2

19 0 0
                                    

Nikah.

Bukan benda main - main. Bukan hanya sehari dua. Bukan hanya hingga ke akhir hayat. Bukan.

Tapi hingga ke jannah.

Sebab itulah bila nak pilih pasangan, Nabi ajar kita supaya pilih pasangan yang baik agamanya. Bukan rupa parasnya. Mahupun hartanya yang melimpah ruah.

Kerna itu hanya sementara. Sama macam dunia ni. Sekejap. Bukan selamanya.

Sebab tu kalau kawin, cinta antara pasangan tu mestilah sama dari awal perkahwinan hingga ke akhir hayat sekaligus membawa ke Jannah.

Manis dan romantik layanan buat pasangan, bukan hanya sebulan dua berkahwin. Tapi kena kekalkan kasih sayang tu. Ikatan suami isteri. Hinggalah ada anak cucu.

Dan kawin juga bukan setakat kerana cinta dan sayang. Bukan setakat nak elak maksiat. Tapi banyak.

Antaranya niatlah nak kawin tu untuk mudahkan kita nak belajar / menghafal. Perkara ini ada berlaku dalam kalangan ulamak. Selain tu, niatlah nak kawin tu untuk melahirkan banyak zuriat yang soleh dan solehah yang boleh menegakkan syariat Islam. Niatlah nak kawin untuk memperbanyakkan umat Rasulullah.

Banyak. Luas benda yang kita tak belajar lagi. Bukan setakat kawin atas dasar cinta. Bukan setakat kawin atas dasar nak elak maksiat. Niat baik nak kawin tu banyak.

Dan seeloknya sebelum kawin, mantapkan ilmu dan amalan dulu. Ingat kan Allah kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya?

Jangan sibuk sangat nak cari pasangan sampai tak sedar nyawa di hujung tanduk. Leka kejar cinta manusia sampai lupa Allah. Sampai tak sedar kubur kita sedang digali.

Bila dah nikah, isteri kena taat suami. Jangan nusyuz. Kawin juga tak bermaksud kita boleh lupakan dan tinggalkan mak ayah kita.

Kalau tak mampu nak hulur duit barang sedikit, telefon tanya khabar atau melawat pun sudah memadai. Doa juga.

Semasa kawin juga, jangan pernah berhenti belajar. Mintak nasihat ibu ayah yang dah lama kawin. Mintak nasihat ustaz atau ustazah supaya tak berlaku perkara tak sepatutnya. Banyakkan belajar. Jangan berhenti belajar walaupun dah kawin.

Untuk kita sendiri. Untuk pasangan kita.

Dan anak - anak yang bakal lahir nanti. Mereka saham kita.

Yang akan mendoakan kita bila kita dah takde. Yang akan "pos" pahala untuk kita nanti.

Wallahualam.

PesananWhere stories live. Discover now