CHAPTER 7

102 12 0
                                    

Esoknya, Somi pergi ke universiti seperti biasa. Eunwoo menunggu Somi di depan pintu pagar.

"Morning bae~" Eunwoo tersenyum manis.

"Mwo? Saya takde masa nak layan oppa!" Somi melangkah pergi meninggalkan Eunwoo.

"Yow Som!" Doyeon melambaikan tangannya.

Somi menarik kerusi dan duduk. Pinky dan Doyeon memandang ke arah Somi dengan pandangan pelik. Somi mengeluarkan buku lalu menghempas kuat di atas meja membuatkan mereka terkejut.

"Hiah, kalau ya pun jangan la marah2." Doyeon menjauhkan dirinya daripada Somi.

"Macam mana dengan Wooshin oppa? Saya tak nampak pun kelibat kereta dia." soal Pinky.

"Ha'ah! Biasanya sunbae selalu ade dekat padang." Doyeon mula menyampuk.

Somi termenung seketika. Fikirannya serabut memikirkan tentang Wooshin. Jika bukan sebab Eunwoo semua ni takkan berlaku. Stone Nayoung masuk ke kelas. Semua students senyap apabila melihat Nayoung.

"Haish, hari2 ade class dia ke ape!" Doyeon mula membebel. Nayoung memandang ke arah Doyeon.

"Kim Doyeon!"

"Ye..ye saya!" tergagap2 Doyeon menjawab panggilan Nayoung.

"Sila berdiri di luar sekarang."

Semua memandang ke arah Doyeon. Nayoung menyelak buku mathnya. Doyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Awak tunggu ape lagi? Bangun dan keluar. Awak mengganggu saya nak mengajar."

"Ah ne..arassoyo songsaengnim!"

Doyeon bangun lalu beredar keluar kelas. Sedang Doyeon bersandar di dinding dia melihat kelibat Wooshin.

"SUNBAE!!"

Wooshin menoleh ke arah suara tersebut. Doyeon menghampiri Wooshin.

"Awak buat apa kat luar kelas? Kena denda ke?" soal Wooshin.

"Biasa la stone tu!"

Wooshin ketawa kecil melihat Doyeon.

"Saya dengar sunbae kena pukul semalam." Doyeon melihat wajah Wooshin. Kesan luka masih ada.

"Somi bagitau ke?"

"Somi..haish budak tu, nampaknya dia sangat risaukan sunbae." Wooshin terpana seketika.

"Saya?"

"Sunbae dengan dia rapat dari kecil lagi kan?" soal Doyeon.

"Yes, tapi kenapa awak tanya saya?" balas Wooshin.

Doyeon hanya senyap. Wooshin melihat jam di tangannya. Nampaknya dia terlewat untuk berjumpa dengan doktor di hospital.

"Doyeon ah, saya kena pergi sekarang. I'm sorry!"

"Eo..okay!"

Wooshin beredar pergi tetapi langkahnya terhenti. Wooshin menoleh ke arah Doyeon.

"Waeyo?" tanya Doyeon.

"Boleh tak kalau saya nak jumpa awak malam ni? Saya ada benda nak cakap."

"Sure, why not?" balas Doyeon.

"So..kita jumpa malam ni. Bye!"

Wooshin bergegas meninggalkan Doyeon yang masih blur. Dia kemudian kembali ke tempat asalnya.

****

Wooshin tiba di hospital.

"Boleh saya jumpa dengan doktor Chungha?" soal Wooshin.

"Doktor sedang menunggu awak di biliknya." balas nurse tersebut.

"Gomawo!"

Wooshin mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik rawatan. Chungha menyambut kedatangannya dengan senyuman di bibir.

"Long time no see you, Wooshin." kata Chungha, nuna kepada Wooshin.

"Geureonae, jinjja oraenmaniya. Geuchi, nuna?" Wooshin duduk di kerusi.

Chungha mengusap kepala adiknya.

"Macam mana? Semuanya okay ke?" soal Chungha.

Wooshin terdiam seketika. Chungha memandang adiknya.

"Awak dah jumpa Somi ke?" soal Chungha lagi. Wooshin memandang nunanya dengan pandangan sayu.

"Nuna..tinggal berapa lama lagi?" Wooshin mengelak soalan dari nunanya.

Tiba2 air muka Chungha berubah. Wooshin tidak berani untuk melihat wajah nunanya. Chungha cuba untuk menahan air matanya. Wooshin lantas memeluk erat nunanya.

"Wooshin ah.."

"Mianhaeyo nuna..jinja mianhae.." Chungha membalas pelukkan adiknya.

Wooshin mengelap air mata Chungha sambil tersenyum manis. Wooshin memandang ke arah kertas di atas meja Chungha.

"Nampaknya hidup saya tak lama.." Wooshin hanya mampu menangis.

"Eo..awak cuma boleh bertahan 5 bulan saja. Tumor tu dah mula merebak."

"Nuna..boleh saya tau tumor ni tahap ke berapa?" Wooshin memandang nunanya.

Terasa berat untuk Chungha berkata2. Wooshin memegang erat tangan Chungha. Air matanya tidak berhenti mengalir.

"Tumor awak..dah sampai tahap..ke 4."

Dunia Wooshin bagaikan gelap gelita apabila mendengar kata2 Chungha. Sejak awal lagi Wooshin tahu yang hidupnya tidak lama di dunia. Namun, demi nunanya dan cintanya Wooshin masih bertahan sehingga ke hari ini. Dia berterima kasih kepada Tuhan kerana masih meminjamkan nyawa kepadanya. Tidakkah semua orang akan menemui ajal mereka kerana hidup di dunia hanya la sementara. Kerana itu, Wooshin bersyukur kerana masih lagi bernyawa.

****

MY FIRST LOVE IS YOU [COMPLETE]Where stories live. Discover now