2008 ,
Muhamad Naim , 2 bulan 29 hari telah meninggal dunia kerana ada penyakit jantung berlubang . Dia lah adik bongsuku sebelum ini . Tetapi Allah SWT lebih sayangkannya . Saat doktor hendak bawa arwah ke bilik pembedahan , arwah selalu tenat . Seperti ada hikmah disebalik kejadian ini berlaku . Selama 2 bulan 29 hari , arwah berada di ward NICU , 3 hari sebelum arwah meninggal dunia , arwah sempat berada di rumah selama 3 hari 2 malam . Arwah meninggal pada hari ahad jam 7.00 pagi . Masa tu abah baru gerak pergi kerja , time tu abah kerja dekat semambu , dulu kami susah . Abah pergi kerja pun naik motor je , tapi aku selalu kuat tabah apabila tempuhi ujian yang sangat berat . Sebelum ni arwah minum susu melalui wayar yang disambung ke dalam hidung . Sebelum arwah meninggal ada bunyi yang pelik pagi tu aku pun cepat-ii panggil mama kata naim ada bunyi pelik . Time tu aku bodoh lagi baru 5 tahun . Tapi time tu aku lah paling bagus dalam adik beradik hehe . Mama cepat-ii pari pergi dekat arwah . Mama angkat arwah pastu kitorang duduk kat atas toto aku pun tanya mama "kenapa dengan naim ma" . Time tu air mata mama mengalir seolah olah mama tahu ada benda yang akan berlaku . Aku pandang pelik kat mama pastu tiba-ii bunyi dekat arwah tu makin laju dan kuat . Time tu aku start nangis panggil nama arwah . Time tu adik beradik aku yang lain tidur lagi . Aku menangis kuat gila jerit-ii panggil nama arwah . Tiba-ii bunyi pelik kat arwah tu dah stop pastu slow-ii nafas arwah ditarik time tu lagi kuat aku nangis sambil jerit "adik adik adik kenapa ni adik kuat kan , naimmm naimm kuatkan" time tu mama nangis , aku peluk arwah . Aku dakap arwah kuat-ii sambil cakap "kakak sayang adikk" time tu mama letak arwah dalam buai baby yang katil tu pastu mama suruh kejut yang lain . Aku pun kejut la sambil nangis cakap "bangun bangun naim dah takde" mama call abah dengan perasaan yang begitu hampa , time diorang bangun tu terus diorang pergi dekat arwah then peluk arwah . Time tu pun diorang nangis . Tiba-ii abah sampai kitorang cepat-ii balik rumah atuk dekat bukit kuantan . Time tu ramai juga la kat rumah atuk sedara mara datang pastu kitorang naik atas nenek aku tanya "kenapa nangis ni" pastu aku cakap la yang arwah dah takde . Time tu diorang kelam kabut gila . Pastu ada 2 orang cousin aku datang dia peluk aku dia suruh aku sabar time tu diorang pun nangis . Time tu memang takboleh nak terima langsung yang arwah dah takde . Masa nak kafankan arwah , aku sempat cium arwah . Masa nak kebumikan awah tiba-ii aku pening tak tau kenapa . Jadi mama suruh aku duduk rumah atuk . Aku pun ok je lah . Time tu aku masuk bilik sebab pening . Dari pagi sampai nak kebumikan tu air mata tak berhenti mengalir . Aku tawakal je dekat Allah . Allah maha berkuasa right . Lepas diorang balik dari kebumikan arwah , diorang pujuk aku suruh sabar . Time tu aku berhenti menangis . Lama sikit aku dah boleh move on rasa lega doo . Time tu badmood gila ah . Memang takboleh nak kata apa dah . Redaa je time tu . Setiap malam menangis teringatkan arwah . Rindu nak dengar arwah berteriak minta susu . Ada sepasang baju arwah yang mama tak cuci bau arwah weh ! Kalau pandang baju tu mesti air mata mengalir . Tapi nak buat macam mana kan Allah lebih sayangkan arwah . Pada 2014 lahirlah sorang insan baru dalam family kitorang nama dia jeng jeng jeng " Muhamad Aqil Ziyyad" time tu aku happy gila doo dapat adio baru . Time ambil mama kat hospital tu , mama takdan turun katil aku kat depan mama taksabar nak tengok baby hehe . Time tu nice gila arwah Naim meninggal 28/7/2008 . Adik baru lahir 29/7/2014 tak sangka pulak tarikh macam tu . Sekarang alhamdulillah dah boleh move on , cuma setiap kali teringat arwah air mata mengalir . Sedekahkan al fatihah je mampu . The end guys ^_^ . Moral of the story "kita kena sabar walau kita kena tempuhi pelbagai ujian yang Allah bagi kerana ada hikhmanya disebalik ujian itu" 😊