sedang aku duduk termenung di beranda rumah kampung ku, aku teringat kisah dulu...
Hari ini aku bangun lewat, maklum lah tiada kelas. waktu tu aku baru semester 5, aku ambil course Tourism. Sem ni tak byk subjek tu lah ada masa cuti , boleh manfaatkan dgn tidur dan berehat d hostel. Selesai membersihkan diri dan menyuci baju yang di longgok selama dua hari , aku berasa lapar. Jadi aku pun bantai meggi tomyam dua bungkus sambil tgn ku ligat membuka laptop yang mumy ku hadiahkan sempena Hari jadi ku yg lepas. Sementara tunggu meggi tu kembang, aku pun belek cd yg baru aku songlap dari kawan aku. "eh , cannibal lah." masa tu cerita Green Inferno tengah pemes , jadi aku pun berniat nak tgok movie tu. Sudahlah aku sendiri kat rumah , duduk dalam bilik sorang diri dgn lampu yg agak malap . Sebelum sampai separuh tu movie , meggi aku dah selamat d semadikan dalam perut haha . Aku pg lah cuci mangkuk then sambung tgok movie balik. Dah kenyang rasa mengantok pula , aku tarik selimut aku sambil baring di perut teddy bear aku yg sudah lalap oleh adik sepupu aku. movie dah hbis jdi aku pun berniat melelapkan mata kejap sementara tunggu kawan aku balik dari kolej. Aku ada mimpi satu benda yg menakutkan , tapi aku tak ingat satu benda pun. yang aku pelik aku bangun ja mata aku bengkak macam org menangis , teddy aku hbis basah dgn air mata haha. aku tengok sekeliling macam dah maghrib lalu aku bangun utk capai hp yg aku cas tdi , tiba tiba telepon berdering. kelihatan nama mumy ku tertera , segera aku angkat. suaranya agak teresak esak , aku pelik . dalam hati aku "aphal pula ni ?". Mumy aku ambil masa nak berckp jadi aku pun tnya lah kenapa call , dgn nada hiba dia berkata "...ayah sudah meninggal tadi. kau ada duit kah ? balik kau ni malam ya ?" aku tergamam seketika, air mata mengalir laju seraya aku membalas dgn suara yg agak terketar " innalillah~ tiada duit ku meh, tpi nnti aku pinjam kawan. aku naik bus jam8 nnti ambil aku." mumy cuma mengiyakan lalu mematikan perbualan tersebut. aku terkaku d atas tilam , seolah olah roh aku berpisah dgn jasad seketika. aku tersedar dari tangisan , lantas menarik beg merah kesayanganku lalu mengisinya dgn berapa helai baju . aku mengemas laptop ku dan masuk kan kedalam beg berserta dgn brg brg lain yg penting . kawan aku menerpa ke dlm bilik , dia terkejut lalu bertnya kenapa aku menangis dan mengemas baju . mungkin dalam hati dia aku mau larikan diri kali haha. aku bgtau dgn nada pelahan dan dia cuma mampu peluk aku serta mngucap takziah. tiba tiba aku ingat sesuatu "eh, aku tiada duit. mcm mana mau balik?" dgn perasaan yg tidak tau malu , aku tnya kawan aku kalau boleh pinjam kan duit. aku beruntung sbb masa tu dia baru dpt elaun haha. aku pun pinjam 50 , ye lah tmbang baru 43 kot. melihat ke arah jam hp ni mau dekat jam7 , jadi pantas tgn ku menekan punat hp utk mendail nombor telepon bus tung ma. Aku menunggu panggilan d sambut..."helo? bus tung ma kah ni ? ada bus jalan jam8 kah ? boleh ambil d angkasa ?" laju mulut ku menuturkan pertnyaan. Operator tu membalas segala pertanyaan ku tapi dia mmberitau yg aku kena menempah tiket d terminal dahulu , lalu aku dgn tangisan membalas "kak , tidak boleh d sini ja kah ? sbb ni kecemasan bha. atuk sy meninggal. sy tiada transport mau pg terminal lagi tu." kakak itu cuma mendgr lalu dgn rasa simpati memberi nombor bus yg aku naik nnti serta mengingatkan aku supaya membayar tambang kepada konduktor bus tersebut dan aku pun mengiyakan saja. Dalam perjalanan keluar utk menunggu bus, air mata aku ikut mengalir sama dgn hujan pada malam itu. Tepat jam8 bus kelihatan dan berhenti di depan ku, aku naik perlahan dgn muka yg hilang arah haha. "byk tempat duduk kosong kalau bus malam" bentak hati ku lalu aku pun duduk d tempat yg kosong. Aku membayar tambang bus, ku pasang earphone d telingah serta membuka surah yasin yg terdapat applikasi joox d hp ku. sambil aku menangis mulut ku berkumat kamit ikut bacaan surah tersebut, ku rasakan mata aku sudah mulai membengkak dan penat kerana menangis dari tadi lalu aku mengambil keputusan utk tdur dgn tangisan.....
terhenti lamunan tadi lepas dgr nenek aku teriak nama aku, aku pun bergegas ke arah nenek ku dgn muka monyok. Rupanya nenek ku menyuruh on tv utk menonton cerita hindustan yg dia minat.
YOU ARE READING
Amnesia
RandomCerita yang di reka dgn otak atau pun mimpi yang tidak masuk akal. Mungkin imaginasi aku ,mungkin juga perkara yang berlaku dalam dunia aku .