Part 1

2.9K 124 5
                                    

ADRA menguis-guis tangannya sambil mulutnya terkumat-kamit bercakap .

" Janji melayu betul ! Konon sharp pukul 8.00 . Ni aku dah terpacak dekat depan bangunan batang hidung pun tak nampak ! " rungut Adra .

Dia memerhati sekelilingnya . Ramai orang berpusu-pusu masuk ke dalam sekolah .

Adra merengus geram .

Lambat betul !

" Weh weh sorry lambat " ujar Ruhaisya . Dia cuba mengambil nafas . Tak cukup tanah dia berlari kerana takut kena marah dengan singa .

" Mana diva kita lagi sorang ? " soal Adra .

Tiba-tiba terdengar namanya dipanggil .

" Adra !!! " panggil Ezlina dari jauh .

Tu bukan panggil , tu jerit bahalol !

Adra mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah kawannya itu .

" W-weh ! So-sorry lambat ! " ucap Ezlina dalam satu nafas .

" Its okay . Dah jom daftar . Berjambang aku tunggu korang datang ! " ajak Adra lalu melangkah masuk melalui pagar besar .

Adra menulis nama mereka di buku rekod lawatan di rumah pak guard sebelum berjalan masuk ke dewan .

Adra terpegun melihat dekorasi sekolah ini . Simple but creative , I like .

Mereka melangkah masuk ke dalam dewan .

" Taknak ramai ke do ? " perli Ezlina sambil matanya meliar memerhati keadaan sekeliling dewan .

" Weh ad . Macam mana nak daftar dengan ramai orang sangat ni " ujar Ruhaisya .

" Kau lek jap . Let me settle this . " kata Adra lalu melangkah ke arah meja yang dipenuhi orang itu .

Dengan badannya yang kecil membolehkan dirinya menyelit diantara orang-orang ramai .

Sampai saja didepan meja dia menarik 3 helai kertas yang tertera ' borang pendaftaran masuk '

Keluar saja daripada kelompok orang ramai tadi , Adra melepaskan nafas yang tersekat .

' boleh mampus aku duduk lama lama dekat situ ' desis hati Adra .

Dia menghulurkan 2 helai kertas kepada Ruhaisya dan Ezlina .

Mereka tersenyum .

" Chaiyok ah ad ! Kalau takde kau entah bila la aku nak daftar " kata Ezlina .

Adra hanya tersenyum kecil .

" Dah cepat isi . Lepasni kena hantar dekat sana balik " ujar Adra lalu mengambil pen didalam beg sandangnya .

Selesai saja mengisi borang , mereka melangkah ke arah meja itu . Nasib dah lenggang .

" Madam " panggil Adra sambil tangannya menghulurkan borang yang tadi di isi .

Madam Soraya memandang Adra , Ruhaisya dan Ezlina bersilih ganti .

" New student ke ? " soal Madam Soraya .

Ezlina mengangguk .

Madam Soraya mengeluarkan kertas tapi berlainan dari yang tadi .

" Ini list keperluan kamu dan ini nombor kondo kamu . Dalam kondo ni ada 2 bilik . 2 tandas , satu dapur . " terang Madam Soraya .

Mereka mengangguk faham lalu meminta diri untuk pergi .


Actually story ni dah lama but tak publish .

So please support my story .

Vote&Comment ♥

3 GADIS ( SLOW UPDATED )Where stories live. Discover now