Being loved sucks.
Being in love also sucks.❤️❤️❤️
"Kakak bangun kakak! Dah pukul berapa dah ni tak bangun bangun lagi. Anak dara siapa lah ni Astaghfirullahalazim!!!"
Amni dah garu-garu kulit kepalanya yang sememangnya tidak gatal itu.
"Mummy harini kan hari sabtu lek lek sudahlah." Suara malasnya kedengaran perlahan.
Dibuka matanya yang masih penuh dengan tahi mata itu. Tahi mata serupa gam hahaha. Digesek-gesek dengan malas untuk melihat mummy yang sudah bercekak pinggang ditepi tingkap biliknya.
Mummynya sedang mengikat langsir biliknya. Terus terpancar sinaran matahari ke kornea matanya.
'Haishhh! silaulah' Ditutup mukanya dengan bantal.
"Bangunlah kakak!" aduh sakit punggungnya!
Alahai mummy ni main cepuk cepuk bontot pulak haihh.
"Yelah yelah kakak bangun lah ni." menggeliat.
'Ya Allah nikmatnya menggeliat ni.'
Diulangnya berkali-kali. Nampak sangat lah nikmatnya tu.
Dengan langkah malas dia mengambil tuala di ampaian ditepi almari bajunya. Ditarik dengan malas, dengan langkah longlai dia masuk ke tandas.
Lalu, Amni pun mandi sambil berfikir-fikir apakah aktiviti yang hendak dibuatnya pada hari sabtu yang cerah ini.
❤️❤️❤️
Sekejap terlentang. Sekejap meniarap. Sekejap mengiring.
lifeless sungguh hidupnya kalau hari sabtu. Nak keluar member semua jenis anak-anak yang baik. Bak kata orang depan mak bapak pijak semut pun tak matilah. Padahal kat sekolah...
Amni malas nak kutuk member member dia lagi 7 orang tu sebab mereka berlapan semua sama kepala. Cerdas lain macam berbanding rakan rakan lain yang sebaya dan seusia mereka (acah). Aktif lain macam. Kategori hyper lah tu dah.
Amni kembali terlentang.
Matanya merenung syiling. Leka dia melihat bintang-bintang dan bulan-bulan yang ditampal di syiling biliknya. Bila malam lampunya menyinar. Cantik je.
Ingat lagi waktu umurnya 8 tahun dia pergi rumah sepupunya dan dalam bilik sepupunya ada bintang dan bulan seperti itu. Balik saja ke rumah terus diminta papanya untuk belikan. Sampai menangis menangis nakkan benda tu. Lalu papanya gigih membeli dan menampal di syiling biliknya.
"Macam macam rupanya aku ni." monolog Amni sendiri sambil tergeleng-geleng.
Leka dirinya memejam mata.
Nak buat homework dia memang malas. Kat sekolah selalunya baru dia akan menyiapkan homework yang cikgu beri. Apa lagi pinjam buku Akmal lah budak paling pandai dalam kelas dia.
Krikk krikk je life dia sekarang ni.
Nak ajak mummy keluar mummy nya ada meeting. Papanya ada saja dirumah sedang menanam pokok bunga. Nak tolong papa? tak payah lah. Dia ni memang pemalas dan tak minat benda benda melecehkan banyak kerja macam tu.
Abangnya Fikri di universiti, tak balik pula minggu ni. Adiknya pula si Fitri pergi tuisyen home tutor dekat rumah jiran sebelah.
5 minit kemudian...
'Tadaaaaa!' mentol menyala dikepalanya.
Dia dah tau dah nak buat apa.
Pantas tangannya mencapai Iphone 5 nya diatas meja belajar. Jarinya pantas diletak di button home. Pantas saja finger print nya dapat membuka passcode Iphone nya. Aplikasi Whatsapp dibuka dengan tidak sabar.
Whatsapp group 'Science Technology 5 Delta' pantas dibuka. Contact ahli group bernama Hijaz pantas ditekan. Private message bersama Hijaz dia mulakan.
Amni
Salam
Hijaz aku ni Amni
Siapa nama member kau tu?
Dengan sabarnya dia menunggu Hijaz reply Whatsapp nya.
Hijaz
Wassalam
Aku dah hagak dah kau ni
Nama dia Zaim
Amni
Kau diam diam dah lah
Kecoh siap kau!!!!
K
Tersenyum lebar terus Amni dibuatnya.
Hijaz
Kesah pulak aku
Kalau kecoh siap kau Hijaz.
Bluetick saja diberikan kepada Hijaz.
Maka agendanya untuk hari sabtu pun bermula.
![](https://img.wattpad.com/cover/97708369-288-k110163.jpg)
YOU ARE READING
14 May
Teen FictionTiada cinta yang lagi indah berbanding pabila perasaan berbalas. Huluran cinta disambut. Dua hati bersatu. Anggapan ramai cinta monyet tidak kemana. Tapi tiada siapa mengetahui takdir mereka, bukan? Kisah ini tentang Amni dan Zaim. Cover by @cikle...