Fanfic ini terhasil daripada inspirasi W PROJECT - WB Joo Chan dan WG So Yoon (Woollim rookies) dan juga sempena rasa minat yang mendalam kepada Joo Chan (tapi dia lagi muda sobs). Jangan lupa stream official MV depa yang bertajuk No One Like You. Their voices are a perfect match!
6 petang.
Taman permainan ini kosong tanpa kanak-kanak. Dia memilih untuk duduk di atas papan gelongsor. Aiskrim di dalam plastik dibuka lalu dimakan. Siang hampir melabuhkan tirai. Langit senja muncul menandakan malam hampir tiba. Ibunya pesan supaya pulang awal, jangan lepak di taman ini kerana risaukan dirinya yang masih kecil. Tambahan pula, dia tidak mengenali sesiapa di taman ini.
"Yah,"
Tiga orang budak lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba muncul di hadapannya. Dia melihat ke kiri dan kanan, mana tahu budak-budak lelaki itu bercakap dengan orang lain.
"Kau la. Kau budak yang baru pindah kat sini kan?"
Dia terkebil-kebil, tak tahu nak jawab apa.
"Bagi aku duit. Mesti appa kau bagi duit banyak," salah seorang dari mereka yang berbadan besar meminta duit. Dia mengagak bahawa mereka ini lebih tua daripadanya.
"Shiroe (tanak). Hyung tak ada duit sendiri ke?" dia memberanikan dirinya bercakap.
"Mwo? Berani kau! Yaedeura (Guys)," budak lelaki berbadan besar itu merampas aiskrim dari tangan dia lalu dicampak ke atas tanah, manakala dua orang lagi rakannya membaling batu-batu kecil yang dikutip ke arah dia.
"Hahahaha," seronok budak-budak itu membuli. Mereka mengambil sampah-sampah yang ada di atas tanah lalu dicampak ke arahnya. Dia tidak berani melawan kerana dia tahu saiz badannya yang kecil itu tidak mampu mengalahkan tiga orang budak ini. Puas dia suruh mereka berhenti, namun mereka tidak pedulikannya.
Sehinggalah..
"Yahhhhh!" suara nyaring seseorang memberhentikan aktiviti mereka itu. Mereka menoleh untuk melihat empunya suara.
"Alamak, budak perempuan gila tu la. Cepat, cepat. Lariiiiiiiiiiiiiiiii," lintang-pukang budak bertiga itu lari apabila melihat seorang budak perempuan memegang batang kayu.
Budak perempuan itu cepat-cepat pergi ke arah budak lelaki itu. Kayu diletakkan di tepi.
"Neo, gwaenchanha?"
Diam. Dia tunduk sambil menangis perlahan. Rasa takut menyelubungi diri. Dia tak pernah dibuli.
"Geokjeongma. Budak-budak nakal tu dah lari. Noona dah halau," budak lelaki itu berhenti menangis lalu mengangkat kepalanya. Seorang budak perempuan sedang tersenyum manis kepadanya.
"Nama noona So Yoon. Umur noona 8 tahun. Neo neun? (How about you?)"
"Hong Joo Chan. 7 tahun,"
"Hong Joo Chan? Keluarga Hong yang baru pindah kat hujung jalan tu?"
Dia angguk.
"Lain kali, jangan datang sini seorang diri. Budak-budak nakal yang suka minta duit orang selalu datang sini. Aratchi?"
Dia angguk lagi. Berat betul mulut nak bercakap. Orang tanya sepuluh patah, dia jawab sepatah. Itu lah Hong Joo Chan, seorang budak lelaki yang sangat pendiam dan pemalu. Keluarganya baru berpindah ke kawasan taman perumahan ini seminggu yang lalu.
"Ppalli ga (cepat pergi). Dah nak gelap ni. Nanti eomma appa Joo Chan risau. Noona balik dulu, annyeong~" budak perempuan yang bernama So Yoon itu melambai. Kanak-kanak di situ memanggilnya budak gila, kerana dia suka bercakap seorang diri, jarang bergaul dengan kanak-kanak lain.
"So Yoon noona,"
Joo Chan menarik tangan So Yoon. "Gomawo. Boleh Joo Chan kawan dengan noona?"
So Yoon senyum. Tak pernah ada orang minta jadi kawan dengan dia. "Boleh,"
----------
"So Yoon-ah annyeong!"
"Cantik la So Yoon hari ni,"
"Eh tak la, So Yoon hari-hari cantik!"
