Keesokan harinya,Qaira menyiapkan dirinya.Dia membetulkan tudung sekolahnya.Dia berjalan menuju ke arah meja makan.Dia menuang air coklat panas dari teko ke dalam cawan.
Qaira menyapu kaya ke atas roti.Dia bersarapan pagi itu dengan berselera. Ibunya hanya memerhatikannya sambil tersenyum.
"Dah,pergi bersiap cepat. Abah kamu tunggu tu dalam kereta" Puan Amira memberi arahan.
Qaira tersenyum serta meraih tangan ibunya.Dia menyalam tangan ibunya sebelum pergi ke sekolah. Ikram Naufal dan adik kembarnya Iqbal Naqib masuk ke dalam perut kereta. Masing masing membisu. Tak semesra adik beradik yang lain.
Sampailah mereka ke perkarangan sekolah menengah Bandar Rinching. Mereka turun dari kereta. Hari itu berlalu dengan begitu cepat.
Minggu itu merupakan minggu peperiksaan. Masa yang berharga itu digunakan sebaiknya oleh pelajar tingkatan 5. Masing masing memegang buku rujukan. Tiada lagi gelak ketawa dan tiada lagi gurauan senda. Masing masing fokus.
Loceng berbunyi setelah habis masa pelajaran terakhir. Semua pelajar 5 Intelek memberi salam kepada guru kelas dan mengucapkan terima kasih. Mereka mengemas buku dan menggalas beg dan menuju ke rumah masing masing.
Ikram Naufal kelihatan tergesa tergesa. Nafasnya tercungap cungap. Ini masanya! Dia memerhatikan sekeliling,mencari kelibat Qaira. Akhirnya,bebola matanya berhenti sebaik sahaja memerhatikan kelibat perempuan yang sedang menuju ke arah pondok sekolah.
Ikram kaku. Dia cuba mencari kekuatan.Sebelum ini,dia tidak pernah lagi berbual dengan perempuan apatah lagi dengan Qaira Saffiya.
"Qai...Qaira!! Tunggu!" Ikram memanggil dengan harapan Qaira menoleh kearahnya. Tepat sangkaannya. Qaira mula mula tersentak apabila ada suara garau lelaki memanggilnya. Dia menoleh ke arah suara itu.Melihat Ikram Naufal memanggilnya,dia menoleh kembali selepas Ikram tidak menyambung hasratnya.
"Tunggu dulu.. Saya ada benda nak cakap.." Ikram menyambung. Qaira menunggu ayat seterusnya daripada lelaki itu. "Penting ke?" Qaira membalas. Ikram mula berdebar.Dadanya sahaja tahu.
"A..a.. Sa.. Saya sebenarnya.. Dah lama suka dekat awak.." Aahhh.. Akhirnya,aku dapat jugak luahkan.
Saat itu,Qaira pula berdebar. Tergamam dia apabila mendengar ayat itu keluar dari seorang senior.Dahlah Ikram Naufal merupakan antara organisasi badar.
Qaira berfikir mahu menjawab apa.
"Tak perlulah awak kejar dunia ni sangat. Lelaki merupakan pemimpin. Jadi,saya rasa awak faham apa yang saya cuba sampaikan'' Qaira meneruskan perjalanannya. Ikram tersentak.Bukan setakat sentak malah sentap. Dush! Kena tegur dengan perempuan bro.
Tapi,Ikram berfikir.. Qaira tidak minat dekat dia jugak ke? Maksudnya aku ni syok sendiri lah? Ahh!!
YOU ARE READING
It's you!
Romance"Weyh aku suka kau!" Pernah tak ada seorang lelaki tetiba confess kat korang. Cenggitu jeh. Ish x gentleman sungguh. Kita dah x kenal dia. Tetiba confess mengejut cenggituh. Acemane x terkejut si perawan tu oiii. Opppp.. so nak tawu story mory abt...