bab 2*mimpi aneh*

15 0 0
                                    

Kami berlima pulang ke kota Seoul setelah 5 hari berada di pulau jeju. Yura menjadi sahabat kami setelah mengetahui penyakitnya.Aku menjemput Yura dengan kereta ferrari ku. Ayah memberikan kereta tersebut sempena ulangtahun ku yang ke-18 tahun.Ramai pelajar Myung he memperhatikan kami berlima yang berjalan beriringan masuk ke kelas.Ramai juga gadis berbisik-bisik sesama sendiri setelah melihat Yura ada di sisi kami berempat.

"Tak sangka,saya akan jadi popular lepas ni,"
"Awak kena bangga,sebab awak dikelilingi putera yang tampan,"
"Ji ha,awak memang sweetalker tau,"
"Awak kena enjoy dengan kami ya,Yura,"
"Thanks,sebab sudi buat Yura gembira di penghujung nyawa,"
"Jangan cakap pasal mati lagi,"
"Sorry Min Woo,"
"Jom masuk kelas,"

Waktu makan tengahari, kami berlima menuju ke kafe universiti. Seorang gadis datang menghampiri kami dan meminta kami menunjukkan bilik prof Hyun Min Soo.Jin Min membantu gadis tersebut sehingga ke pintu bilik prof Hyun.Jin Min mula menggunakan taktik playboy nya.Gadis itu di kenali dengan nama Soo Ri Mi.Sejak ke belakangan ni,Yura sering sakit sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.Aku juga ingin Yura menjalani pembedahan,namun peluang untuk sembuh sangat nipis.Wajah Yura kelihatan begitu pucat sekali,aku menjaganya sepanjang dia berada di hospital.Aku terlelap kerana keletihan menjaga Yura.

"Min Woo,"
"Kenapa Yura?,"
"Awak kena hati-hati dengan Soo Ri Mi tu,"
"Kenapa pula?dia kan kekasih Jin Min,"
"Dia ada niat yang tak baik kat awak,"
"Jangan risau,awak kena banyak berehat,"
"Ingat pesan saya,hanya cinta sejati mampu selamatkan awak,"
"Apa awak merepek ni?,"
"Saya akan di sisi awak,biarpun saya dah takde nanti,"
"Please don't say like that,"
"Thanks sebab tunaikan hajat saya,love you all,"
"Love you too,"
"Selamat tinggal Min Woo,"
"Jangan cakap macam tu,"
"Masa saya dah tak banyak,"
"Yura!!!,"

Aku terjaga bila ada tangan yang menyentuh bahu ku.Aku mengosok mata ku dan melihat ke arah orang yang menyentuh bahu ku sebentar tadi. Ternyata seorang petugas hospital yang mengejutkan.Aku terkejut bila doktor yang merawat Yura mengatakan bahawa Yura baru saja meninggal dunia.Aku cuba menahan rasa sedih dan menatap wajah Yura yang kelihatan seperti tidur.Aku menghubungi mereka bertiga dan meminta mereka datang segera ke hospital.Kami menguruskan pengebumian Yura,kerana dia tak mempunyai keluarga.Ramai rakan dari universiti datang mengucapkan takziah kepada kami.Ri Mi juga datang mengucapkan takziah kepada ku.Mummy dan daddy juga datang menemui aku setelah mereka pulang dari Paris .Yura sememangnya sahabat yang baik dan tak pernah bersangka buruk dengan kami yang berperangai playboy ni.

"Apartment Yura macam mana,Min Woo?
" Yura ada pesan untuk sewakan saja kepada sesiapa,Ji Ha,"
"Baiklah,nanti aku uruskan,"
"Soo Ri Mi kata nak sewa apartment, apa kata kita sewa kan aje kat dia,"
"Tapi...Jin Min,"
"Yura pasti tak kisah lah,"
"Okey,nanti aku uruskan apa yang patut ye,"
"Okey, nanti aku bagitau Ri Mi,"

Selepas seminggu Yura tinggalkan kami,aku sering mimpi bertemu dengan Yura. Dia sering kali berpesan untuk menjauhi Ri Mi.Aku tetap tak pedulikan mimpi tersebut kerana bagi aku tak logik sangat. Jin Min pulak semakin menjauhi aku dan yang lain.Aku semakin pelik melihat perangai Jin Min yang semakin aneh.Hyun Soo pulak seakan tak peduli dengan perubahan sikap Jin Min.Ri Mi cuba menggoda aku ketika aku berada di dalam club.Jin Min pulak kelihatan seperti budak suruhan Ri Mi.Aku meminta penyiasat persendirian untuk menyiasat identiti Ri Mi sebenarnya.Hari ni hari terakhir aku di universiti Myung He kerana kami semua sudah berjaya mendapat ijazah.Hyun Soo akan bekerja dengan ayahnya,begitu juga dengan Ji Ha.Cuma Jin Min saja aku tak pasti kerana kami tak sering berjumpa.Mark adalah orang upahan ku untuk menyiasat siapa sebenarnya Ri Mi.Aku terkejut kerana Ri Mi seorang yang mengamalkan ilmu hitam,patut lah Jin Min berperangai aneh.Aku mesti menyelamatkan Jin Min,tapi aku tak pasti bagaimana caranya.Aku berbincang dengan Hyun Soo dan Ji Ha mengenai Jin Min.Namun kami menemui jalan buntu dan tak berupaya menolong Jin Min agar terlepas dari pengaruhi sihir Ri Mi.
Hyun Soo tiba-tiba menghubungi aku dan meminta aku menemuinya di club.Aku segera berjumpa dengan Hyun Soo,kelihatan dia sedang duduk bersama dengan Ri Mi.Aku terkejut kerana Ri Mi seolah dapat membaca niat ku untuk menyelamatkan Jin Min.Tapi kini Hyun Soo juga terkena sihir Ri Mi.Aku cuba untuk keluar dari situ,namun badan ku seolah-olah menjadi kaku.Aku cuba mengerakan kakiku,namun aku tak berhasil.Kelihatan Ri Mi mula menghampiri aku yang sedang ketakutan.

