[Chapter 5]

553 41 0
                                    

Hana P.O.V

Aku turun tangga sambil ikat rambut. So lazy harini. Beg sudah pun tergantung dekat belakang aku. Tangan aku berplaster. Ni semua sebab mamat poker tu. Tak apa lah lagipun dia kan aku punya...

Crush

Aku duduk dekat meja makan. Beg aku letak dekat atas kerusi sebelah. Selesai aku sapa omma dengan appa, aku capai roti bakar. Lalu calit sedikit jem. Lepastu disuap kedalam mulut aku.

"Omma, oppa bila balik?" Soalku selepas saja selesai telan kunyahan tadi. "Tak tahu lah. Oppa tak ada cakap pula." Jawab omma sambil bahunya diangkat. Aku mengangguk tanda faham.

Aku kerking kearah jam dekat atas almari. Dah pukul 7:15. Aku telan kunyahan terakhir dan minum seteguk susu. "Hana pergi dulu. Annyeong." Ujarku sebelum berlari anak ke muka pintu.

Kasur Airmax aku sarungkan dekat kaki sebelum mula berjalan kaki ke sekolah. Appa agaknya dah pasrah pujuk aku naik kereta. Dulu appa hari hari suruh aku tumpang dia. Aku taknak. Nanti kantoi.

Aku keluarkan earphone lalu sumbat masuk kedalam lubang telinga aku. Fon samsung aku on lalu ke app music. Lagu Drop That dari Exo mula pasang. Aku berjalan santai ke sekolah.

+++

Aku dah sampai depan pintu pagar sekolah. Aku nampak ada seorang murid yeoja berdiri depan pagar. Aku tak pernah nampak pun sebelum ni. Tanpa menghiraukan dia aku terus masuk keperkarangan sekolah.

Earphone belum aku buang. Masih tersumbat pada kedua dua telinga aku. Sampai depan locker, semua yeoja pandang aku sambil berbisik bisik. Apa aku kisah. Asalkan aku tak ganggu hidup korang.

Hidup aku aman, hidup kau pun aman.

Aku buka locker aku. Aku agak terkejut. Ada beberapa keping sampul surat. Aku capai dengan teragak agak. Ada 2 sampul. Ada 3 sticky note. Aku baca yang dekat sticky note. Warna jingga, pink dan hijau.

"Jangan rapat dengan kingka kami lah perempuan nerd!"

"Dahlah nerd. Tak sedar diri pula tu. Sedar diri kau weyh!
Nerd+Miskin=Jung Hana"

"Jauhkan diri kau yang jijik tu dari kingka terutama Kai sunbae! Atau kau akan dapat sesuatu yang kau tak sangka."

Aku lepaskan keluhan. Lagi sekali aku kene maki dan kene caci dengan diorang. Aku sambung niat aku ke locker. Surat surat tadi aku gumpal dan buang dalam tong sampah berhampiran.

Aku berjalan ke kelas. Tetiba aku ternampak kingka kingka sekolah. Diorang lambai sambil tersenyum. Aku kene lari! Aku terus melangkah laju kesatu lorong yang menghala ke tandas.

Kai P.O.V

Aku jalan dengan hyung hyung aku ke hall. Tetiba kami nampak Hana berjalan dari arah bertentangan dengan kami. Earphone tersumbat dekat telinga dia. Sah kalau kami panggil dia tak dengar.

Aku lambai sambil tersenyum. Tetiba Hana masuk lorong kanan. Tu kan lorong ke toilet bukan ke kelas. Peliknya.

"Weyh... kenapa dengan Hana?" Tanya Chanyeol. "Mana Hana?" Tanya lagi si Lay ni. "Entah... Kai pun tak tahu." Jawabku sambil angkat bahu. "Dah hilang." Jawab Baekhyun.

"Kenapa dia macam nak larikan diri dari kita." Ujar Luhan. Ada betul juga apa yang Luhan cakap. Kami ada buat salah ke? Tersalah cakap? Aku terus ke locker aku. Nak ambik beberapa buku.

