Hari yang ditunggu sudah tiba. Aku dah bersedia dengan skrip yang aku berlatih semalam untuk luahkan perasaan aku pada Jaad. Aku memegang dadaku yang berdegup kencang seperti genderang mahu perang.
Tet tett. Handphone ku berbunyi tanda mesej masuk. Dari Maya. Pelik jugak aku dengan minah ni. Harini kan tak ada kelas.
'Dhia, aku nak jumpa kau kejap. Ada benda aku nak bagitahu'
'Bila? Aku dah nak pergi rugby field ni. Kan aku nak jumpa Jaad'
'Please Dhia. Aku ada hal penting nak bagitahu kau ni' aku dah rasa pelik. Kenapa dengan Maya.
Aku pergi untuk berjumpa dengan Maya dulu. Aku risaukan Maya. Aku takut berlaku pape pada Maya.
Aku berjumpa Maya di cafe. Nampak wajah Maya yang sedang bermain handphone.
"Maya, kau oke ke tak ni. Kata ada nak bagitahu sesuatu dekat aku." Aku duduk mengadap Maya. Maya menarik tanganku keluar dari cafe.
"Dhia. Aku ada benda nak bagitahu kau. Tapi aku harap kau jangan bencikan aku." Aku membuat muka pelik.
"Bagitahu je lah. Aku oke." Kataku ketika kami duduk di dalam gazebo menghadap tasik besar.
"Jaad ada jumpa aku. Dia ajak aku couple." Maya tak berani nak pandang muka aku. Aku terkejut. Tetiba rasa macam ada darah naik kat kepala. Rasa kecewa. Aku tak mampu nak berkara ape ape.
Maya memandang aku. "Dhia? Aku minta maaf Dhia. Aku tak sangka yang dia ada hati dengan aku. Semalam malam dia datang jumpa aku. Dia kata dia selalu nampak aku dengan kau." Tertunduk tunduk Maya. Aku terkedu. Mungkin aku hanya berharapan tinggi pada Jaad. Aku sepatutnya tahu. Sebab Maya lagi cantik dari aku. Lagi lembut daripada aku.
Aku memegang tangan Maya. "Maya, aku oke lah. Kau jangan fikir bukan bukan. Kan aku cakap aku minat je dengan dia. Tak bermakna aku cintakan dia." Aku hanya mampu berikan senyuman palsu pada Maya. "So, kau terimalah dia?" Aku bertanya. Perlahan lahan Maya mengangguk. Aku hanya mampu tersenyum dan menelan air liur.
"Congrats you guys. Eh oke lah Maya. See you tomorrow. Aku ada hal ni. Nanti aku text kau k" cepat cepat aku bangun berlalu dari situ. Tak sanggup aku nak dengar pape lagi dari Maya. Aku hanya fikir mungkin tu jodoh mereka.
Dalam kereta aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Aku tahu hujan lebat di luar juga menangisi aku. Tapi aku rasa nasib baik sebab tak sempat nak luahkan perasaaan aku dekat Jaad. Apelah yang jadi kalau aku luahkan perasaan. Memang malu aku jadinya. Yelah. Rupanya orang yang aku minat selama ni sukakan kawan baik aku sendiri.
Tengah aku melayan perasaan aku nampak Maya berjalan bersama Jaad menuju cafe. Aku hanya mampu melihat. Mungkin aku perlu move on.
Aku terus memandu kereta keluar dari kolej.