas satu pulak seribu masalah pulak. Hijau betul "

Tiba di depan pintu headmaster sekolah Amir, Emelda menolak pintu dengan 'sepuasnya' dan matanya meliar mencari anak bertuahnya itu.

" Sila duduk Puan Emelda " Encik Hashim mempelawa duduk sebelum tercetus benjol di kepala Amir dibuatnya.

" Puan, saya dapat tahu bahawa... "

Tangan diangkat. " Stop, don't say it. Saya tahu anak saya salah and I want punish him at home "

" Okay, it's up to you "

" Kalau boleh Encik Hashimm, saya hendak bawa balik anak bertuah ni balik, boleh? "

Senyum kelat.

" Sure it would be a pleasure too. Since anak you memang 'minat' sangat belajar "

" Terima kasih "

" Welcome Puan Emelda "

Serentak dua jasad bangun dan bersalaman. Emelda 'mencuit' telinga anaknya dan posisinya kekal sehingga keluar dari bilik.

" Hang ni memang suka menyusahkan orang kan?! " cuitan telinga dilepaskan.

Amir menarik muncung dan lari meninggalkan mamanya dan menuju ke kereta. Air mata lelakinya menitis setitis demi titis. Well memang menyesal tempatnya memang selalu di belakang, dipinggirkan.

" Hahahahhahaha, menangis buat apa bodoh, hei, kau memang selalu cari pasal kan, hang, tau jatuh maruah aku depan cikgu hang tu tau dak?! "

Diam

" Hang bisu ka apa ni dari tadi sengap semacam nih? " bahu Amir dicuit.

" Go to hell please! " balas Amir

" Oh my God this kiddd!!! Masuk dalam kereta! "

Kaku.

Tangan putih melepak puan Emelda lantas memulas telinga Amir. Merah menyala dibuatnya.

" Hishhh. Jangan sampai aku melenting tunjuk dark side aku, aku kata masuk, MASUK! "

Amir melepaskan genggaman puan Emelda daripada telinganya sebelum tercabut dibuatnya dan kelam kabut masuk duduk di dalam kereta. Innocent face shows. Puan Emelda start kereta dan tekanan dilepaskan melalui 120 km/j drive speed. Amir menyumpah seranah terduduk risau memikirkan apa yang bakal terjadi di rumah. Maybe perang dunia ke-3? I don't know. Suasana kaku dan senyap di dalam kereta.

Tiba di rumah Amir lantas menggalas beg memecut ke rumah agam, rumah agam milik ayahnya. Amir menghentikan langkahnya. Teringat kembali kenangan lampau bersama ayahnya. Ayahnya yang sudah mendapat nama arwah beberapa bulan yang lalu. Teringat kepada kenangan lampau yang mencucuk sanubari. Biasanya dia akan bergurau senda sambil menghirup fresh orange bersama ayahnya selepas balik sekolah, waktu lain pula ayahnya selalu menyerikan malam dengan meluangkan masa doing family activities. Yeah dulu, dulu. Sekarang semuanya sudah berubah, 360 degree. No father, no cheers. Kembali ke realiti Amir lantas meluru ke at as.

" Amir tunggu dulu, duduk dekat couch tuh, mama nak cakap sikit "

Akur perintah mamanya, Amir perlahan-lahan mengorak langkah melabuhkan pinggul di atas couch milik mamanya berbrand Albany.

"Please Amir please, mama nak mintak satu benda ja dari kamu. Please behave yourself, your pride, my pride. I just want you to be happy but not by this way, jangan sampai shortcut. Jangan sampai hisap-hisap rokok bagai. Amir tau kan rokok tuh... "

" Stop mom! I know what I do, jangan sibuk tepi main orang boleh tak? Rimas tau rimas?! "

" Ahmad Amir B. Hanifff!!!, control yourself, mama cuba nak cakap secara lembut but..., mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar, where is your manner Amir, you're just 13 years old??! "

