Satu kejadian di Secret Recipe.
Rasa berbahang je Secret Recipe sekarang ni. Tak bukak aircond ke? Tak pun owner tak bayar bil elektrik. Tak kisah lah. Bukalah aircond negatif satu darjah celcius sekali pun, dah memang tak boleh nak sejukkan hati aku yang tengah panas ni. Bila-bila masa je aku nak sula mamat depan aku ni. Kenapa aku ditemukan dengan mamat ni. Ya Allah.. Berikanlah aku kekuatan. Kukuhkanlah kesabaran ku.
"You ni selfish lah." Marah ku. Tahan sikit suara supaya tak sampai ke telinga pengunjung-pengunjung yang lain. Malu dowh gaduh tengah-tengah orang ramai ni.
"Ya, memang I selfish. I tak mintak lebih Ana. I mintak kita tangguh kan weeding kita je. Tak lama pun". Daniel cuba mempertahankan kehendaknya tanpa memikirkan Perasaan orang lain.
"Tak lama you cakap? Tiga tahun kut. Kalau I bela anak kucing, boleh beranak pinak kucing tu, you tau tak? Dalam masa tiga tahun tu, macam-macam boleh jadi, tahu tak?" Kuat suara ku berkata-kata. Pasangan yang duduk di hadapan kami berpaling. Kalau dah sampai macam tu, kira kuat lah kan?
Daniel merupakan tunang Adriana. Dah lama dah diorang ni bertunang, tapi tak kahwin-kahwin.
Daniel dapat tawaran apa tah untuk mengambil alih projek besar di bawah syarikat tempat kerja Daniel sekarang ni. Katanya , tawaran ni sekali seumur hidup. Hasil pun lumayan. Sayang kalau nak lepaskan. Lagipun aku memang dah tahu Daniel ni memang gile dengan kerja. Asyik kerja je. Kalau boleh, aku suruh si Daniel ni kahwin dengan kerja dia. Tengoklah hari tu, barang hantaran untuk belah perempuan, baju pengantin, mas kahwin, dewan semua lah, mak dia yang siapkan. Sampai aku pun keliru, siapa yang nak kahwin sekarang ni. Mak dia ke, dia yang nak kahwin.
Yang company dia ni pun satu, boleh pulak buat syarat gila macam ni. 'Tak dibenarkan berkahwin semasa projek sedang berjalan'. Syarat negara mana pulak company dia ambik ni. Nak pergi Marikh ke apa? Sepanjang aku hidup, tak pernah pulak dengar ada syarat macam tu. Hish... Geram betul aku.
"Tak boleh ke you lepaskan tawaran ni demi I, Daniel." Aku mengeluh penat. Kadang-kadang (macam selalu je) aku rasa, dia ni memang tak sayang aku.
"Lepaskan? Mana boleh. Peluang ni sekali seumur hidup je tahu. Mana mungkin I tolak. You fikir senang ke I nak dapat tawaran ni. Sepuluh tahun akan datang, belum tentu I dapat tawaran ni lagi. Ni cita-cita I. Ni peluang untuk I jadi kaya. I pun nak merasa pegang jawatan tinggi. Apa pun terjadi, I takkan lepaskan tawaran ni. You tak faham Ana, I nak kejar gaji yang tinggi. You anak datuk. Mana faham dengan semua ni. You tak payah susah-susah nak kerja keras. Lepas grad you memang dah dapat position dalam syarikat papa you".
Memang sah! Lagi sahih, Daniel ni mata duitan. Dasar gila duit betul. Siap sindir aku pulak tu. Yang kaya bapak aku lah sengal.
Aku menangis dalam hati. Ni ke perangai sebenarnya tunang aku. Kejar kebahagian dunia. Aku geleng kepala. Dalam hati dah separuh redha, apa nak jadi, jadilah.
"You tak sayang I ke?" Daniel dah main peranan dia dah. Siap nak merayu bagai. Haish... Buat lah apa pun aku memang tak akan layan. Sorry ye, mahkamah rayuan tutup cuti umum hari ni. Cuti umum sempena sakit hati plus bengang.
"Tapi Daniel , ni bukan kali pertama tau you batalkan majlis kita. Ni dah masuk kali ketiga tau tak? I nak jawab apa dekat papa I kalau dia tanya?"
"Alah... Cancel jela. Ada dua bulan lagi kan? Apa yang sudah sangat?"
Senang gile die cakap macam tu.
Ni lah perkara, yang paling aku bimbang sebenarnya. Skema jawapan peperiksaan mana pulak aku nak chilok ni? Entah papa terima ke tak. Dah lah masa bertunang dulu papa dah pernah tentang. Sebab sayangkan aku punya pasal, akhirnya papa ikut je. Ni, jadi macam ni pulak. Kalau tak kena gaya, tak pasal-pasal aku kena halau dari rumah.
"You are to much Daniel. Tahu tak impaknya kalau I cancel. Papa I malu besar, you tahu tak? Susah payah dia aturkan weeding ni untuk kita, sesedap teh limau letak ais je you nak cancel?" Aku tahan marah. 'Sabar Adriana, sabar... Lelaki memang macam ni. Suka sambil jalan mudah. Risikonya bukan dia yang tanggung pun. Aku jugak.'
"I cakap tak nak... Tak nak lah." Suara lantang perempuan di meja depan menggangu seketika. Sekilas aku pandangan pada meja dekat sana. Pasangan kekasih tengah bergaduh jugak. Memang secret recipe ni tempat couple bergaduh ke, macam mana.
YOU ARE READING
Meet My Mr. Right
RomancePertunangan yang putus antara Adriana dengan Daniel telah menyebabkan Adriana serik untuk bercinta. Tetapi kehadiran Tengku Adam menyebabkan hati Adriana kembali terbuka. Di saat Adriana mula bahagia, Daniel datang menangih kasih. Siapa yang akan me...