So Yoon tak pedulikan budak-budak perempuan dari kelas lain yang menegurnya di sepanjang koridor. Dia berjalan terus menuju ke kafeteria. Dia harus cepat, kerana tangannya dah lenguh membawa bungkusan hadiah daripada peminat-peminat. Rimas betul bila orang yang kita tak pernah kenal tiba-tiba tegur sebab ada udang di sebalik batu.
"So Yoon-ah! Kau jalan macam kereta api la! Kereta api pun tahu berhenti tau," termengah-mengah Ye In sebaik sahaja duduk di sebelah So Yoon di kafeteria.
"Eh, sejak bila kau ikut aku?" tanya So Yoon terkejut.
"Aku siap panggil kau lagi, kau saja yang tak dengar a — OMO. Banyaknya hadiah! Makin ramai peminat nampak gayanya,"
So Yoon mengeluh.
"Habis tu kau nak buat apa dengan semua ni? Kalau Joo Chan nampak mesti dia marah. Lebih baik kau buang," tanya Ye In.
"Sayang lah kalau buang. Kesian pula aku dekat peminat-peminat dia,"
Ye In hanya mampu menggeleng kepala sahaja dengan sikap tak sampai hati So Yoon itu. Sejak bila entah dia ada sikap itu, dia pun tak tahu.
Wajah So Yoon sugul ketika memikirkan sama ada hendak buang atau tidak hadiah-hadiah itu. Pagi-pagi lagi meja dia dah penuh dengan hadiah, tapi semua hadiah itu bukan milik dia. Semuanya milik Joo Chan! Tak pasal-pasal dia terpaksa menjadi posmen tak berbayar. Ini semua salah Joo Chan! Kalau lah dia tak beritahu orang tentang kami...
Hm, nak buang ke tak.
Ke nak simpan saja?
Atau buang?
Simpan ke buang?
Simpan ke bu —
"Noona!"
"Kkamjjagiya --
Yahh, terkejut tahu tak?"
Terlambat! Joo Chan dah nampak semua hadiah itu. Pucat lesi wajah So Yoon. Dia menjeling Joo Chan yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.
"Haih, noona buat lagi. Kan Joo Chan dah kata jangan terima semua hadiah yang orang bagi untuk Joo Chan. Rimas lah,"
"Ei kau ni, orang dah bagi tu ambil saja lah. Siapa suruh jadi famous sangat. Kau pun satu So Yoon. Kenapa kau pergi ambil semua ni?" Ye In melepaskan geram kepada kedua-dua orang rakannya ini. Sebenarnya dia sangat mengambil berat tentang So Yoon. Dia tak suka jika orang pijak kepala So Yoon atau mengambil kesempatan di atas kebaikannya.
"Haih korang berdua asyik marah je bila aku angkut semua hadiah ni. Then what do you guys expect me to do? Pagi-pagi masuk kelas, atas meja dah penuh dengan hadiah dan notes suruh pass hadiah ni dekat Joo Chan. Tak kan nak buang kot,"
"YES," "EXACTLY,"
Amboi. Padu Joo Chan dan Ye In mematahkan perkataan So Yoon sehingga terdiam gadis itu dibuatnya.
Dia melepaskan keluhan kecil.
"Ok macam ni. Joo Chan ambil saja semua hadiah ni. Nanti kecewa peminat-peminat Joo Chan kalau Joo Chan tak ambil. Nak simpan atau tidak, itu terpulang atas Joo Chan. Tak pun bagi kawan-kawan Joo Chan ke. Ok? Noona pergi dulu, nak makan! Bye~" Lantas dia menarik Ye In meninggalkan Joo Chan terpinga-pinga dengan hadiah yang banyak itu.
Inilah padahnya bila adik kau super kacak dan famous!
A/n : Hi guys! Siapa Hello Love reader kat sini, angkat tangan! Ehehehe thanks buat sesiapa yang baca. Ini baru introduction, ala-ala prolog kot (?) Entoh ler nak, sis bantai je buat ni. Sorry kalau tak best. Harap dapat tinggalkan komen yang motivate dan jangan lupa vote. Thanks! xoxo
25/1/2017.
YOU ARE READING
There's No One Like You (Malay)
Fanfiction26/1/2017 #962 in Fanfiction So Yoon yang telah terbiasa melindungi Joo Chan sejak kecil lagi, tanpa sedar dia masih lagi menganggap Joo Chan seperti anak kecil. Pada suatu hari, Joo Chan tidak mahu lagi bercakap dengan So Yoon. Mengapa Joo Chan tid...