Selamat Tinggal 2016

14 1 0
                                    

2016...

Aku bersedia.

Aku bersedia untuk melepaskanmu.
Aku bersedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada kenangan manis dan semua memori yang aku harapkan akan kembali berputar.
Aku bersedia untuk membiarkan mereka pergi.
Aku bersedia untuk melepaskanmu dan menjemput yang baru datang.
Aku bersedia untuk membiarkan memori yang aku sayang berlalu pergi dan mencipta kenangan baru.

Aku belajar.

Aku belajar dari apa yang diajar.
Aku belajar dari kesakitan.
Aku belajar dari patah hati.
Aku belajar dari air mata.
Aku belajar dari kesilapan dan dari salah aku sendiri.
Aku belajar dalam mengenal erti kesusahan.
Walaupun perit ujian yang ditimpa,
namun aku sentiasa bersyukur dengan kekuatan yang diberi.
Untuk terus bangun, berdiri, tabah dan lebih kuat dari sebelum ini.

Aku bersyukur.

Aku bersyukur untuk semua nikmat yang kau pinjamkan kepada aku.
Aku bersyukur kerana kau sentiasa buat aku tersenyum.
Aku bersyukur kerana kau sentiasa menghantar orang yang baik-baik kepada aku.

Aku akan merinduimu.

Walaupun kau tidak sempurna,
namun aku akan merinduimu.
Kau masih istimewa di dalam hati aku.
Kerana ada masanya aku merasa selesa.
Ada masanya aku merasa selamat.
Tidak seperti tahun lain,
kau pergi memberi impak kepada aku.

2017 - Aku sudah bersedia.

Aku tahu aku sudah bersedia untuk kau.
Aku bersedia untuk ujian yang akan diberi.
Aku bersedia untuk menanganinya walaupun aku tahu aku hanya ada aku.
Aku bersedia untuk menerima segala keperitan yang akan aku lalui.
Aku bersedia untuk sentiasa kuat dan tabah dalam menempuhinya.
Aku bersedia untuk membiarkan masa lalu pergi dan memulakan hidup yang baru.
Aku bersedia untuk menulis catatan baru pada halaman kosong yang masih bersih dari coretan.
Aku bersedia untuk mengisi buku baru aku dengan catatan yang indah.

2017, kita masih belum bersua namun aku sudah jatuh cinta denganmu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selamat Tinggal 2016Where stories live. Discover now