It's him!

12 0 0
                                    


Hari ini merupakan hari pertama aku berkerja di sebuah Hongdae Streets cafe yang terletak berhampiran dengan rumahku. Ayahku yang menawarkan kerja ini. Katanya, anak kepada kawannya merupakan seorang pengurus di kafe tersebut. Jadi, tidak salah kalau aku bekerja dengan anak kepada kawan ayahku.

"Omma, hari ni hari pertama Sena kerja dekat kedai anak kawan appa. Kalau tak silap, nama dia Minseok, tapi orang panggil dia Xiumin. Sena pergi dulu, ya?" Aku memberitahu ibuku yang sedang berada di dapur. Mungkin ibu sibuk menyediakan sarapan pagi untuk kami semua.

"Dah nak pergi? Sarapanlah dulu..." Ibu keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi empat cawan dan satu teko Teh O.

"Tak apalah omma, nanti Sena sarapan dekat luar je," baru aku hendak melangkah ke pintu, bajuku ditarik dari belakang. Nasib baik tidak jatuh. Aku menoleh ke arah belakang dengan dahi yang berkerut.

"Ish, agaklah nak tarik pun, nasib baik tak jatuh." Aku menepis tangan abangku yang masih memegang bajuku. Tengok, kan dah renyuk!

"Sarapan dekat sini je, tak payah nak membazir beli sarapan dekat luar. Aku malas nak hantar kau pergi beli sarapan nanti," kata abangku yang agak menjengkelkan. Siapa lagi kalau bukan Oh Sehun, huh.

"Wait, oppa nak hantar Sena?" Aku agak terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Sehun. Dia nak hantar aku? Abang aku ni tiba-tiba je baik, macam ada something je ni. Aku memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya.

"Yelah, hari ni aku hantar kau, esok lusa kau pula yang hantar aku, hahaha!" Sehun ketawa sambil menarik kerusi di meja makan. Sudah aku agak, kalau dia tolong, mesti nak balasan. Aku menjeling abangku lalu turut menarik kerusi bersebelahan dengannya.

Setelah aku mencapai roti yang disapu jem strawberi dan mentega, ayahku menarik kerusi di hadapanku. Ibu menuangkan air ke dalam cawan dan diagihkan kepada kami. Aku menyambutnya dam mula menyuapkan roti di tangan ke dalam mulut.

"Nanti balik sendiri, aku malas nak jemput..." Sehun menekan pedal berhenti setelah memberhentikan kereta di tepi sebuah kafe lalu memandangku dengan muka tiada perasaan.

"Rajin hantar, rajin jemputlah..." Aku juga memandangnya tetapi dengan muka yang bengang. Tadi bukan main lagi nak hantar.

"Aku hantar pun sebab aku nak pergi syarikat kawan aku, dah satu jalan dengan kau, aku hantarlah sekali." Ujarnya lagi.

Aku hanya menarik muka masam. Nampaknya, terpaksalah aku balik sendiri masa hari pertama bekerja. Aku menanggalkan tali pinggang keledar lalu mencapai beg tanganku yang diletakkan di tempat duduk di belakang. Aku terus keluar daripada kereta dengan muka yang tidak berapa nak ceria. Oh Sehun punya pasal.

Setelah kereta abangku meluncur pergi, aku memusingkan bandanku menghadap kafe tersebut. Besar dan cantik. Aku tersenyum sendirian. Aku mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam.

Setibanya aku di dalam, seorang pekerja yang memakai tag bernama Jongdae mengajakku untuk masuk ke dalam pejabat. Mungkin untuk berjumpa dengan pengurusnya.

"Miss Sena, right?" Seorang lelaki yang memakai pakaian yang berlainan dengan Jongdae, menegurku. Tahu pula dia akan namaku. Aku mengangguk lalu duduk di kerusi berhadapan dengannya. Jongdae pula sudah keluar dari pejabat.

"Saya Minseok." Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dan aku menyambut huluran tersebut. " Terima kasih kerana sudi bekerja di sini memandangkan pekerja di sini juga berkurangan..." Sambungnya lagi.

Aku tersenyum ke arahnya lalu dia memberikan sehelai kertas dan pen kepadaku untuk aku menurunkan tanda tanganku. Aku rasa ini adalah kontrak aku bersama kafe ini di mana aku akan bekerja selama sebulan sebagai bulan persediaan dan bulan yang selebihnya sebagai tarikh kerja tetapku.

One More ChanceWhere stories live. Discover now