Ring ring ring.Bunyi telefon.
Aku terus capai handphone aku. Nama Aimiey Nadia tertera kat screen phone aku."Lama tak dengar cerita minah ni"
Bisik hati aku."Hello assalamualaikum mieyyy! Lama tak dengar berita kau! Busy betul eh!"
".........."
Aimie diam.
"Hello?! Miey?! Kau okay tak?!"
"..........."
"Miey, tell me now whats your problem? Hm."
Aku mendengus kecil.
"Aaakuuu... aku tak kuat... aku tak kuat kat sini daa.. Tolong... Aku sakit kt sini... Aku rindu waktu hidup kat maahad dulu daa... aku rindu semua tu daa... kat sini aku sakit daa... iman aku lemah kat sini daa... aku nak balik... aku nak kembali zaman kat maahad dulu daa... Tolong aku daaa..."
Suara lemah aimiey kedengaran.. penuh kesayuan.. penuh pengharapan..
Aku diam.
"Da.. tolong aku.. Aku rindu kau, aku rindu kawan kawan kita da.."
"Ye miey, aku dengar ni...."Aimiey mula menangis.
Aku diam. Diam seribu bahasa. Terkenang saat manis dan pahit kmi bersama. Memori kembali berlegar di ingatan ku.
Speechless.
Memang sukar untuk menggambarkan perasaan yang terpahat di hati melalui percakapan.
Ya, itulah kelemahan aku."Miey, aku sayang kau."
Aimiey menangis semakin kuat.
Aku diamkan diri. Sehingga tangisannya mula reda."Miey, aku sayang kau. Kau kena kuat taw miey. Kau bukan budak2 lagi. Kau bukan budak sekolah lagi. Kau wanita. Kau bukan remaja di awal usia lagi.
Kau dah meningkat dewasa miey. Semua benda kau kena handle sendiri...
Jangan sedih sayang, everything happen for a reasons. Cuma reasons tu kita tak tahu lagi sekarang.
Ingat meiy, apa yg Allah takdirkan dalam hidup kau adalah suatu jalan yang TERBAIK!""Kau tak faham Adawiyah! Kau tak rasa!"
Emosi Aimiey Nadia mula menamparnya.
"Aku tahu apa yang kau tak tahu meskipun kau tak tahu apa yang aku tahu"
Aku jawap ringkas. Jawapan yang memerlukan pengawalan emosi antara 2 pihak.
Aku surrender.
"Miey, luahkan apa yang mengganggu kau"
Suara aku tegas. Bercampur geram. Sahabat fillah aku tengah down. Aku inginkan dia kembali bangkit!
"Rabiatul Adwiyah. Aku rindukan ukhwah kita. Kat sini aku lalai. Takde siapa yang ingatkan aku bila aku buat dosa. Takde siapa yang ingatkan aku bila aku leka. Aku sedih Adaaa...
Aku dah lama tak menangis kerana Allah.. Aku dah lama tak buat solat sunat kat sini.. Aku takde kawan kat sini da.. Aku sendiri..
Aku takut daa...
Aku dah lama jauh dari Dia da..
Aku lemah kat sini.Dorang tak solat da.. Aku takut.. Kat sini ikhtilat semua ke laut.. aku takut da! Kenapa aku kat sini?! Kenapa aku?! Kenapa aku kat siniiii???!!! Kau tahu tak aku sakit sorang2 kat sini?! Takde siapa kesah tentang aku?! Aku telan semua sendiri! Aku buat semua kerja sendiri! Aku penat da! Aku penat sangat! Aku tak tahan!
Aku rindu suasana kerinduan dalam merindui Dia!
Aku rindu tangisan kehambaan aku pada Dia!
Aku rindu bangun sepertiga malam jumpa Dia!
Sekarang aku nak buat amal sunat kat sini aku malu da! Kenapa aku malu da?! Sombongnya aku Adaaaaa....."Tangisan Aimiey kedengaran semula. Dia menahan sedu sedan nya.
Aku diam.
Tarik nafas."Fuhhh...
Alhamdulillah miey, alhamdulillah. Aku bersyukur sangat kau rindukan semua tu. Aimiey Nadia, hidup kita tak sama.
Lain orang Allah uji lain cara. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat! Tahniah miey sbb diuji and mampu tahan. Kagum dengan kau sebab tak hanyut meskipun kau tanggung sorang2.
Miey, kau ingatkan Al-Ankabut 2-3?Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
Jadi miey, ujian untuk orang yang beriman.. Takkan pernah berhenti..
Tak akan..
Miey, kau tak tanggung sorang miey,
Allah ada dengan kau.
Cari kekuatan kau.
Jadi, carilah pemilik segala kekuatan.
CARI DIA meiy..Dia rindukan kau...
Miey, kau diuji dengan cara yang macam ni. Kau tak pernah terfikir kenapa kau? Bukan aku? Sebab aku tak mampu miey, aku x mampu utk terus kuat macam kau. Ujian utk aku lain, ujian utk kau lain miey.Allah hantar kau dekat situ supaya nak kau jadi pengantaraan antara mereka dengan Tuhan.
Kau ingat tak lagi miey?Ada sebab kita mengenali seseorang dalam hidup, sama ada kita yang akan ubah hidup dia. Atau dia yang akan ubah hidup kita. Dan mungkin sama sama ubah hidup mereka.
Ada hikmah miey, ada hikmah kau jumpa dorang semua.
Kau amanat miey,
kau lupa ke?Kita semua ni pendakwah.
Lupa ke?
Jadi teruskan dakwah kau.
Sebar ilmu yang kau dapat dulu.
Sebar ke sana.
Bantu dorang.Miey, tak semua orang tahu apa yang kita tahu.
Dan,
Tak semua rasa kita tahu apa yang mereka tahu.
Sama sama.
Ingat miey, kalau tak mampu nak cari kawan yang 'berharga' kat sana.Kau lah yang kena jadi yang 'berharga' tu miey.
Bimbing dorang miey,
dorang tak jahat!Cuma dorang tak tahu...
Dorang tak sedar..
Dorang leka...
Sedarkan dorang miey...
Tarik dorang..
Kenalkan dorang dengan Islam.Sebarkan ilmu yang kau ada, dalam masa yang sama.
Selami hidup mereka.
Kau akan jumpa rasa syukur dalam diri.Kuat miey.
Nie bonus bagi kau teruskan tanggungjawab kau.
Kau boleh miey!"Emiey diam.
"Da.. terima kasih daa... terima kasihh.."
Sokay miey, anything share taw?! Aku tak nak kau down, aku x nak kau lalai, aku x nak kau hanyut! Pape problem.. just share ok! Kalau aku xde untuk kau. Ingat, Allah sentiasa ada dengan kau. Dekat sangat!
Ingat miey.. jatuh itu biasa.. tp bangkit selepas jatuh itu luar biasa!
Jadi aku nak kau jadi hamba yang LUAR BIASA!"Salam,
Adios.Tick.
Telefon dimatikan.
Air mata mengalir tanda kesyukuran.
Alhamdulillah.
"Semoga kau terus kuat sahabat!"
YOU ARE READING
Rindu
SpiritualAimiey Nadia, pelajar IPT yang telah terbiasa dengan dibesatkan dan dikelilingi bi'ah solehah (suasana Islam) kini mengalami gangguan perasaan dan diuji dengan persekitaan yang berlainan untuknya.