Fed up dengan mamanya, Amir ambil langkah ke biliknya. Laju. Emelda menggeleng melihat kerenah anak teruna tunggalnya seorang itu, menjadi jadi sejak kematian arwah ayahnya, Hanif. Air mata Emelda laju mengalir mengingati arwah suaminya itu.

~~~~~~~~~~~°~~~~~~°~~~~~~~~~~~~~~

Amir tiba di bilik 'room sweet room ' lalu meletakkan beg Nikenya di atas meja lalu menghempaskan dirinya di atas katil. Bantal dicapai, ditumbuknya berkali-kali tanpa belas ihsan. Yelah, bantal bukannya ada hati malah saraf-saraf nak rasai rangsangan sakit.

Geram

Telefon dicapai. Iphone 6s y'all. WhatsApp ditekan, ditekan lagi nama Afiq.

" Weyh malam ni nak enjoy kat club, nak hilangkan stress dohh "

" Set. Pukul berapa weyh "

" twelve"

Skrin malap. Amir duduk teruja tidak sabar untuk malam ini, dia mahu hilangkan stress lepas fight dengan mamanya, lebih intense lagi daripada main Clash Royale ntah apa-apa tuh. Amir memejam mata. Teringat akan peristiwa yang menyebabkan amarah mamanya meledak tengahari tadi.

~~~~~~~~~~~°~~~~~~°~~~~~~~~~~~~~~

" Woih! kau buat apa tuhh!!! "

Terlepas dan melepas rokok Malboro yang dibelinya tadi. Rasa baru hisap 5 batang dohh. Tak puas lagi dah kantoi dengan cikgu.

" Kamu... kamu bertiga datang sini. Cepat "ujar cikgu Ramli.

" Oooh baru 13 tahun, mentah-mentah lagi dah tunjuk lagak, besar nanti nak jadi apa?, kamu yang tak tag in tuh mari sini, ingat ni sekolah bapak kau ke, rules sekolah rules sekolah, rules bapak kau, rules bapak kau. "

Henry, kacukan Melayu-Inggeris, datang mendekati cikgu Ramli, terketar-ketar lutut dibuatnya. Disuruhnya Henry tunduk, rotan entah berapa inci tebal ngan panjang tuh hinggap di pinggulnya. Ngilu beb. Heyy, kecik sajaa cikgu tuh aku tengok.

" Kamu yang usha panas dari tadi, sini "

Jari telunjuk aku ditunjuk dekat aku

" Yelah, idiot "

Sht, kenapa cikgu ni, heyy makin kecik ja aq tengok, aku diarah untuk gayakan posisi seperti Henry tadi. Piap, oh my god, hanya tuhan saja tahu betapa ngilunya punggung aku sekarang.

After that, turn kawan aku, Afiq, tinggal dekat perumahan di Sri Hartamas, kaya beb, ayah dia businessman kott. Aku rasa kan kalau kantoi dekat bapak dia yang anak teruna dia ni hisap rokok berjemaah, memang kacau Sri Hartamas dengar suara bapak dia saja kalau angin dia mai.

" Kamu bertiga masuk bilik pengetua, SEKARANG, saya dah call dah parents kamu semua kata anak mereka join competition smoking, nombor satu, kamu semua patut rasa bangga "

LOL cikgu ni, grammar pun hancur, patut masuk tadika baliklah. Kami ikut dari belakang, sempat aku tunjuk jari hantu dekat cikgu tuh. Nasib tak nampak, huhuhu. And then bermulalah drama melayu dekat headmaster's room. Awal-awal parent afiq mai, nampak batang hidung mereka terus dipiapp muka Afiq. Gerun dowhh. Masa Henry punya parent, depa cakap omputih, sepatah tak paham lol. And then datang lah my 'beloved' little mom. Huh, kadang meluat jugak mama aku tuh, perangai semakin menjadi-jadi lepas arwah laki dia, smoking lah, clubbing, macam-macam mak nenek dia buat. Like mother like son.

Button on ditekan, Iphone 6s menyala, ditekan alarm and disetkan pukul 11 malam. Mata meliar ke arah jam, pukul 4 petang. Kelopak mata Amir perlahan-lahan menutupi konjuktiva matanya, tanpa melangsaikan solar zuhur, Amir tidur ditemani syaitan yang sudah menari-nari meraikan kejayaannya menghasut seorang lagi anak Adam yang bitch. Masuk neraka jugak lah kau Amir.

Dalam Amir diulit lena, kelihatan mata memerhati dari arah tingkap bilik Amir, matanya merah rambutnya kusut, mulut terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tidak jelas didengari. Menonton segala tingkah laku Amir, dari A until Z. Jarinya tajam dahagakan darah. Darah budak yang perangai shit, just like that bitch. Senyuman dilakarkan. Sinis. Menunggu waktu yang sesuai untuk mewujudkan dirinya. Depan mata Amir.

Boogeyman Where stories live. Discover now