mesra

14 2 0
                                    

Masihkah kau ingat dimasa kita sebantal ,
Kau tahu ,
masa aku dalam pelukkan kau , aku merasakan kemesraan kasihsayang kau . Terbuai aku melayan kehangatan badan kau . Aku mengenggam jemari kau seperti kita sedang berpaut dijuram gunung .
Dan,
Dimasa aku mendakap diri kau ,
Aku curahkan segala kasih dan cinta pada kau , agar kau merasakan ketenangan . Aku tatap wajah kau sehingga kau nyenyak dibuai mimpi .
Aku sempat kucup sepenuh hati didahimu dan berterima kasih ketika kau masih rapatkan kelopak mata yang istimewa bagiku .
Aku meluahkan bisikan
"Sayang , terima kasih untuk segala kasihsayang dan selalu buat aku merasakan bahagia hidup berpasangan , aku janji pada diri aku akan jaga kau sehabis kudrat dan selalu ada untuk kau sepanjang masa . Kau tiada gantinya dan keperibadian kau tidak serupa wanita lain yang aku kenal . Terima kasih sayang "

Hari ini aku lalui segala suka duka tanpa kau disisi . Jika satu hari nanti aku berpeluang seperti dulu . Aku ingin berkongsi hidup bersama kau . Dan aku juga mahu melepaskan segalanya didalam pelukan kau .

Sayang jaga diri awak tau 💕

SECEBIS RINDU UNTUK FAVGIRLWhere stories live. Discover now