Bab 1 : 23 Februari 1998

1.7K 16 0
                                    

Aku menangis.
Aku membuka mataku.
Doktor dan jururawat menyambutku dengan senyuman, lalu diberinya aku kepada mama ku.
Sungguh kuat aku berteriak ketika itu, maklumla bayi an.
Itu lah kali pertama aku bersuara di muka bumi ini.
Sekarang...suara ku tidak berkuasa, malahan dipijak hina.

Itu semua bermula selepas rahsia terbesar ku dibongkar, diketahui oleh semua orang. Walau kuat aku cuba untuk menerangkan mereka, tetap aku dikalahkan dengan mereka. Aku tidak mampu melakukan apa-apa. Aku menyendirikan diri, menjadi seorang yang pendiam, dan kosong.

# 23 Februari 1998 #
"Tahniah, Puan! Baby Boy!"
Suatu ayat yang dahulunya dimegahkan dan dibanggakan papa ku, kononnya aku akan menjadi penyambung legasi nya sebagai seorang ahli bisnes yang berjaya.

"Sayang, nama ape kite na letak untuk baby boy kesayangan abang ni?" Papa yang dikala itu berada disisi mama sedang mengusap-usap kepala aku dengan penuh manja nya.
"Hafiz okay tak bang? Sayang nak anak pertama kita menjadi seorang yang pandai agama" (hahaha pandai agama? sejadah aku buat jadi selimut)
"Abang lagi suka nama Fazren, sesuai dengan name abang: Fazri"

Entah macam mana mama papaku discuss, akhirnya aku diberi nama Hazren, gabungan antara HA-fiz dan fa-ZREN. Dulu aku suka nama aku sebab aku rasa nama aku unik. But now, name Hazren itu la menjadi bualan orang ramai, katenyer "Pondan". Aku berasa malu dengan nama aku sendiri, betapa teruknya ketika aku berasa down, bayangkan seorang budak berumur 8 tahun menjadi bahan ejekan orang sekeliling.

Pada umur ku 6 tahun ,Aku diberi nama gelaran 'Oyen'. Disebabkan aku sangat suka pada buah oren dan warna oren, Mama aku cakap dulu aku selalu cakap pelat : "Ini Oren Hazren" bertukar mnjadi "Ini Oyen", dan sampai sekarang gelaran tersebut menjadi nama utama ku berbanding nama dalam I/C.

Aku dulu merupakan seorang budak yang sangat ceria dan peramah, selalu menghantar buah oren kepada jiran-jiran, bermain 'baling selipar' bersama kawan2 perumahan, dan sangat suka menulis. Kadang-kadang abes kertas A4 kosong yang papa baru beli aku abeskan, digunakan untuk menulis ape saje yang aku nak.

Pada 23 Februari 2011 , iaitu birthday aku yang ke 13-tahun. Aku disambut meriah oleh mama dan papa dan kawan2 kerana aku dulu dapat capai 5A dalam UPSR dan 7A1B dalam UPSRA (A for agama , yup sekolah agama). Aku berasa sangat gembira pada masa tu, masih aku ingat betapa besarnya kek dan betapa suam nye pelukan mama dan papa pada masa tu.

Sehinggalah...Balqis...datang.
AKU BENCI BALQIS!
Dia lah punca semua ini berlaku, kalau bukan disebabkan die yang bagi aku surat cinta pada birthday aku, aku takkan jadi cmni.
Korang nak tahu apa jadi? Pada masa itu aku telah membuat satu kesilapan yang sangat besar, aku membukan surat tersebut dan membacakannya bersama mama aku:

"Hi Oyen,

Ini saya, Balqis hehe
Saya sebenarnya nak bagitau awak yang saya suka sangat kat awak, kalau bole besar nanti saya nak kahwin dengan awak, Awak hensem lah hihi.

Balqis"

Mama tergelak besar ketika itu manakala aku pula seperti robot yang korang selalu nampak kat kedai tu, yang kaku nak mampos. Ye lah mana tak kaku, cer korang jdi aku. Selepas mama gelak besar mcm badut McD tu, mama pergi panggil papa.

"Abang, tak lame lagi menimang cucu lah kita hehe"
"Abang tgk la, anak tunggal kesayangan kita ni dah ade peminat, anak si Mamut dengan Mashita tu, Balqis tu"
Papa punye mata terbeliak besar macam tgh tgk porno.
"Balqis yang selalu sama2 dgn oyen pegi mengaji tu ke?"
Dalam hati aku mse tu : ("eii siputnye la mak bapak aku ni, saje je na buat aku angin")

The next day, aku pon tade keje membongak je kt rumah sebab hari Sabtu an , manade kelas! Homework pon da siap sume da , kacang la wei kacang! So aku pon baring atas katil, na maen GameBoy (budak skrg mne tau gameboy tu ape) aku na maen gameboy tapi macam malas plak na sambung Pokemon tu, biar la Pikachu tu arwah kesah pe aku.

Pandang Kanan, nampak muka aku sndiri yg hnsem tuh kat cermin, pandang kiri hmmmm surat minah tu plak...aku buat keputusan, harini macam malas nak upgrade kehenseman aku, jadi aku pon dengan tak relanya bukak la surat Balqis tu, lepas baca 2-3 kali smpai buat hafazan. Aku dengan BODOHnya amik pen dan kertas baru dengan tujuan untuk reply.

Masa tu aku ta tau kenapa otak aku yang smart time tu jadi blank, maybe sbb asik makan perencah maggie kot (kari punye sedap woi)
So aku pon start la menulis karya hebat ku:

"Hi Balqis,

Ini Oyen atau Hazren, saya nak mintak maaf sebab saya tak ada minat langsung kat awak, Saya takde perasaan langsung kat awak, Saya rase saye tak minat perempuan la

Oyen"

SEE? NAMPAK TAK BAHALOL AKU KAT SITU?

alaa bagi la aku chance , mse tu tak matang kot, mimpi Neelofa pon belom.

Pastu esoknya time pegi mengaji , aku senyap2 masukkan surat tu dalam beg barbie die yang pnoh pink sakit mata aku.

Korang agak ape jadi?
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAMPOS !

"Papa dengar drpd Pak Cik Mamut yang Oyen ade hantar surat pelik dekat Balqis! Terangkan kat papa sekarang apa maksud Oyen dengan surat tu!"
Papa menjerit mcm king kong, ala ta takot pon

"Er..er....papa..manade...papa ni...oyen takot la papa cmni.." <---aku ta takot pon, aku kencing je time tu, maklumla na escape.

"Mama, tengok papa ni marah-marah Oyen..hmm"
buat mata bulat besar kat mama..heheh

"Abang, rilek la , budak2 biase la tu"
(fuyoo mama aku punye bahasa)

"Ape maksud Oyen 'tak minat perempuan'?!"
papa jegil mata die kat aku, eleh pikir aku takot

"Ye la betul la Oyen ta suke perempuan, Oyen suke lelaki!"
Ya Tuhan, kenapa aku jujur sangat time tu, macam babi je otak aku time tu

"Abang! Oyen! sudah! due2 gi masok bilik masing2!"
Mama plak jd Queen Kong

Aku pon ape agi cabut lari la hohoho

On the way cbut lari tu, aku dengar mama cakap dengan papa:

"Abang, die budak2 lagi, die tak tau pon ape die cakap tu, abang jangan risau ok?"



......Mom...you were wrong

You should have fixed me earlier.....

[SAMBUNG BAB 2]

Aku Dilahirkan Gay.Where stories live. Discover now