Guruh berdentam-dentum di langit, menandakan hujan akan turun. Angin bertiup kencang, menerbangkan dedaunan di jalanan. Dua orang siswi berpimpinan tangan meredah kegelapan malam menuju ke bangunan Fakulti Perubatan yang sunyi sepi tidak berpenghuni.
Hanya limpahan cahaya dari lampu neon di tepi jalan menerangi kegelapan malam ketika itu.
" Dah nak hujan ni ! Cepatlah ambil apa yang kau nak ambil tadi, " gesa Irene.
Mata gadis utu liar memandang sekeliling dengan perasaan cemas. Kawasan universiti yang tiada penghuninya pada malam hari itu memang menyeramkan, terutama di sekitar kawasan Fakulti Perubatan itu.
" Kau tak nak temankan aku naik ? " balas Wendy.
Pantas Irene menidakkan. " Ohhh... tak nak ! " matanya mengerling ke arah lif lama di bahagian tengah bangunan itu. Bulu romanya meremang, seolah-olah kulitnya baru tersentuh ais.
" Kau jangan percaya sangat dengan cerita hantu lif yang senior ceritakan tengah hari tadi. "
" Why not ? Takkanlah dorang nak tipu kita ? Kita ni student First Year kan ? Buat apa dorang nak tipu kita. Kalau engkau tak percaya, sudahlah ! "
" Senior cerita macam tu sebab tak nak kita merayau-rayau kat kampus malam-malam macam sekarang. Engkau tengoklah tempat ni ! Dahlah sunyi, sekeliling pulak hutan, bukit-bukau... Dorang mungkin risaukan keselamatan kira, jadi rekalah citer hantu untuk takut-takutkan kita. Mana ada hantu dalam dunia ni ? " jawab Wendy sebelum tertawa kecil.
Yang diajak bercakap tidak fikir perkara itu kelakar.
" Yah, orang tua-tua ada pesan. Cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar...."
" Mengarutlah ! Engkau sepatutnya ambil sains sosial sebagai major. Aku budak sainslah ! Student medic, tau. Aku cuma percaya logik dan fakta, " bantah Wendy. "Macam nilah. Kalau engkau takut, engkau tunggu sini. Aku nak naik lif sekejap. Aku tertinggal buku kat depan bilik pensyarah. Keluar lif je, aku capai buku tu, lepas tu turun. Tak sampai lima minit pun "
" Pergi cepat, tau ! Aku rasa tak sedap hatilah..." suara Irene kedengaran takut-takut ketika dia memandang sekeliling dengan dada berdebar-debar.
Melihat riak cemasnya, Wendy membuntangkan mata memandang, berlagak seperti hantu, untuk mengusiknya.
" Tak takut ke tunggu sorang-sorang kat bawah ? Nanti kena usik ngan hantu, baru tahu..." kata Wendy dengan suara direndahkan sambil menundukkan muka, kemudian menyergah.
Irene terkejut. Pantas ditepuknya bahu kawannya itu. Wendy hanya mengekeh ketawa, sedikit pun tak berasa takut, sebelum berjalan masuk ke dalam lif.
Suasana begitu sunyi. Ketika tercegat berdiri menunggu seorang diri, dada Irene berdebar-debar. Ekor matanya melirik sekelilingnya penuh waspada.
Sesekali, dia memandang lif yang ketika itu sudah menunjukkan angka 8, menandakan lif sudah berada di tingkat lapan. Lif berhenti seketika di angka tersebut, sebelum perlahan-lahan bergerak turun ke bawah, ke tingkat 1.
Pelik !
Pintu lif tidak terbuka seperti sepatutnya !
Irene semakin tidak sedap hati. Fikirannya mula memikirkan hal yang bukan-bukan. Dia menunggu sejenak sebelum melangkah perlahan ke arah lif dan berhenti betul-betul di depan pintu lif. Dengan suara terketar-ketar, dia memanggil.
" Wen...! Janganlah... takutlah aku... Aku tak sukalah...! Keluarlah... cepat...! "
Tiada jawapan. Suasana masih senyap.
" Wen...! Engkau...ada kat dalam, tak...? Wen...! Wen...?!!!!"
Masih tiada jawapan, Irene perlahan-lahan menghulurkan jarinya dengan tangan terketar-ketar. Jantungnya berdegup semakin kuat. Dia menekan butang untuk membuka pintu lif.
TINGGG!
Kedengaran bunyi loceng lif, menandakan pintu bakal terbuka di depan Irene yang menunggu dengan dada berdebar-debar, dengan nafas terasa hampir terhenti.
Apa yang akhirnya muncul di depan mata membuat Irene terpaku dengan mata terbeliak. Lututnya lemah, seolah-olah bila-bila masa saja boleh tertanggal dari soketnya. Dia hampir terjelepok.
Di depannya kelihatan rakannya terkulai di penjuru lif. Mata gadis itu terbeliak, dengan kaku dan tangannya yang terbengkok janggal, seolah-olah trauma disebabkan ketakutan selepas terpandangkan sesuatu yang mengerikan.
Seketika itu juga, suara jeritannya bergema.
SREETT...
Suasana kembali sunyi.
Hening... Dingin... Menyeramkan....
****
First time buat cerita^^
YOU ARE READING
The Lift. + bts
Mystery / ThrillerPernahkah anda menaiki lif seorang diri ? Saya pernah, dan terus terang saya katakan, saya takut apabila berseorangan di dalam lif ! Tempat itu sempit, tidak selesa, kosong.... atau mungkin tidak ? Saya sering kali merasakan bahawa saya tidak ber...