Cuti akhir tahun ni aku rasa sama seperti tahun-tahun yang lalu .
Menjadi rutin seharian aku bila menjelang sahaja waktu cuti iaitu menolong ibu aku di sawah . Dua orang adik aku duduk di rumah seperti biasa , menghabiskan masa mereka dengan bermain . Ayah? Kerja dia hanya melepak di Warung kopi Pak Samad di hujung kampung . Kasihan juga kadang-kadang aku tengok ibu melawan panas terik di tengah tengah bendang untuk sesuap nasi ." syifaa ! Hang siap dak lagi ? Lekaih la aku dah lambat ni " laung ibu dari luar rumah memanggil manggil nama ku .
" Ha sat sat , ni siap dah "
Sebelum aku turun dari rumah papan itu , sempat aku toleh ke adik-adik aku yang masih hanyut di awan mimpi . Setelah menutup pintu rumah , aku membonceng motosikal yang dibawa oleh ibu .
" ni Syifaa harini kita balik awai sikit naib " kata ibu di atas motor .
" laa pasaipa nak balik awai ? Ni alang alang Syifaa ada sekali boleh la Syifaa tolong mak banyak sikit " balas aku hairan .
" ish aku cakap hang dengaq boleh dak " balas ibu lagi marah .
Setelah sampai di bendang , kami berdua turun dari motosikal yang dinaiki dan terus menuju ke tengah sawah .
Sedang sahaja leka berjalan , tiba tiba kaki aku tersepak sebuah botol kaca yang pecah .
" Adoiii ! Sakit ibuuu !! " jerit aku meraung kesakitan sambil melihat darah yang tidak henti mengalir keluar dari kaki aku .
" Astagfirullah Syifaa ! Hang buat lagu mana ?! "
" Mana cek tau , Syifaa tak perasan pun "
Sedang asyik aku merungut , aku melihat ibu berlari lari anak ke motosikalnya untuk mengambil sesuatu . Selepas beberapa saat , dia kembali semula dengan sehelai kain yang selalu digunakkannya untuk mengelap peluh dan sebotol air mineral yang selalu diminumnya bila tamat sahaja bekerja ." mai sini kat mana hat kena tu " kata ibu.
Aku tidak membalas sebaliknya hanya menunjukkan tempat di mana aku luka dengan jari telunjuk . Emak cepat cepat membasuh lukaku menggunakan hampir setengah air botolnya lalu membalut kakiku . Rasa bersalah terus membelenggu diri . Sebab aku ibu lambat.
" ibu , Syifaa minta maaf "
" La hang dok buat drama apa kat sini , dah ni ibu dah balut dah ha hang tunggu kat pondok tu satgi pukui 9:30 kita balik " kata ibu .
Aku melihat ibu di tengah tengah sawah dari jauh . Ibu kelihatan sangat letuh tetapi tetap berusaha untuk mencari rezeki buat keluarganya . Harapkan abah memang tak la , yang dia tahu dia cuma nak aku pandai itu saja yang dia harapakan .
Sedang asyik leka merenung seribu batu . Terdapat seorang perempuan berjalan di hadapan aku sambil melemparkan sebuah senyuman . Gaya perempuan ni seperti orang bandar sahaja .
" Hai ! " kata nya , ceria .
" hai ! "
" Boleh saya duduk kat sini jugak ?"
" Boleh , mai la " pelawa aku kepadanya .
Setelah dia melabuhkan punggung dia bertanya lagi .
" awak duduk dekat kampung ni ke ? "
" ha aku duduk kat sini , awak? " menyampah pula rasa bila acah acah cakap KL ni .
" Saya baru je pindah dari JB , eh before i forgot apa nama awak?"
" Nama saya Myra Syifaa panggil je Syifaa "
" Wah what a nice name ! Nama saya Rania Syaraa panggil je Syar . Em nice to meet u " kata ya penuh senyuman di bibir .
Aku hanya tersenyum . Di dalam hati aku ini aku sungguh mengharapkan bahawa ini pertemuan kami yang pertama dan terakhir . Sebab aku tak suka , tak suka diteman .
YOU ARE READING
Be my prince .
Romance" Aku benar benar dah insaf . Tolong percayakan aku . Aku betul dah lupakan semua kisah silam aku . Aku bukan lagi Myra Syifaa yang dulu " " Kau ingat senang ke aku nak percaya ? Tudung labuh kau tu tak bermaksud kau tak boleh tunjuk balik rambut k...