Di ruang tengah rumah, ada lima pemuda sedang melepak. Seorang sedang bermain komputer, seorang lagi sedang membuat formula rahsianya dan seorang lagi sedang membaca buku Kill Me With Love. Dua orang lagi pemuda menghadap telefon masing-masing. Seorang tersengih-sengih dan seorang lagi berwajah santai.
"Arghhh!"
Jeritan salah seorang daripada mereka berjaya membuat keempat-empat pemuda yang lainnya serentak memandangnya hairan.
Qidran si gamers terus pause permainannya dan headphone disangkut pada leher. Kai si psiko terus berhenti membaca buku yang baru kali pertama dibaca setelah empat bulan dibelinya. Wanz si baran laju mengangkat kepala dan pen di tangannya terjatuh. Adli si Ribena spontan memandang sebelah seraya tapak tangan kanannya menutup lubang telinga.
"Apahal oi?" gelabah pemuda bert-shirt hitam yakni Adli bersoal.
"Apsal?" tanya Kai yang berpakaian baju berlengan panjang berserta seluar jeans hitam.
"Kenapa?" soal Qid, pemuda berbaju kemeja hitam.
"Apahal pulak ni?" soal Wanz yang bert-shirt putih leher bulat.
Dan ya, mereka bersoal secara serentak menyebabkan bunyinya sangatlah tidak sedap serta tidak enak seenak satay daging berserta kuah kacang. Apa beza aneh dengan sedap? Eh, tapi berianya penulis terangkan pemakaian diorang. Nasib pakaian luar je. Kan? Kalau pakaian dalam? Ehem, maaf sakit tekak.
"Ranking survival aku turun weh!"
"Laaa..." serentak mereka bersuara menyebabkan Adli tiba-tiba ketawa selepas menyebutnya.
"Yang engkau ni kenapa pulak ketawa?" tanya Kai. Mukasurat bukunya ditahan dengan jari ibu dan telunjuk sejak kedengaran jeritan Mikael.
"Kita jinx kot. Tak kelakar ka?"
"Tak,"
"Hehehe..." Adli menggaru-garu kepala kemudian menghadap ke kanan. "Mana turun? Mana? Itulah hang. Aku nak ajiaq, hang berlagak tak mau diajiaq." bebel Adli, skrin telefon Mikael ditolak sedikit agar dia dapat melihatnya.
"Ini hah! Brotherlee ni pintas aku. Celaka punya brotherlee. Ini mesti dia dengki dengan aku. Mesti dia guna-gunakan Headshot takpun bagi nasi kangkang."
Sengihan Adli mati. Belakang kepala Mikael ditampar laju. "Babi! Brotherlee tu aku! Takde masa aku nak mengangkang atas nasi lemak atau nasi kerabu sekalipun!"
"Eh hang ka?" Berkerut dahi Mikael sambil menggosok-gosok belakang kepalanya. Nasib baik tak ditarik hujung rambut. Kalau ditarik? Mahu meraung si Mikael.
"Kau add aku haritu kan?"
"Bila?"
"Hari-two?"
"Hari-three?"
"Hari-"
Teng-teng-teng.
Bunyi teng-teng-teng dari jam tangan masing-masing membuatkan mereka serentak berpandangan sesesama sendiri. Muncul tulisan merah di jam tangan mereka. "Looks like we got a job. Let's go." ujar Wanz kemudian kelima-lima pemuda itu terus berlari ke dapur dimana tersoroknya satu terowong rahsia untuk ke tingkat bawah.
Gedebuk-buk-buk-buk.
Keempat-empat pemuda selamat landing di atas sofa di tingkat bawah tanah yang disediakan di bawah hujung terowong yang sebenarnya merupakan batang paip besar hasil sumbangan Qidran. Bingkas mereka bangun dan bergerak ke satu komputer yang berada di hujung bilik. Bilik mereka itu-
Gedebuk!
"Arghhh!"
Krakkk!
Kok-kok-kokkk~
YOU ARE READING
HEADSHOT
Mystery / ThrillerDari lima ekor juara sperma kepada lima orang pemuda kacak, mereka telah berjaya membentuk satu squad pembunuh upahan bertopeng yang bukan saja terkenal di negara sendiri bahkan di negara luar serta menjadi sebutan dalam kalangan pembunuh-pembunuh a...