Koleksi Cerpen

4.4K 44 4
                                    

JALINAN KASIH

"Kau ni kan! Dah lah gila. Suka cari pasal pulak tu. Eee... Nak je aku bagi penampar kat muka kau tu," Qaisara menunjukkan pengepalnya pada Qayyum. Wajahnya sudah bertukar merah. Marah terhadap lelaki itu yang telah membuatkan baju sekolahnya menjadi warna biru tua. Semua kerana warna air yang dibaling kepadanya. Dasar pencetus masalah!

"Uuu~ Takutnya~" Qayyum sengaja mengapi-apikan Qaisara. Sedari dulu lagi perbalahan pasti akan meletus sekiranya dua insan itu bersua muka.

"Qayyum... Kau jangan cabar aku!" notasi suaranya semakin meninggi. Tekak yang perit akibat terlalu lantang menjerit tidak dihiraukan. Amarahnya terhadap lelaki di hadapannya itu semakin membuak. Wajahnya bertukar merah. Mata-mata yang memandang langsung tidak dihiraukan. Guru mata pelajaran seni pergi ke tandas sebentar, memang huru-haralah satu kelas.

"I am, Qai. I am," Qayyum tersengih sinis. Bibirnya yang senget ke kanan hampir-hampir ditampar tangan mulus Qaisara namun berjaya diberhentikan dengan satu suara.

"Sara! Berhenti. Ish, korang berdua ni. Asyik nak bergaduh je. Tak ada benda lain ke yang korang boleh buat? Pening aku," Mukmin, ketua tingkatan kelas 5 Mawar menegur lantas memberhentikan hayunan tangan Qaisara yang begitu hampir dengan wajah Qayyum.

"Dia yang mula dulu!" bentak Qaisara. Amarahnya sudah beransur reda sebaik sahaja menatap seraut wajah yang diminatinya itu dalam diam tetapi dia tidak meluahkan perasaannya itu kerana bimbang persahabatan yang telah terjalin selama 6 tahun itu hancur begitu sahaja.

"E'eh. Apasal pulak aku?" dalih Qayyum.

"Kau yang baling water colour ni kat aku," mata Qaisara tajam merenung wajah Qayyum yang dibencinya itu.

"Korang ni! Tak tahulah macam mana aku boleh jadi best friend korang sedangkan korang pulak bergaduh," keluh Mukmin. Nafasnya dihela perlahan.

"Eee... Tak ingin aku nak ada best friend macam dia ni!" Qaisara menjeling Qayyum. Wajahnya sengaja dicebikkan.

"Eleh, macam aku 'hadap' sangat nak kawan dengan kau ni! Dahlah gedik, attention seeker pulak tu," kutuk Qayyum. Perkataan 'hadap' sengaja ditekankan, menduga kesabaran Qaisara.

"E'eh kau..." jari telunjuk Qaisara diarahkan pada muka Qayyum yang sedang tersenyum sinis dan berpeluk tubuh.

"Qaisara! Qayyum! Sudah, jangan nak buat kecoh dalam kelas ni!" Puan Zurina menjerit dengan begitu nyaring sekali menyebabkan satu kelas diam. Bunyi kipas menjadi halwa telinga mereka semua saat itu.

"Saya tak faham betullah kamu berdua ni. Gaduh, gaduh, gaduh. Apa nak jadi ni? Karang dah besar kahwin karang batu tahu," bebel Puan Zurina lagi.

"Eee... Tak rela saya nak jadi isteri dia," tutur Qaisara. Punggungnya dilabuhkan semula di atas kerusi. Apalah nasib perlu duduk di sebelah musuhnya sendiri.

"Melawan!" mata Puan Zurina mencerlung pada gadis tinggi lampai itu. Qaisara meneguk air liurnya.

"Sorry," ucapnya perlahan lalu menunduk.

"Padan muka," bisik Qayyum. Qaisara tidak mampu berbuat apa-apa selain menjeling insan yang duduk di sebelahnya itu.

---

6 tahun telah pun berlalu. Begitu pantas sekali bagaikan sepintas angin lalu. Kini, Qaisara dan Mukmin semakin rapat apabila mereka melanjutkan pelajaran sama-sama di luar negara. Qayyum juga melanjutkan pelajaran di universiti yang sama, malahan merupakan teman serumah Mukmin. Mereka menyewa di sebuah rumah pangsa yang sederhana sahaja. Qaisara pula tinggal dengan keluarga mak ciknya yang menetap di situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Koleksi CerpenWhere stories live. Discover now