TARBIAH RINDU

69 5 2
                                    

Menoleh ke belakang lagi, jauh di pelusuk memori semalam.

Kelam.

Namun masih dalam bayangan. Kenangan yang merubah hidup ini menjadi seperti hari ini. Dulu, tidak siapa mengenali jasad ini, kaku tiada yang tahu. Kenangan itulah yang merobek lakaran takdirku.

Pertemuan dengannya, gadis berpurdah di bawah langit Gaza.

20 tahun berlalu.

Aku ingat dengan jelas lagi detik-detik pertama pertemuanku dengannya. Masa itu, aku masih bergelar seorang mahasiswa di universiti Islam tertua di dunia. Ku ke tebing Gaza untuk merasai sendiri pergolakan dan kehidupan orang Palestin di sana. Waktu itu, umurku 24 tahun. Sanah terakhir di universiti.

Tahun 1996. Tiga tahun selepas berakhirnya gelombang Intifada Pertama 1987-1993). Beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya pertama presiden di Palestin, 20 Januari. 97 peratus dari 1,028,280 rakyat Palestin keluar mengundi. Natijahnya, Yasser Arafat mengalahkan Puan Samiha Khalil atau Umm Khalil, seorang wanita yang hebat. Tak perlu diceritakan lagi tentang Arafat, semua orang sudah maklum.

Ringkas cerita tentang Umm Khalil, beliau adalah pengasas 'Al-Inaash al-Usra' (Society for the Support of Family) di garajnya hingga ia menjadi sebuah pusat kebajikan terbesar  yang paling efektif di Palestin dan masih wujud hingga kini. Tahun 1980-an, beliau pernah ditahan Israel Defence Force (IDF) sebanyak 6 kali. Namun, parti beliau ini secara umumnya adalah parti demokratik ala sekular yang cuma mendapat tempat minoriti di kalangan rakyat. Poin di sini, walaupun parti berlainan, semangat perjuangan itu ada dalam membela kebajikan rakyat. Tidak seperti pemimpin yang ada di zaman sekarang, majoriti naik untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri. Nak untung, nak kaya, nak kuasa.

Waktu itu, masih ramai ulama' yang masih hidup. Pejuang unggul serikandi Ikhwanul Muslimin, Zainab Al-Ghazali masih ada. Syeikh Muhammad Al-Ghazali yang terkenal sebagai ulama' haraki, guru Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan mufassir tafsir Al-Quran secara tematik pun masih hidup hinggalah beliau meninggal pada 9 haribulan Mac tahun 1996. Perintis-perintis perjuangan Hassan Al-Banna.

Aku singgah di Inaash. Masa tu ada program mengajar budak-budak bawah 7 tahun. Kekurangan guru. Jadi, aku menawarkan diri untuk jadi tutor sementara dalam seminggu begitu aku bermusafir di sana. Ku curahkan ilmu-ilmu agama asas yang ku pelajari di Al-Azhar. Bacakan pada mereka sirah-sirah Nabawi. Budak-budak lebih suka mendengar cerita dan aku dapati kanak-kanak Palestin ini sama saja sifat keanak-anakan seperti kanak-kanak di Malaysia. Cumanya, dalam diri mereka ada semangat perjuangan dan sangat patriotik.

Masuk hari ketiga aku mengajar di situ, ada seorang guru lain tampil untuk mengajar Ilmu Hisab atau Matematik. Seorang wanita berpurdah. Fasih arab dalam slanga daerah Palestin. Selepas sesi pengajaran, aku ada cuba berbicara dengannya dalam Bahasa Arab Ammiyyah. Namun, dia tak suka aku bercakap dalam loghat daerah. Dia kata, lebih gunakan Bahasa Arab standard. Aku akur. Hari demi hari, kami makin rapat. Namun, tidaklah melebihi batas.

Akhirnya, tibalah harinya, aku kena berangkat keluar dari bumi tarbiyah Palestin, kembali ke Mesir. Rasa di dalam dada sudah membuak. Gejolak jiwa dan darah muda. Aku mengucapkan selamat tinggal dan berpelukan dengan kanak-kanak di situ dengan isak tangis, sungguh tak sangka mereka ini telah menganggapku seperti keluarga sendiri. Manis ukhuwwah yang terjalin atas dasar agama.

Aku pergi mendapatkan gadis berpurdah itu. Meluahkan hasrat hati. Dia menyatakan dia tidak menolak hasrat hatiku. Kerana dia juga ada merasakan yang sama. Senang dengan diriku. Berbunga-bunga rasa seperti yang ku rasakan. Dia cuma menyampaikan pesanan, seandainya ada jodoh, percaya dan yakin pada janji Tuhan, andai telah dititipkan di Lauh Mahfuz kami bersama, pasti akan bersama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TARBIAH RINDUWhere stories live. Discover now