Aku cuma nak pesan. Hati - hati.
Dengan ?
Dengan orang yang ada di sekeliling kau. Bukan aku nak ajak kau untuk prejudis dan su'udzon ( bersangka buruk) terhadap orang sekeliling. Tak. Cuma waspada.
Boleh jadi orang yang menjadi tempat kau luah masalah, adalah orang yang akan cerita balik masalah kau kat orang lain.
Boleh jadi orang yang selama ni berkawan rapat dengan kau, adalah orang yang akan burukkan kau di hadapan orang lain.
Boleh jadi orang yang selama ni baik dengan kau, adalah orang yang sedang berusaha jatuhkan kau.
Semua boleh jadi. Ini dunia.
Dunia yang kian mencium kiamat.
Dunia akhir zaman.Tiada yang mustahil.
Pesanan aku, bersederhanalah.
Bersederhana dalam membenci.
Bersederhana dalam mencintai / menyayangi / mempercayai.Ulamak pun ada pesan begitu.
Kerana apa?
Kita bukan Yang Esa, Yang Maha Mengetahui.
Allah tau apa yang akan terjadi akan datang. Sedangkan kita sama sekali tidak.
Boleh jadi orang yang kita benci sepenuh hati, adalah orang yang mendoakan syurga buat kita. Yang menghulurkan tangan disaat kita jatuh. Yang memberi sokongan disaat orang kain mengetawakan kita.
Dan
Orang yang kita percaya, adalah orang yang dengki dengan nikmat yang Allah beri buat kita. Harta, kemurahan rezeki, kesihatan yang baik dan sebagainya boleh jadi faktor untuk orang jatuhkan kita.
Berhati hati. Dan bersederhana.
#7Februari2017