LRT

3.4K 76 1
                                    

January

“ Mak! Pergi dulu.” Kata Hazira salam dan mencium tangan kanan ibunya. Kemudian, dengan tergesa-gesa dia menyarung kasut sekolah ke kaki.

“ Hati-hati yer.” Pesan ibunya sebelum dia keluar dari rumah teres yang berada di lot paling akhir. Hazira hanya mengangguk kemudian terus berjalan dengan pantas ke stesen lrt yang terletak lebih kurang 1 km dari rumahnya. Hari ini adalah hari pertama dan kali pertama dia menaiki lrt ke sekolah. Sebelum ini ayahnya yang selalu menghantar dan menjemput dia balik dari sekolah, tetapi baru-baru ini ayahnya terlibat dalam kemalangan dan mengalami patah kaki lalu sejak awal tahun ini, ayahnya tidak mampu bergerak.  Doktor kata balutan kakinya hanya akan dibuka 7-8 bulan lagi. ini bermaksud  pada awal tahun pembukaan sekolah dia terpaksa pergi ke sekolah dengan sendiri.

Mulanya dia agak kekok dan takut untuk pergi sendiri, tiada rakan sekolah yang tinggal berdekatan. jadi dia tiada teman untuk menemani.  Namun, Hazira tekadkan hati yang dia boleh!Dia  kini berada di tingkatan 5 dan merupakan pelajar tahun akhir di sekolah Menengah Seri Kemboja.  Dia sudah cukup dewasa untuk melakukan segalanya dengan sendiri. dia bukan lagi anak manja ayah dan ibu.

Sambil memandang landasan yang kosong dan dari jauh melihat lrt yang semakin menghampiri, Hazira menelan rasa takut dan debar di dada. Sekejap lagi dia akan bersesak-sesak dengan banyak orang. Hazira memeluk tubuh berdoa yang dia akan dapat melalui hari ini dengan selamat dan tenang.

Lrt sampai. sebaik sahaja pintunya terbuka, berpusu-pusu mereka yang hendak pergi ke tempat bekerja, masuk ke dalam. Sekelip mata sahaja lrt terus padat dan penuh. hazira bernasib baik kerana berjaya mendapat tempat duduk.

“ Lucky..” bisiknya sambil tersenyum. Dia duduk dengan tenang. Beg sekolah di letak di atas peha. Dia memandang ke gerombolan manusia yang sedang berdiri di depannya. Sesaknya! Macam macam bau seperti perfume yang bercampur aduk dengan bau peluh..haishh... camne lah dia hendak menghadapi hari-hari seperti ini? pastinya bila tiba di sekolah nanti baju seragamnya akan berkedut seribu. rambut yang sudah didandan pula akan kusut. ahh.. selekehnya.. haha..’ fikirnya sendirian.
lrt bergerak dengan pantas dan dia yang sedang duduk sesekali terhuyung hayang  mengikut gerakan lrt.

“ Takpelah tahun akhir sebagai pelajar.. memang awal tahun susah sikit, tapi no need to feel downEvery thing will be ok. Aku akan pastikan tahun ni dipenuhi dengan memori-memori ceria form five yang the best. Think positif. Tahun last ni! hari lain takkan teruk camnie, ia hanya sementara jer. Just face it..”

Hazira memejam matanya, berdoa diam-diam di hatinya. Sememangnya perbuatan ini dilakukannya setiap awal tahun sebagai pembuka semester pertama untuknya.  Untuk tahun ini juga, dia berdoa dan berharap yang tahun ini akan menjadi tahun bertuah dan bermakna baginya. Walaupun sebelum ini impian dan doanya tidak pernah termakbul, malah dia taknak ingat tahun-tahun sebelum ini yang telah banyak benda malang berlaku padanya. tapi kali ini dia berazam yang semua itu takkan berlaku lagi. dia sudah jadi senior di sekolahnya! walaupun dia tidak mempunyai banyak kawan tetapi dia mempunyai dua tiga teman rapat yang boleh diharap dan dipercayai. Jadi tahun ini dia berharap dan yakin segalanya akan berjalan seperti yang diharapnya. Dia akan mengingati dan enjoy memori bersama rakan-rakan di tahun akhir ini , pasti!

“ Please... make my wish come true.. amin..”

Lrt berhenti sekejap di salah satu hentiannya dan mereka yang mahu ke destinasi ini beransur-ansur keluar. Hazira membuka mata dan  memerhatikan mereka yang sejak tadi penuh berdiri di depannya ; berjalan keluar seorang demi seorang. ruang di depannya semakin lapang dan jelas. pandangannya yang terlindung tadi kini terpaku pada seorang budak lelaki sebayanya yang sedang duduk berhadapannya.

Masa seakan terhenti. Sekelilingnya seakan bergerak begitu perlahan .Budak lelaki itu sedang asyik mendengar lagu dari headphone di telinganya. Matanya terpejam rapat dan wajahnya tenang menghayati lagu dari mp3nya. Jari-jemari nya pula rancak bergerak-gerak; seolah-olah sedang mengikut rentak lagu yang di dengarinya. Sesekali dia mengetepikan rambutnya yang jatuh di dahi, namun kekusyukkannya yang ditelan melodi muzik tidak langsung tidak terganggu. Seolah-olah dia hanya seorang di gerabak ini.

Hazira terpukau.. dengan degupan jantung yang kuat dan pipi yang terasa merah, matanya terus menatap budak lelaki itu..

Dup dap..

LRTWhere stories live. Discover now