BAB 13

3.2K 67 2
                                    

Sebelum balik ke Johor, Hanis dan Qarin singgah di hospital yang menempatkan Zulaikha. Mereka memang bercadang untuk melawat gadis itu sebelum pulang. Takkan nak tinggalkan gadis itu tanpa jelaskan apa-apa. Lagipun, pihak polis ada juga mengatakan ada seseorang dari jabatan mereka mahu berjumpa Qarin dan Hanis. Tentu nak bertanya tentang kes Zulaikha. Jadi, Hanis dan Qarin membuat keputusan untuk menunggu di bilik rawatan sahaja. Alang-alang menunggu polis yang mahu menyoal mereka, Hanis dan Qarin dapat berbual dengan gadis itu.

"Awak dah okey?" Hanis mula menyoal sebaik mereka mengenalkan diri kepada Zulaikha. Gadis itu juga baru sahaja sedar ketika Hanis dan Qarin tiba di bilik rawatan.

"Okey... Bolehlah." Senyum Zulaikha. Masih tak berdaya nak bergerak banyak. Hanya berbual sambil berbaring di atas tilam.

"Macam mana awak berdua dapat selamatkan saya? Macam mana awak tahu saya ada dalam rumah tu?"

"Ibu dengan bapa awak buat laporan polis tentang kehilangan awak. Jadi, saya gunakan surat khabar untuk sebarkan kes kehilangan awak ni. Ada orang yang maklumkan awak berada dalam rumah tu," jelas Hanis. Dia mengalihkan pandangan ke arah Qarin. Lelaki itu berdiri di sudut bilik. Tidak mengambil perhatian dengan perbualan mereka. Sibuk melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"Qarin." Hanis memanggil. Qarin serta-merta memandang ke arah Hanis.

"Kau tak nak cakap dengan dia pasal..." Beberapa kali Hanis mengangkat kening. Memberi signal kepada Qarin agar lelaki itu faham apa yang Hanis cuba sampaikan. Patutnya Qarin yang jelaskan sendiri perkara ini kepada Zulaikha. Bukan habiskan masa dengan melihat pemandangan luar tingkap.

Qarin menoleh ke arah Zulaikha sebelum pandangannya dialihkan kepada roh ibu dan bapa gadis itu.

"Tolong cakap dengan dia, jangan lari dari rumah lagi. Mak dengan abah dah tak ada. Kami marah bukan sebab kami tak sayangkan dia. Minta dia jaga adik-adik. Maaf sebab susahkan awak berdua. Terima kasih Qarin sebab tolong kami, tolong selamatkan anak kami. Ucap terima kasih pada kawan awak."

Perlahan kelibat kedua-dua roh itu hilang sambil melihat ke arah anak perempuan mereka. Qarin berjalan mendekati hujung katil.

"Awak tahu tentang mak dengan abah awak dah meninggal, Zulaikha?" soal Qarin. Sepantas kilat wajah Zulaikha berubah. Senyuman gadis itu terus hilang.

"Apa yang awak cakap ni?" Zulaikha seperti tak percaya dengan kata-kata Qarin.

"Betul kata Qarin, Zulaikha. Parents awak meninggal sebab accident sebelum awak diselamatkan. Saya yang dapatkan berita pasal kemalangan ibu dengan bapa awak tu." Hanis terpaksa mencelah bagi menyokong kenyataan Qarin. Kalau gadis itu tak percaya juga, memang Hanis terpaksa bagi bukti lain. Tunjukkan berita tentang kemalangan ibu dan bapa Zulaikha. Mungkin cara itu lebih mudah untuk Zulaikha percaya.

"Tak mungkin... Abah! Mak!" Zulaikha mula meraung. Selimut yang menutupi badannya sudah dipegang rapat.

Hanis yang duduk di sebelah katil hanya dapat menepuk perlahan belakang badan gadis itu.

"Saya... Saya... Tak sempat nak minta maaf dengan dia orang. Saya bersalah. Mak, abah... Ika salah. Ika minta ampun." Esak tangis Zulaikha membuatkan Hanis dan Qarin saling berpandangan. Laju Hanis menuding ke arah Zulaikha. Meminta Qarin menenangkan gadis itu dengan kata-katanya. Mungkin arwah ibu dan bapa Zulaikha ada kata sesuatu kepada Qarin.

"Kalau nak minta ampun, jangan lari dari rumah lagi," ucap Qarin.

Zulaikha berhenti menangis. Tersedu-sedu dia memandang Qarin dengan matanya yang basah.

"Mak dengan abah awak cakap jangan lari lagi dari rumah. Dia orang marah bukan sebab tak sayang. Sekarang dia orang dah tak ada, awak yang kena jaga adik-adik." Qarin bersuara lagi. Sampaikan amanat serba ringkas. Tak nak kenyataannya kedengaran seperti dia mempunyai kebolehan pada Zulaikha.

LELAKI KHAS UNTUK HANISWhere stories live. Discover now