dorm

223 6 2
                                    

A/n
Esok sekolah
-------------------------------------------------

Perkara biasa, ambik makanan lebih last-last tak ade orang yang nak makan.

Takpe no problem.

Sister boleh kawal keadaan. Minggu nie dah 2 kali aku kena,so aku dah ade pegalaman.
Dont woryy, hon.

"Dik-dik nak tak nasi nie? "Aku menyapa junior yang sedang beratur

"Takpe la kak, saya nak ambil sendiri"

Amboi sejak bila budak sekolah nie baik

"Alaa.. Rezeki jangan ditolak dik"

"Takpe~~saya nak ambil sendiri. Saya ada tangan ada kaki lagi nie kak"

Pedas pulak ayat dia nie

Aku berputus asa. Cari orang lain la
.
.
.
.
'Wat dehel, abis semua orang tak nak nie. Hina sangat ke makanan yang aku ambil? ○| ̄|_' aku bermonolog sambil kecewa. sampai tak sedar yang najwa tengah meletakkan sekeping kertas kat pinggan tadi

"Sapa nak nasi nie ambik la, silap ambik banyak"aku membaca perkataan yang tertulis di kertas tersebut

Najwa:takpe, kite makan dulu, nanti ade la tu orang yang akan ambil.

"OK"Muka sedih muka sedih

Selesai makan kita orang pon naik la dorm.untung la aku dapat dorm tingkat 2.najwa tingkat 4 kasihanilah najwa. Takpe aku paham perasaam kau najwa, aku pon pernah duduk dekat sana, dah la atas sekali,hujung plak tu.aishh, dorm aq masa aku form 2.orang kata dorm tu keras, Memang la keras kan batu dan simen. (Lawak hambar la pulak).
Bagi aku semua dorm berhantu wei.

Dia pon boleh jalan-jalan jugak. (Uish, ape aku mengarut malam-malam buta nie ) tapi setakat nie alhamdulillah tak kena apa-apa lagi. Ya Allah jauhilah aku dari mereka-mereka yang sesat. Aamiin.

Lepas masuk dorm ape lagi, golek lahhh. Tak kira dah baju berkedut ke apa lantak la. Lepas makan baring, hummm elok sangat la tu. Kalau mak aku nampak aku macam nie, uishhh tak tido malam aku. Kena la jaga adab dan tatasusila depan mak ayah nak nak,bakal mak ayah mertua, ciaciacia. Lol sape la nak aku nie, berangan je lebih. Huhuhu

Aku menenung jam dinding dorm aku.Pukul 3.ish,sempat lagi nie.riadah pkul 3.30,main fon la jap

Memandangkan aku dalam kalangan orang yang makan terawal jadi aku sorang je la dalam dorm nie. Good

Aku memang suka duduk sorang-sorang,nak nak dalam gelap. dapat cari ketenangan dan aku jadi lebih selesa nak buat aksi ekstrim aku. Kepala kebawah, kaki ke atas. Biasa la nie

Pintu dibuka

"Assalamu-Allahuakbarr, kakpah terkejut aku. Ingat ke suster ngesot mane la  yang tengah baring atas katil kau tu.mujur aku takde sakit jantung"

"Laa, amalina rupanya. Ingatkan sape la tadi hehe"aku terus mengubah posisi aku, duduk ayu sikit

  Amalina nie jiran katil aq. Duduk sebelah aku je. Ayu n comel montel orang nya mcm aku la(alamak perasan pulak aku nie) amalina ada sifat keperempuanan, aq?

Tak yah tanya la aq pon tak tahu  celah mana keperempuanan aku tu. Tak de kot.Hahahaha

Sambil aku main fon aku perhati je amalina nie. Semek nie dari tadi duk telek muka pastu mula la komplen ini la itu la. Haihh dah floles da muka kau tu amalina oii.

Tak cukup mengomplen, diselek pulak gincu kyle merah glam. Brahi benor semek nie berdandan. Aku tak tahu la nak cakap apa lagipon dia nia dah macam assistan kecantikan aku lak. Bagi aku pakai sabun kopi la,Beras pulut la, kunyit la. Haaa. Cakap pasal kunyit aku masih teringat lagi. Amalina bawak serbuk kunyit tu dari rumah dan dia cakap dia baca kat internet kunyit nie boleh jadikan kulit kita putih so aku pon join la. Malam tu kita orang pon pakai.hasilnya

Bukan setakat putih, kuning melepak kau. Aku pon tak tahu nak wat ape masing masing pergi gonyoh muka kat singki, mana taknya abis satu dorm dia pujuk pakai. Hahahah. Mujur hilang.. haihhh. Macam macam kenangan aku kat dorm ni

Disebabkan aku malas melayan merenah minah amalina nie aku pon turun la sebab nak pergi charge phone, alang-alang tu, cuci mata jap tengok crush aku yang tengah tergedek-gedek masuk dorm dia. Asrama kitaorang nie menghadap masing masing. Aspuri dan aspura so kena hati hati la.

Asrama nie tak benarkan bawak telipon bimbit sebabb tu la takde tempat mana nak charge fon. Tempat yang biasa kitaorang guna adalah bilik menggosok n bilik dobi. Tu je la bilik yang ada elektrik so mana-mana plag yang kosong tu kita orang rembat je

Waw. Bertuah betul, ada banyk lagi plag kosong. Dengan gembiranya aku mengecharge fon ku

Lepas aku charge, aku ambik peluang tengok hasil kertas najwa tu kat dewan makan.

    Lahanat betul. Rela kau beratur dari ambik makanan yang terhidang kat atas meja tu. Buta ke tak  reti membaca. Hina sangat ke? Jijik sangat ke uhuhuhuhu. Aku bersentimental

Haihhhhh.

------------------------------------------------------

A/n
Esok sekolah, bertimbun la hw aku nanti. Kalau aku update lambat tu maknanya aku dah takde kat sinie. Ditimbuni oleh bukubukuku. Faham faham la y

Hw korang dah siap belum? Hah
Tq sebab baca. 😘


-Aries. 

budak-budak nakalWhere stories live. Discover now