Hud menaiki motorsikal tua milik arwah atuknya berseorangan di sekitar rumah kedai itu. Bangunannya tampak usang dan lusuh. Seusang dan selusuh motorsikal yang dinaikinya tatkala itu. Sesekali dia mendongak ke arah lajuran atas bangunan tersebut.Kelihatan burung gagak duduk bertenggek diatas sana. Bunyinya amat menarik perhatian. Hud melepaskan lelah setelah lama berpusing. Dia memasuki ke salah sebuah kedai makan yang terletak berdekatan.
"Aney, teh o ais satu. Roti canai kosong dua, letak kuah kari sama kacang dal okay!" Laung Hud dari tempat duduknya. "Oh lupa, makan sini ya." Sambung dia lagi.
Pelayan kedai datang membawa pesanan yang diminta. Hud leka bermain handphone tanpa mempedulikan si pelayan itu. Jarinya lincah menekan skrin gajet tersebut.
Cilaka! Kalah pulak dah. Pasni tobat aku dah tak nak main game ni. Buat sakit hati je. Main game angry bird pun kalah aku ni, kalau tau dek anak buah aku confirm diorang gelakkan Pak Lang nya. Malu malu!
Dia meletakkan handphone itu diatas meja. Kemudian dia menarik pinggan yang berisi makanan. Naharam betul! Aku order lain, benda lain pulak yang sampai. Mamak ni pekak ke apa?
Roti canai dengan mee goreng punyalah jauh beza. Ni bukan tahap pekak dah, tahap telinga letak dekat lutut. Terbantut selera makan aku haih. Mee goreng pun mee goreng lah. Asalkan kenyang.
Tanpa membuang masa, dia menarik pinggan berisi mee goreng dihadapannya. Mee goreng bak kata orang hidup segan mati tak mahu.
Sekali pandang, tak ubah seperti longgokan getah berwarna kuning yang digaul bersama kicap cap Jalen. Beberapa helai sayur kelihatan menambah seri mee goreng mamak itu.
Dia menyuakan makanan ke dalam mulutnya sambil membebel panjang. Mee goreng apa macam ni? Masak dengan kaki ke? Keras semacam je, cam makan getah pun ada ni. Tak sedap langsung. Kalau setakat macam ni lah meniaga, aku pun boleh bukak gerai gak.
Mat Ben jalan terkedek-kedek menghampiri Hud. Tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar, kemudian dia keluarkan kembali. Berulang kali dia melakukan perbuatan itu. Entah apa yang di carinya. Dia tersenyum melihat gelagat yang berada tidak jauh darinya. Hud makan sambil membebel. Pantas disergahnya Hud yang sedang makan itu dari arah belakang.
"Opocot mak kau hitam. Nak tampar aku tampar? Eh kuda kepang eh wayang kulit ewah ewah. Joget sana nak?!" Latah Hud tak semena-mena. Dipalingkan wajahnya mencari gerangan yang celaka membuatnya melatah dikhalayak ramai.
"Setan punya Mat Ben! Salam takda apa pun takda. Tiba-tiba sergah aku macam ni kenapa?" Ucap Hud dengan nada marah.
"Lek bro. Aku gurau je. Takmo marah-marah cemni, nanti cepat tua tau? Hihihi." Balas Mat Ben dengan nada guraunya kemudian ketawa mengekek.
"Banyaklah kau punya gurau. Kalau aku mati tercekik dekat sini siapa susah?" Soal Hud berang. Tadi mamak kedai ni buat aku marah, ni malaun kurus melidi ni pulak buat hal. Panas aku panas! Aku jentik jugak anak homosapien ni karang.
"Aisehman! Apa benda cakap pasal mati pulak ni? Ke kau malu dengan makwe meja hujung sana sebab melatah? Hehehe" usik Mat Ben lagi.
Gadis-gadis di meja hujung serentak berpaling ke arah mereka berdua. Lantas mereka bercakap-cakap sesama sendiri dan di selangi dengan hilai tawa mengalahkan mak lampir.
"Malu tak malu belakang kira. Yang aku tahu, aku nak kau payung aku makan. Kalau tak, siap kau." Ugut Hud.