"Kenapa nak takut Min Woo?,"
"Kenapa buat aku macam ni?,"
"Aku cuma nak balas dendam pada kau!,"
"Aku tak kenal pun kau siapa?,"
"Pasal kau!adik aku mati bunuh diri!,
"Sapa nama adik kau?,"
"Ri Min,3 tahun yang lalu,"
"Aku tak pernah kenal nama perempuan tu "
"Dah kau buat dia mengandung pastu tu kau kata tak kenal!,"
"Aku tak kenal adik kau!,"
"Takpe,mula saat ni kau akan menjadi patung!,"
"Apa!!,"

Kenapa aku tak boleh bergerak ni?kemana pulak Hyun Soo nak bawa aku ni?Aku cuma menjerit,namun suara ku tak terkeluar.Penghujung club sibuk dengan dunia mereka,tak ada yang perasan aku yang sudah menjadi patung.Aku menyesal kerana tak percaya pesanan Yura sebelum dia meninggal.Aku di letakkan di bilik Yura dulu,tapi sekarang ni menjadi milik Ri Mi.

"Macam mana seronok tak jadi patung?,"
"Aku lupa kau dah jadi patung kan!!!,"

Ri Mi menanggalkan pakaiannya dan menuju ke bilik air.Aku boleh bergerak semula dan dengan pantas aku keluar dari apartment Ri Mi.Namun aku tak mampu berlari terlalu jauh kerana bila aku saja aku berada di sekitar yang ada orang,aku akan menjadi patung semula.Ri Mi hanya tersenyum dan meminta pengawal apartment tersebut membawa aku kembali ke bilik nya.Aku kena fikir macam mana nak keluar dari situ.Ri Mi kelihatan mengantuk dan terus terlelap di atas katil.Mungkin ni lah peluang yang aku ada ketika ni.Aku cuba membuka kunci yang berada di kaki ku,namun usaha ku gagal lagi.Aku melihat ada beberapa keping roti di atas meja dengan segelas susu.Aku segera mengambil roti dan susu tersebut kerana perutku terasa begitu lapar sekali.

"Min Ah,Min Woo tak balik lagi ke?,"
"Belum,sayang,"
"Cuba call kawan-kawan dia?,"
"Dah,dorang kata tak jumpa dia,"
"Hati saya rasa risau ni,"
"Saya pun sama,dia je anak tunggal kita,"
"Takpe lah,kita tunggu je dulu,"

Ri Mi sedang menghadap meja soleknya.Aku akui Ri Mi memang cantik dan tubuh nya yang mengiurkan nafsu lelaki.Tapi sayang dia bukan perempuan yang baik.Dia perempuan iblis yang sanggup menyihir orang menjadi patung hanya kerana dendam.Masa berlalu begitu pantas sekali kerana aku tak merasa peredaran masa setelah aku disumpah menjadi patung.Macam mana keadaan orang tuaku dan kawan-kawan ku.Yura sering wujud di dalam mimpi ku dan menemani aku sepanjang aku tertidur ketika menjadi patung.

"Yura,maaf kerana tak percayakan awak,"
"Mungkin ini takdir awak,"
"Thanks sebab selalu hadir disisi saya,"
"Saya dah janji untuk sentiasa disisi awak,"
"Macam mana saya nak hapuskan sumpahan ni?,"
"Saya akan bantu awak,tapi awak kerana tunggu masa yang sesuai,"
"Baiklah,cuma saya risau keadaan orang tua saya,"
"Jangan risau,mereka sentiasa rindukan awak,"
"Yura,awak memang sahabat sejati saya,"
"Saya pari-pari untuk lindungi awak,"
"Biarpun awak dah takde,tapi roh awak sentiasa disisi saya,"

Aku terjaga kerana Ri Mi sudah keluar dari apartment nya.Aku hanya bergerak disekitar bilik nya saja.Aku melihat ke arah cermin dan meneliti keadaan tubuhku.Tubuh ku kelihatan sedikit kurus dan wajahku kelihatan pucat.Sejak menjadi patung, aku hanya makan apa yang disediakan oleh Ri Mi.Walaupun tak lazat,namun boleh lah untuk mengalas perut. Aku mengeluh sendirian kerana menenangkan nasibku yang disumpah menjadi patung.Sejak aku menjadi patung aku tak pernah melihat Jin Min ataupun Hyun Soo datang ke sini bersama Ri Mi.Aku melihat dua orang gadis yang berada didalam frame gambar di meja solek Ri Mi.Mungkin ini adik,Ri Mi dan aku cuba mengingat samaada aku pernah berjumpa dengan adiknya.Namun aku tak berjaya kerana aku sentiasa mengingat semua ex-girl aku dari sekolah menengah sehingga universiti. Mungkin Ri Mi tersalah orang dan menuduh aku membuat adiknya mengandung dan kemudiannya membunuh diri.

sumpahan playboyWhere stories live. Discover now