Didalam hiruk-pikuk dunia
Masih lagi aku terkenangkan kita
Yang kini terpisah menjadi dua
Yang dulunya bersatu berkongsi dunia.
Kau mengatakan aku yang menoreh luka
Kerana jarak penyebabnya
Aku bersumpah mengatakan tidak
Pergiku hanya ingin memadam parut-parut lama
Aku tidak pernah lupa akan janji-janji
Ketika aku telah pulang kembali
Aku meminta hati
Tetapi kau pula memberi belati
Sayangku, aku berduka lagi...
![](https://img.wattpad.com/cover/94627008-288-k992392.jpg)