"Yelah tu tak malu. Cuba ko tengok diaorang tu, bantai gelakkan kau. Sikit pun kau tak rasa malu? Hehehe setakat payung makan ni apa lah sangat. Aku ON je." Bisik Mat Ben sambil menggosok kepalanya yang botak tanpa sehelai rambut itu.
"Buat apa nak malu. Ko tengoklah diaorang tu, gelak mengalahkan mak lampir. Sepatutnya diaorang yang malu. Satu kedai dengar woi. Adab mana adab?" Hujah Hud lagi. Sesekali matanya mengerling kearah kelompok gadis di meja hujung.
"Lantaklah diaorang semua. Kesah pulak aku dengan adab diaorang. Lama tak nampak kau. Kau pe citer? Makan apa tu?" Soal Mat Ben.
"Haaa tahu takpa. Aku macam kau tengok ni ah, sihat Alhamdulillah. Kau tak nampak ke aku tengah makan nasi ayam ni?" Sindir Hud menayangkan beberapa urat mee goreng menggunakan garfu.
"Butoh ah kau. Amende cakap nasi ayam? Ni mee goreng lah samdol. Nak tipu pun beragak-agak ah. Kalau ko cakap spaghetti boleh gak aku percaya. Fak fak fak!" Ucap Mat Ben tak puas hati sambil mengangkat jari tengahnya kearah Hud tanda protes.
"Kau tu yang bingai. Dah terang-terang aku ni tengah makan mee goreng, kau pergi tanya buat apa lagi? Nak cakap buta tak. Mungkin rabun dekat kot." Balas Hud kembali.
"Tang rabun jangan main, okay? Keturunan aku semua mata elok belaka. Aku hempuk jugak kau dengan kerusi tak berapa nak kerusi ni." Ugut Mat Ben dan diangkatnya kerusi plastik disisi.
"Lek ah. Tadi kemain lagi ko sakat aku, boleh pulak kan. Aku memain je. Ko pahal sensitif sangat sekarang? PMS ke? Hehehe." Usik Hud disertai senyuman.
"PMS abah kau. Banyaklah kau punya PMS. Aku laki woi. Takdalah aku saja je tadi. Rokok bro?" Ucap Mat Ben lalu mengeluarkan sekotak rokok dihulurkan kepada Hud.
"Takpalah, aku tak hisap rokok bro. Aku sayang organ dalaman aku." Ujar Hud lantas menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
"Boleh tahan kau punya excuse ya. Sayang organ dalaman konon. Yang kau tibai maggie tiap-tiap hari tu takpa?" Hujah Mat Ben kemudian menghembuskan asap rokok tanpa bersalah.
"Maggie lain bro, rokok lain. Maggie aku makan hujung bulan. Lagipun taknak lah aku bakar duit cenggitu je. Sayang tau, baik aku buat beli makanan je." Ucap Hud seraya tersenyum.
"Ah suka hati kaulah Hud. Yang aku tahu rokok ni best. Nikmat dia tak boleh nak ucap bro. Sekali kau cuba, mesti nak lagi. Ketagih siot." Balas Mat Ben.
" Rokok ni. Dia macam perempuan bro. Sekali kau dah pekena, susah kau nak tinggal. Dia macam berhantu kau tau tak? Sehari tak pekena, boleh naik gila doh." Sambung Mat Ben lagi.
" Yang kau buat metafora mengalahkan A. Samad Said tu dah kenapa? Takyah nak acah deep sangatlah. Ko jangan cakap dengan aku yang ko pernah pekena awek, Ben." Teka Hud.
"Hehehe. Tak pernah bro. Aku suci lagi. Aku saja ja sembang gampang macam tu." Ucap Mat Ben lalu menyalakan rokok yang kedua.
"Baguslah kalau kau suci lagi. Eh bro, ko pe citer dengan Saleha?" Soal Hud.
Mat Ben diam. Dia tidak memberi sebarang reaksi. Sunyi. Sepi.
YOU ARE READING
Projek Memikat Hantu
HumorAnda seorang loner? Anda seorang loser? Seringkali di reject makwe? Cerita ini sesuai untuk anda. Ini bukan Projek Memikat Suami, bukan juga Projek Memikat Makwe. Ini Projek Memikat Hantu!