Nasib badan la gamaknya.. First day dah kena study.. Kelas pertama adalah kelas kh.. Naik je ke kelas ramai Yang dah turun, so aku pun letak beg kat meja yang paling depan sebelah pintu.. Tiba-tiba,classmate aku naik..
"Budak perdagangan turun bawah pi bilik jamuan.."laungnya supaya pelajar di dalam kelas dengar.. Nama dia Anas now dah jadi ketua kelas kitorang dah..
Kebetulan dia dengan Amiduni a.k.a Duni naik nak ambik buku maybe .. Dah ada pelajar dalam kelas dia bagitahu je.. Lepas tu aku ambik buku and terus turun ke bilik jamuan.. Tapi hajat tak kesampaian bila kawan aku Farhanah dan Haiza naik ke kelas..
Dah nama kawan aku ikut diorang naik cadangkan tempat duduk.. Lastly Farhanah letak beg dia kat meja sebelah meja aku dan Haiza belakang meja dia.. Kitorang pun ambik buku lepas tu terus turun ke bilik jamuan..
Di bilik jamuan...
"Semua dah sampai ke??"soal Puan Winiaty a.k.a Cikgu Kh kami..
Again,aku ambik tempat paling depan.. Maka, cikgu pun bagitahu buku apa yang dia perlukan untuk kh .. Nasib cukup buku yang aku bawak.. Lepas tu dia bagi homework.. Habis je kelas kitorang balik ke kelas 2Amanah.. Duduk kat tempat masing-masing... Dan aku menyesal sangat-sangat duduk situ .. Ada dua sebab..
1. Tempat kitorang duduk tu belakang Haiza semuanya lelaki..
2. Silau susah nak nampak apa yang cikgu tulis.. Tapi apakan daya .. Redha je la..😂😂
Masuk je ada cikgu dah .. Puan Ramza Adila a.k.a cikgu pj kitorang... Aku ingatkan cikgu tu ajar Geo lagi tapi.. Cikgu pj.. Ok la ..
Dan yang peliknya Azwa a.k.a kawan baru aku tahun lepas dah hilang.. And aku dapat tahu dia pindah .. Tu pun dari kawan aku .. Dhiya pun pindah .. Tapi dia bagitahu aku sendiri.. Terkilan la jugak tapi.. Dia ada hadiahkan aku doodle yang dia buat sendiri sekali dengan no. Whatsapp dan ig dia .. So kalau nak contact senang la ..
Tiba-tiba ada satu hari tu, kitorang tengah belajar, pengetua masuk ke kelas..
"Susun semua meja mengikut abad ke-21 sekarang!!"Kata pengetua di hadapan kelas.. Ok , dia tak jerit eh..
Maka,kami pun menyusun meja .. Tapi tak teratur.. Sebab?? Takkan kitorang perempuan nak gabung meja dengan budak lelaki.. Kan??
Banyak cerita aku dengar, sampai sekarang.. Tapi aku jenis tak banyak cakap, set-set budak baik gitu (ye la tu'masuk bakul angkat sendiri')..😂😂
Time belajar aku fokus time takde apa aku cari kerja .. Yang Farhana duduk bertentangan dengan aku.. Dia je la jadi harapan untuk meriuhkan meja kitorang tu.. Kalau nak harapkan aku dengan Haiza.. Diam seribu bahasa la gamaknya..😂😂 takde la riuh sangat ..
Kalau dia rasa macam aku tak layan dia .. Dia senyap.. Sedangkan aku dengar je.. Aku suka mendengar tapi tak berapa suka bercakap benda yang tak penting bagi aku..
Tapi ada la soalan aku ajukan sepanjang dia bercakap.. Kadang-kadang saja tanya,kadang-kadang untuk menghilangkan bosan..😘😘
Ada benda kita boleh kongsi dengan orang lain ada yang patut dibiarkan rahsia..
Baru-baru ni Farhana cerita kat aku yang ada orang bergaduh kat dataran.. Memang dia kena cerita la , dah aku jaga tangga tak nak bagi pelajar naik.. Ok aku ni pengawas sekolah so jangan pelik kalau aku cakap aku jaga tangga ke apa..
Lagipun aku ada pesan kat kawan-kawan aku,kalau ada masalah ke apa cerita je dekat aku.. Insya allah aku akan cuba settlekan .. Yang ni aku warisi dari ayah aku, suka berdikari,tegas, dan suka selesaikan masalah orang even masalah sendiri pun berlambak😂😂.. Kalau mak aku pulak aku tak boleh tengok benda bersepah..
Lagipun aku bercita-cita nak jadi seorang saintis ataupun seorang anggota polis..
Tapi kalau bergaduh aku agak malas nak masuk campur.. Kang aku masuk campur kang, aku jugak yang kena tempiasnya.. So MALAS!! Lagipun nanti baik balik punya.. Diorang bukannya suka sangat dengan pengawas.. Oh ya ni gambar pengawas tahun lepas
Tak tau fuction dia apa..
_______________________________________
Tu jela yang sis ingat.. Gambar tu ,cer korang teka sis yang mana satu..
Btw kalau nak tahu pasal 1Amanah last year.. Boleh check out cerita dekat @farhanawana
Kat sana ada cerita pasal 1Amanah dulu ..
Kalau dapat teka akan dapat ganjaran dari sis..Sis akan promote cerita dia sebanyak mungkin di semua media sosial kepunyaan sis..hah! Lagi satu thanks kepada semua yang follow cerita ni.. And thanks to silent reader too.. And special thanks to the voters and comment.. Bubye..
729 words campur dengan bebelan sis..
YOU ARE READING
My Life (true story)-malay-
Teen Fictionmengisahkan tentang seorang gadis Yang pendiam, Dan berasal dari sebuah keluarga yang sederhana,namun tidak ketinggalan di dalam pelajarannya..malah mampu mendapatkan markah yang agak tinggi di dalam mata pelajaran sains..iaitu mata pelajaran kegema...