Pada suatu hari, boboiboy bersama dengan tok aba dan ochobot di kedai tok aba. Selepas itu, yaya tiba di kedai tok aba."Hai semua" kata yaya.
"Hai yaya" kata boboiboy dan ochobot
"Kenapa kau macam tak ceria je harini boboiboy?" kata yaya.
"Biarkan lah aku sendirian! Kau jangan sibuk!" kata boboiboy dengan kasar.
Lalu, yaya terkejut kerana boboiboy memarahinya.
"Kenapa kau sering memarahi aku boboiboy? Apa salah aku?" kata yaya.
"Pergi kau dari sini!" jerit boboiboy.
"Boboiboy..janganlah bersikap kasar dengan yaya" kata tok aba.
Yaya lari dari kedai tok aba dan terus pergi ke taman permainan yang berdekatan.
"Tengok. Kan yaya dah merajuk..lebih baik kau pujuk dia balik" kata ochobot.
"Biar jela dia!" kata boboiboy.
Tok aba menggeleng kepala dan mengeluh kerana melihat sikap boboiboy yang kasar itu.
Keesokan harinya, boboiboy pergi ke rumah yaya kerana boboiboy ingin meminta maaf kepada yaya.
"Yaya, aku minta maaf sebab semalam aku marah kau" kata boboiboy.
"Tak apa, aku pun dah lupakan perkara tu" kata yaya.
Yaya memang seorang gadis yang baik, cantik, pemaaf dan macam-macam lagi. Sebab itulah ramai orang sukakan yaya.
"Terima kasih yaya. Aku harap aku takkan marah kau lagi. Mungkin semalam aku stress kot" kata boboiboy.
"Aku nak pergi ke taman permainan sekejap" kata yaya.
"Kalau macam itu, boleh aku ikut kau sekali? Bahaya kalau kau jalan seorang diri" kata boboiboy.
"Boleh je" kata yaya.
Mereka berdua pun tiba di taman permainan.
"Eh. Tu bukan ke ying, gopal dan fang?" kata yaya.
"Ye, itu mereka" kata boboiboy.
"Hai ying, gopal, fang!" kata yaya dan boboiboy.
"Hai yaya. Hai boboiboy!" kata mereka bertiga.
"Apa korang buat di sini?" kata boboiboy.
"Kami saja je mahu duduk di sini sebab kami bosan duduk di rumah" kata mereka bertiga.
Yaya duduk di atas buaian dan menyuruh boboiboy menolaknya.
"Boboiboy, tolaklah aku..tapi jangan laju sangat eh" kata yaya.
"Ok yaya" kata boboiboy.
Lalu, boboiboy pun menolak yaya.Lama kelamaan boboiboy menolak yaya dengan laju. Yaya pun menjerit.
"Ahhh!! Jangan tolak laju sangat boboiboy!!" jerit yaya.
Boboiboy tidak dapat mendengar jeritan yaya kerana suasana di taman permainan itu agak bising.Lalu, boboiboy menolak yaya dengan lebih laju.Selepas itu, yaya tidak dapat seimbangkan badannya dan yaya pun tercampak di atas tanah.
"Hah!! Yaya!!" jerit boboiboy dengan perasaan yang agak terkejut.
"Yaya!!" jerit ying, gopal dan fang.
Yaya pun pengsan selepas itu.Boboiboy, Gopal, Ying dan Fang membawa yaya ke hospital untuk rawatan.
"Ini semua salah aku. Kalau aku tak tolak yaya laju-laju tadi mesti dia tak pengsan macam ini" kata boboiboy.
"Sudah la tu boboiboy. Kita tak boleh salahkan diri sendiri. Apa yang dah terjadi. Semuanya memang terjadi" kata ying.
Doktor pun keluar dari bilik rawatan yaya dan memberitahu tentang keadaan yaya.
"Bagaimana dengan dia doktor? Adakah dia ok?" kata boboiboy.
"Dia baik-baik sahaja. Cuma ada sedikit cedera di bahagian kepala akibat hentakan kecil" kata doktor.
"Boleh kami berjumpa dengannya?" kata boboiboy, gopal, ying dan fang.
"Boleh, silakan masuk" kata doktor.
Mereka pun masuk ke dalam bilik rawatan yaya.Yaya sudah sedar daripada pengsan tadi.
"Emm..yaya.." kata boboiboy.
-BERSAMBUNG-
Adakah yaya akan memarahi boboiboy? Nantikan episod seterusnya!
YOU ARE READING
Boboiboy jangan tinggalkan yaya
Short StoryBoboiboy selalu bergaduh dengan yaya.Lama kelamaan boboiboy dan yaya suka sama suka walaupun mereka sering bergaduh.12 tahun kemudian, mereka pun berkahwin, dan ada seorang gadis ini cuba mendekati boboiboy dan ingin menikahi boboiboy.Adakah boboibo...