"Aisyah, ini laporan pesakit yang perlu kamu rawat sehingga dia kembali pulih sedia kala. Jadi, saya harap kamu lakukan tugas ini dengan sebaik mungkin."
Fail tersebut bertukar tangan.
Aisyah segera membaca laporan pesakitnya dengan teliti.
Nama : Tengku Ammar Naqiuddin Bin Tengku Amru Naim
Umur : 24 tahun
Laporan : Tahap kesihatan mental yang teruk. Panas baran, emosi tidak terkawal dan akan mencederakan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
Punca : Tekanan perasaan, murung, stres yang melampau.
Fail pesakit itu segera ditutup. Melihat laporan kesihatan pesakit itu membuatkan dia sedikit gementar.
Aisyah beristighfar panjang. Jujur dia katakan dia amat takut menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor psikiatri ini memandangkan ini merupakan tugas pertamanya selepas menjalani praktikal di sebuah hospital kerajaaan.
"Jadi macam mana, Doktor Aisyah? Sudah bersedia?" Soal Doktor Firdaus dengan teragak-agak. Matanya melirik fail pesakit yang berada di genggaman Aisyah. Hatinya amat berat untuk menyerahkan tugasan itu pada Aisyah memandangkan ini merupakan kes yang amat berat untuk dilaksanakan. Sudah berpuluh doktor yang gagal melaksanakan hingga ada nyawa yang melayang. Namun, dia terpaksa memandangkan dia di arah untuk menyerahkan tugasan itu pada Aisyah.
"In Shaa Allah, saya akan cuba yang terbaik. Lagi pula dia pesakit saya dan itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor yang mahu pesakitnya sihat sedia kala." Jawabnya dengan yakin. Bibirnya mengukir senyuman manis hingga terserlah kedua-dua lesung pipitnya yang menawan itu.
Firdaus mengangguk kecil mendengar jawapan dari Aisyah.
"Baiklah, esok awak perlu bawa beg pakaian awak dan pergi ke alamat rumah pesakit itu. Sebab apa? Sebab pesakit awak hanya menerima rawatan di rumahnya sahaja dan awak harus menetap di sana sehingga dia kembali pulih. Selebihnya awak akan tahu juga saat tiba di sana. Lagi pula bukan awak berdua sahaja di dalam rumah itu malah kawannya juga akan turut membantu awak sekiranya berlaku apa-apa yang tidak di ingini berlaku." Terang Doktor Firdaus panjang lebar.
Aisyah mengangguk kecil. Banyak persoalan yang mahu ditanyakan namun melihat kesibukan Doktor Firdaus dia membatalkan sahaja niatnya itu.
"Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu, doktor." Pamitnya sebelum beredar pergi.
Doktor Firdaus mengangguk kecil.
.............................................................................................................
"Dia terima?"
Daniel mengangguk kecil.
Ammar mengukir senyuman sinis. Matanya tajam merenung gambar seorang gadis yang sedang tersenyum manis.
Di usap gambar itu dengan penuh rasa cinta sebelum dicium lembut.
I can't wait to see you, sayang!
You're mine!
Daniel yang melihat tingkah Ammar mula berasa tidak enak. Moga tiada apa yang akan berlaku pada Aisyah.
YOU ARE READING
MARRIED WITH THE KILLER √√
Action[Book 1] Lingkaran sepasang tangan yang melilit pinggangnya membuatkan dirinya tersentak. "Hey, do you miss me sayang?" Suara itu.... Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, badannya mula menggigil. "Se-senior Ammar...." Ammar mengukir senyuman sini...