Fifteen

1.8K 351 15
                                    

" Kalau awak semua tak boleh nak selesaikan hal ni... kami terpaksa bubarkan awak. " Bang Pd menggelengkan kepalanya. Kesal dengan perangai Bangtan yang semakin menjadi-jadi.

Yoongi terus bangun dari duduknya dan keluar dari bilik mesyuarat itu tanpa sebarang kata.

" Kami dah beri awak semua peluang untuk pulihkan keadaan. Tapi, keadaan ni makin bertambah teruk sampai melibatkan orang luar.

Kami sayangkan kumpulan ni. Tapi, macam mana kami nak bantu lagi kalau awak semua sendiri dah tak sayangkan kumpulan ni? " Bang Pd mengurutkan kepalanya sendiri. Pening.

Seokjin menarik nafas dalam. " Kalau semua ni berpunca daripada saya, saya rela ditendang keluar. Kekalkan mereka semua. " putus Seokjin.

Taehyung menggelengkan kepalanya laju. " Tak. Tak boleh. " sampuknya.

" Kalau seorang nak keluar, aku lebih rela kita bubar.

Sebab korang kena ingat janji kita dulu,

yang tak akan ada seorang pun yang akan tarik diri melainkan dia bersetuju untuk bubar. "

Perlu ke... kita ucapkan selamat tinggal?

[C] Promises » BTS «Where stories live. Discover now