Lawan Jadi Kawan

581 4 0
                                    

"Benarlah apa yang aku buat ni."Azli berbisik sendiri sambil menguntumkan senyuman kegembiraan.Dia berasa lega apabila semua dendam kesumat dan syak wasangka yang terpendam sekian lama akhirnya terlerai sudah.Satu satu wajah sahabatnya dipandang dengan pandangan kasih sayang seorang teman.Aidil,Amir dan Hanifah berjabat tangan dan berpelukan tanda terjalinlah sudah ikatan persahabatan.

Beberapa Bulan yang lalu.............

"Wuuuuuuu,korang..tengoklah tuh,diorang lalu,diorang lalu!"

"Wah hensemnya,mau tak tidur malam dibuatnya ni."

"Gila lah,dah lah hensem,manis,segak bergaya,pandai pulak tu.memang layak sangat jadi pakwe aku."Semua yang berada disitu memandangnya dengan pandangan pelik.Aifa tertawa sendirian sambil mula berangan angan untuk menjadi kekasih kepada jejaka jejaka itu.

"Kerek gila minah ni."

"Perasan,memang tak lah diorang nak kawan dengan kau"

"Eeeeeeeee,geli bulu hidung aku dengar."

Sesaat..dua saat..tiga saat.. kemudian mata mereka kembali terarah kepada tiga orang sang jejaka kacak.Pandang diorang lagi bagus.Mereka berbisik di dalam hati.

Ya,itulah dia.Tiga orang jejaka kacak yang sentiasa menjadi perhatian umum.Aidil,Amir,dan Azli.Nama mereka tidak asing lagi di pendengaran pelajar sekolah SMK Taman Alam Indah.Malahan,bukan di sekolah ini sahaja,kebanyakan pelajar sekolah lain juga mengenali mereka kerana mereka bertiga memang aktif memasuki pelbagai aktiviti yang dianjurkan sekolah.Sukan,olahraga,lakonan,nyanyian,aktiviti kelab,semuanya mereka ikut turut serta.Bukan sahaja kacak menjadi ukuran,mereka juga pelajar pelajar yang baik hati,pemurah,bijak dan disukai oleh guru-guru.Kerana itulah,mereka mampu menarik perhatian sesiapa sahaja di sekolah itu.Contoh?macam budak -budak tadi tu.haha.Dan kerana keakraban tersebut,mereka diberi gelaran Tiga Serangkai.Tapi,baik-baik diorang ni,jangan ingat tak ada musuh,hah inilah aku nak cerita ni,semuanya bermula dari sini....

\

DALAM KELAS MATEMATIK

Peperiksaan trial SPM baru sahaja berlalu,semua pelajar tingkatan 5 Alfa mula berdebar debar menanti keputusan mereka.Cikgu Romzi sudahpun bersiap sedia dengan markah peperiksaan di tangan kanan dan tangan kirinya memegang rotan.Bersiap sedia untuk merotan pelajar pelajar yang merosot bagi subjek Matematik.

"Aiza."

"Asha."

"Khalil."

"Amira"

"Fadlan"

"Zahar"

"Kahfi."

Cikgu Romzi menyebut seorang demi seorang nama pelajar pelajarnya.Tiba kepada Tiga Serangkai,dia tersenyum senang hati.Memang keputusan mereka tidak pernah mengecewakan.

"Aidil."

"Azli."

"Amir,tahniah Amir.Markah awak yang paling tinggi di dalam kelas ini.Dan saya dapat tahu markah awak juga paling tinggi di antara semua pelajar SPM tahun ini."Cikgu Romzi memuji Amir ,senyumannya makin lebar.Semua pelajar 5 Alfa bertepuk tangan meraikan kejayaan sahabat mereka.Mereka turut berasa bangga.Memang tak syak lagi Amir sangat genius dalam subjek Matematik.

"Terima kasih cikgu,saya berjanji akan buat lebih baik untuk SPM nanti."Dia kemudiannya berjalan untuk ketempat duduk.Sampai sahaja,Aidil dan Azli mengucapkan tahniah dan berpelukan kerana gembira.

"Hanifah."Cikgu Romzi menyebut namanya sambil menggeleng gelengkan kepala.

"Kenapa dengan kamu ni Hanifah?markah kamu sangat teruk.E? kamu sedar tak pelajar kelas lain ramai yang mengatasi kamu?sepatutnya markah kamu yang lebih tinggi dari mereka,ini terbalik pula.Cuba kamu tengok Amir tu,markah tak pernah tak bagus.Cuba kamu belajar dengan dia.Boleh kan?nah!,tadah tangan."

DRAMA PENDEK -GREAT MAKER-Where stories live. Discover now