Kehidupan si Watak Novel

34.8K 615 37
                                    

"Abang saya nak cakap sikit." Tersentak Encik Abdul Hafiz apabila mendengar suara lembut isterinya Puan Siti Amirah memanggil, Puan Amirah duduk disisi suaminya yang sedang menghadap laptop dengan timbunan kertas yang berada di atas meja itu. "Eh, perlahan-lahan. Kenapa gerak sorang-sorang? Bahayalah." Encik Hafiz membantu isterinya yang sedang mengandung 5 bulan itu untuk duduk di atas sofa dengan berhati-hati, risau dia jika terjadi apa-apa terhadap kandungan itu dan isterinya. "Alah tak pa.. saya larat lagi nak jalan."

Puan Amirah tersenyum manis sehingga terserlah lesung pipit disebelah pipi kanannya. "Mirah nak cakap apa dengan abang?" Soal Encik Hafiz sambil memandang mata Puan Amirah, dia kini focus kepada isterinya. "Mirah nak bincang pasal nama anak kita." Puan Amirah mengusap perutnya sambil tersenyum, terus terjongket kening Encik Hafiz mendengar kata-kata isterinya. "Nama? Kata hari tu nak tau jantina dulu baru letak nama. Kenapa tiba-tiba nak bincang pasal nama."

Terus masam mencuka wajah Puan Amirah, muncung itiknya automatik keluar. "Abang ni.. salahkah bincang awal-awal? Yang dulu tu biar ja lah." Katanya dengan nada sedikit berjauh hati, Encik Hafiz ketawa kecil, "Ya lah, okey sayang nak letak nama apa?" Puan Amirah tidak bersuara sebaliknya menjauhkan kedudukan mereka. "Haihh.. merajukkah sayang abang ni? Tak baik tau kuat merajuk, nanti baby ikut, susah kita."

"Dah abang macam tak nak ja anak kita ni lahir, mana tak merajuknya." Puan Amirah menitiskan air matanya, hatinya terasa benar-benar terguris. Tangan Encik Hafiz segera naik mengesat air mata jernih tersebut, dia tidak mengeluh malah tersenyum. Sudah menjadi satu kebiasaan untuknya sejak Puan Amirah disahkan mengandung anak sulung mereka. Tak merajuk sehari, memang tak sah. Mujur sahaja dia seorang yang penyabar dan pandai memujuk. "Manada abang tak nak anak kita ni lahir. Abang naaaak sangat Mirah. Abang tak sabar tau! Dah lah, jangan nangis. Abang minta maaf erk? Sayang abang tak?" Puan Amirah terus mengukir senyuman, cepat sahaja hatinya terpujuk dengan kata-kata suaminya.

"Ha.. macam tu lah senyum. Baru manis! Abang pun sayang. Baby kita pun sayang." Encik Hafiz mengusap rambut isterinya yang panjang hingga ke paras pinggang itu dengan lembut, matanya memandang perut isterinya. "Emm.. abang, pasal nama tu.." Puan Amirah mendekatkan kedudukan mereka kembali, dia menggenggam tangan suaminya erat. "Kenapa? Sayang dah ada nama dah?" Soal Encik Hafiz, dia mengucup tangan isterinya yang cerah itu berulang kali. "Dah, tapi untuk perempuan ja lah. Hehe."

"Aik, perempuan ja? Agaknya baby kita ni perempuan tak? Baby.. baby perempuan erk? Mesti muka macam mama dia ni nanti. Cantik macam mama dia. Cepat-cepat lahir tau. Ayah tak sabar nak main dengan baby." Encik Hafiz mengusap perut isterinya yang semakin memboyot itu, Puan Amirah tersenyum dan turut sama mengusap perutnya. "Apa nama dia kalau perempuan?" Soal Encik Hafiz ingin tahu, "Tadi Mirah ada baca novel baru yang Mirah minta Fatin belikan, watak perempuan tu nama dia Wahida Shahila. Mirah dah baca sampai habis sebab cerita dia sweet sangat-sangat!"

Encik Hafiz mengangguk-angguk mendengar cerita isterinya, dia sudah jangkakan nama untuk anak mereka jika ianya seorang perempuan. "Jadi.. Mirah nak bagi nama anak kita, Nur Fetrah." Berkerut dahi Encik Hafiz mendengarnya, sangkaannya bahawa isterinya akan menamakan anak mereka jika ianya perempuan ialah Wahida Shahila terus meleset. "Kenapa Nur Fetrah pula? Abang ingatkan Wahida Shahila."

"Tak nak! Tak nak! Walaupun nama dia cantik dan cerita dia sweet, tapi cerita hidup dia rumit dan menyakitkan. Mirah tak nak anak kita macam tu." Jelas isterinya dengan wajahnya yang sayu, "Okey, so.. siapa Nur Fetrah tu?" Soal Encik Hafiz lagi.

"Nur Fetrah tu anak dia."

Encik Hafiz tersedar dari lamunannya apabila terdengar suara anak kecil menangis, dia yang sedang mengelamun sambil duduk di ruang tamu itu segera menuju ke bilik. "Mak." Puan Aini, ibu kepada arwah isterinya keluar dari bilik tersebut sambil membawa seorang bayi perempuan yang sedang merengek, "Panas agaknya dalam bilik tu. Sebab tu dia tak selesa tidur." Tutur Puan Aini lembut. "Tak apalah. Mari saya dodoikan dia." Bayi itu sudah bertukar tangan, tangisannya masih kedengaran namun sudah semakin perlahan.

Isteri IstimewaWhere stories live. Discover now