Aku dengar Sehun mengeluh. "Again?" Tanyaku tanpa pandang dia. "Yup." Jawab Sehun ringkas. Aku tersenyum sinis. Sah sah dapat surat. Rasanya aku tahu siapa pengirim tu.

Aku berjalan ke kelas. Aku ada lalu depan kelas Hana. Dia dah ada dalam kelas. "Oppa! Oppa!" Jerit seseorang dari hadapan. Hana terkejut dengan jeritan tadi terus pandang keluar kelas.

Aku nampak 4 orang yeoja tengah tergedik gedik menghampiri kami. Siapa lagi kalau bukan si Wendy, Yeri, Joy dengan Seulgi. Orang panggil diaorang Red Velvet. Jangan tanya kenapa. Aku pun tak tahu. Diorang suka makan kek tu kot.

Aku tersenyum kelat sebelum melangkah pergi dengan pantas.

+++

Hana P.O.V

Sedang ralit aku study, aku dengar suara orang utan menjerit. Sekolah ni ada pusat pemeliharaan orang utan ke? Aku pandang keluar kelas. Patutlah.

Kingka depan kelas. Aku nampak Wendy, Joy, Yeri dan Seulgi menghampiri mereka. Tergedik gedik. Geli plus gatal pulak mata aku tengok. Aku terus pandang buku dan sambung study.

Tak lama lepastu Cikgu Jaesuk selaku guru kelas kami masuk dan bawa seorang pelajar perempuan. Kelas mula bising. Pantang nampak perempuan cantik.

"Kelas ni saya kenalkan rakan baru kamu. Bae Ju Hyun atau kamu boleh panggil Irene." Ujar Cikgu Jaesuk. Budak perempuan tadi aka Irene menunduk hormat.

"Kamu boleh duduk dejat meja kosong disana." Ujar Cikgu Jaesuk lagi sambil jarinya ditunding kearah meja sebelah aku. Irene mengangguk dan berlalu ke meja aku.

Aku tersenyum sewaktu dia mula melabuhkan punggungnya keatas kerusi. Aku terus pandang kehadapan. Bukan aku taknak bertegur sapa. Cuma nanti aku takut kecewa sebab sah sah akan ada pelajar yang hasut si Irene ni.

+++

Kringgg~

Aku lepaskan keluhan dan mula mengemas meja. Waktu rehat sekarang ni dan perut aku dah tak sabar nak di isi. Cikgu Hyumie dah keluar tadi. Katanya ada hal sekejap.

Aku bangkit dari kerusi dan terus melangkah ke kantin. Lapar sangat nih. Alamak! Hall dah bising! Baik aku cabut! Tanpa melengahkan masa lagi aku terus berlari ke kantin.

Kai P.O.V

Aku baru keluar dari kelas. Fullamak laparnya~ Aku terserempak dengan hyung hyung aku dekat hall. Aku tak faham pelajar dekat sini. Kalau nampak kitorang mesti terjerit macam orang histeria.

Mata aku tak sengaja ternampak Hana berlari pergi. Sekali lagi dia larikan diri dari kitorang. Aku mengeluh lagi. Apa salah kami? Kami ada terkasar bahasa ke?

Hana P.O.V

Aku tinjau sekeliling kantin. Semua meja penuh. Hah! Ada satu! Aku tersenyum manis. Aku pantas bergerak sambil bawa dulang makanan yang aku beli tadi ke meja yang kosong.

Aku terus duduk dan mula menjamu selera! Nyam! Nyam! Aku ambik chopstick dan kepit kimchi dan masukkan dalam mulut. Sedapnya~

Aku tak kisah orang nak cakap aku gila ke sawan ke apa ke. Asalkan aku tak ganggu hidup korang pun dah cukup memadai.

BHAA!!!

Aku tersedak kimchi. Aku terbatuk kuat. Gile!!! Siapa yang sergah aku?! Aku minum air sedikit. Hah~ lega tekak aku.

Aku dapat dengar kerusi dekat meja aku ditarik. Dan bunyi dulang besi. Aku pandang sekeliling. Maut menimpa lagi!

To Be Continue

Secret Crush °edited°✔Where stories live. Discover now