Hyejun sibuk mengscroll skrin phonenya melihat ucapan-ucapan dari fansnya.
"Tak sangka member aku tak ingat hari ni hari apa. Dah la keluar tak ajak aku" Rungut Hyejun.
"Appa,Omma, Oppa bogoshipeo"Hyejun menggigit bibirnya.
Tok.. tok.. tok.. Belum sempat Hyejun memberi arahan untuk masuk, pintu tersebut dikuak besar oleh seseorang. Tersembul wajah Jammy di pintu.
"Nak apa?" Soal Hyejun, kesedihan yang melanda hatinya dengan sikap kawan-kawannya masih tersisa.
"Chacha-unnie panggil" Jawab Jammy pendek.
Hyejun dengan malas membuntuti Jammy keluar dari bilik dan berjumpa dengan Chacha.
"Hyejun, ada someone nak jumpa" Ujar Chacha sebaik saja Hyejun berada didepannya.
"Siapa pula?" Tanya Hyejun malas.
"Yoongi"
"Yoongi?!" Agak terkejut apabila mendengar nama jejaka tersebut.
"Yes baby. Dia kat taman botani sekarang" Terang Chacha sambil sibuk dengan kerjanya mengadun tepung bersama Arin dan Denny.
"ok, Thanks" Hyejun berlari kebilik dan mencapai sweater hitamnya lalu keluar menuju ke taman botani yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.
Mata Hyejun meliar mencari kelibat Min Yoongi. Sudah 5bulan dia tidak bertemu dengan kekasih hatinya itu sejak kumpulan BTS mendapat tawaran membuat show di beberapa buah negara.
"mana Yoongi oppa ni? ke Chacha tipu aku" Hyejun mula menghentakkankan kakinya ditanah manakala matanyasibuk mencari batang hidung Yoongi.
Tiba-tiba dia melihat satu susuk tubuh lelaki sedang duduk bersandar di bawah sepohon pokok yang rendang. Tidur.
"Oh my god. My Yoongi oppa?" Hyejun berlari anak mendekati susuk lelaki itu.
Hyejun tersenyum ketika melihat kekasih yang amat dirinduinya itu sedang nyenyak tertidur. "Its him!!! comelnya dia tidur ><!!!" Jerit hati kecil Hyejun.
Perlahan dia duduk bersila sambil merenung setiap inci wajah jejaka yang comel dihadapannya itu.
"Oppa..." Hyejun berbisik cuba membangunkan Yoongi dari tidurnya.
"Oppa Bogoshipeo...." Hyejun menujah-nujah bahu Yoongi. Masih dengan tujuan yang sama.
"oppa ireonna, Jebal" Kali ini Hyejun menggoncangkan bahu Yoongi.
"Don't touch me, Kau melampau Hyejun!" Tiba-tiba Yoongi membuka matanya dan merenung tajam wajah Hyejun lalu menepis tangan Hyejun dari bahunya.
Bahu Hyejun terhinjut sedikit, kerana terkejut dengan kata-kata yang diucapkan oleh Yoongi. Lantas dia berdiri dengan niat untuk meninggalkannya.
Baru saja kaki Hyejun ingin melangkah, tiba-tiba tangannya ditarik. "So Serious" ujar Yoongi.
Hyejun memusingkan badannya berhadapan dengan jejaka itu. Hatinya sedikit terguris dengan kelakuan lelaki itu tadi. Hyejun memandangnya dengan serius.
"Kau melampau sebab kacau aku tidur" Sekali lagi mata Yoongi tidak lepas memandang wajah Hyejun. Hyejun hanya menundukkan wajahnya. " Kenapa dengan semua orang hari ni?" Soal hatinya, Sedih.
Chuupp.... tiba-tiba bibir Yoongi singgah di pipi gebu milik Hyejun. Hyejun sepantas kilat mengangkat wajahnya memandang Yoongi, manakala tangannya memegang pipi. Mukanya terasa panas, malu.
Yoongi menghadiahkan senyuman semanis madu kepada gadis pilihan hatinya itu seraya berkata.."Mianhae ae-in...Bogoshipeo". Hyejun masih lagi terdiam, keliru dengan apa yang berlaku. Seolah-olah sebuah mimpi.

YOU ARE READING
Selfie Camp Applyfic| malay
FanfictionSelfiecamp|BTS|EXO|GFRIEND CLOSED A.f Start [18 Jan 2017] End [???]