Bab 4

21 2 0
                                    

"Kenapa awak balik lambat?" tanya melisa memecahkan kesunyian dari tadi. "Aku ada latihan bola keranjang. Kenapa?" kata riezal tanpa memandang melisa. "Tanye je" kata melisa. Sekali lagi sunyi datang.

        Tiba tiba, "ishh, mamat ni nak apa lagi?!" marah riezal. "Kenapa?" tanya melisa sambil melihat ke belakang. Sebuah van sedang mengejar mereka. Tiba tiba van itu menghalang laluan lalu riezal terus memberhentikan kereta. "Mel, pergi belakang sekarang." melisa hanya menurut kerana melihat muka riezal yang begitu serius.

       "Kau tunggu sini, jangan naikkan kepala kau. Faham? Dan jangan keluar langsung dari kereta ni sampai kau dengar bunyi motor dah takde" arah riezal suruh melisa duduk di belakang kerusi pemandu tempat orang biasa letak kaki.

    Riezal keluar dari keretanya, sama juga dengan gengster2 yang berada di dalam van. "Kau nak apa haa ariff?"kata riezal geram. "Bro, lu ingat urusan gua dengan lu habis begitu je? Selepas guru gemuk tu kacau? Memang tak aa" kata ariff. "Lagipun, gua nak lu susah"kata ariff sambil menolak kepala riezal. Ariff memetik jari lalu  dua orang ahlinya memegang riezal rapat ke keretanya.

       Sementara itu, melisa yang berada di dalam melihat sedikit ke luar. Nasib baiklah cermin kereta si riezaltu gelap. Riezal ditumbuk berkali kali sehingga darah keluar sedikit dari bibirnya. Kemudian kepalanya dihentak sehingga berdarah di pokok yang berdekatan. Selepas mendera riezal mereka terus beredar.

     'Bunyi motor dah takde'bisik hati melisa. Dia jadi takut apabila riezal menjerit kesakitan tadi. 'Kenapa mamat ni tak masuk lagi?'hairan melisa di dalam hati. Dia beranikan diri untuk keluar. Terkejut melisa melihat riezal yang sedang berguling guling di atas tanah sambil menahan perut nya yang sakit akibat ditendang.

       "Awak! Saya bawa ke hospital ye" kata melisa cemas dengan bibir riezal dan kepalanya yang mengalir darah. Dia memegang sebelah tangan riezal lalu memimpin nya ke kereta.

        Sampai di hospital, doktor memberitahu yang riezal cuma mengalami cedera ringan. Melisa mendengus lega. Semasa Melisa sedang memandu, riezal hanya diam dan memegang perutnya yang masih terasa sakit. "Err, awak okay tak? Kenapa awak tak lawan diorang haa?" tanya melisa memecahkan kesunyian. Riezal ketawa kecil sambil menahan sakit. "Kau gila nak lawan ramai begitu sendiri? Dahlah aku kena tahan" jawab riezal. Melisa diam.

       "Assalamualaikum aunty," ucap melisa memberi salam di rumah riezal sambil riezal meletakkan tangannya di belakang leher melisa. "Waalaikumsalam, riezal!!" terkejut puan rina melihat anaknya lebam. "Masuklah" jemput puan rina. Mereka masuk lalu meletakkan riezal di sofa ruang tamu rumah.

       "Ana! Bawakan semangkuk air suam dan kain ke sini" arahnya kepada raihana yang berumur 7 tahun. "Takpe makcik saye buat" kata melisa sambil mengambil kain yang dipegang puan rina. "Okay, err.. Kamu ni girlfriend riezal ke?" tanya puan rina spontan membuatkan melisa terkejut lantas tertekan lebam di pipi riezal kuat."Ahhh!!" jerit riezal kesakitan. "err.. Sya bukan gf dia. Sya cuma kawan je" kata melisa sambil tersenyum manis.

        "Oohh Ingatkan gf tadi.. Yelah, aunty ingatkan gf dia tadi. Dahlah cantik, manis lagi senyuman.. Lelaki mana yang tak nak?" puji puan rina. "Apa mak ni over.. Riez mana ada gf" kata riezal. Melisa yang mendengar dari tadi hanya senyum. "Mama bukan ape tapi teringin juga tengok anak bujang mak ni kahwin "  kata puan rina.

       "Ni, melisa minum lah dulu. Kamu kan dah tolong riez tu." alu puan rina. "Eh!takpelah aunty sya dah nak pulang dah."tolak melisa sopan. "Minumlah,lagipun riez tengah tidurtu" melisa akhirnya mengalah."lepas ni biar driver aunty hantar kamu ye." kata puan rina menawar. "Eh takpe, nanti saye naik teksi je" balas melisa .

       Keesokan harinya, riezal tidak hadir ke sekolah. "Eh mel, kau ada nampak riezal tak?"tanya aisyah kepada melisa. "Mel!!" panggil aisyah apabila melisa tidak memberi respon. "Haa?"tanya melisa semula. "Err, kemarin dia bergaduh dengan geng yang dari sekolah lain. So, dia tak hadirlah." jawab melisa. "Ohh, eh macamana kau tahu haa? Kau skodeng dia ye!" sakat aisyah. "Takde nye aku nak skodeng mamat buta tu lah. Bagus aku tolong mak aku lagi bagus." balas melisa.

    Selepas beberapa minit bersembang, cikgu datang...

Abangku mr. CARINGWhere stories live. Discover now