Apple. Datangnya bersama keychain yang berbentuk serupa. Sebiji epal.
"Kenapa apple?"
"Supaya kamu sihat selalu."
Berkerut dahinya cuba menangkap maksud si jejaka.
"An apple a day, keep the doctor away."
Nah, begitu rupanya. Dia angguk. Senyum sendiri.
"Terima kasih."
****
"SID. Nur Siddique." Salam perkenalan dihulur. Sepi tidak bersambut. Hanya jelingan tajam disebalik kaca mata hitam membalas pandangannya. Namun, senyum Sid masih terpamer tak peduli.
"Pergi main jauh-jauh. Aku tak berminat nak berkenalan bagai." Dingin Reuben menghalau. Dia tak suka berteman. Sama ada lelaki atau perempuan, dia memilih untuk sendiri. Dunianya adalah hak kekal abadi, tak perlu ada orang lain untuk jadi penceroboh.
"Tak kisah. Kita sama-sama cari rezeki.Aku sekadar mahu berbaik-baik." Sid angkat bendera putih. Tak mahu ada pergaduhan tercetus nanti. Boleh tahan baran jiran selang sepetaknya itu. Orang tak sudi, dia tak kuasa nak berbaik-baik.
Tikar plastic dibentang buat alas duduk. Lambakan kasut terpakai disusun elok-elok atas tikar 5.30 petang nanti pasti kawasan pasar malam ini sudah dipenuhi orang. Paling tidak jualannya laku buat lepas belanja 3 hari akan datang. Cukup untuk tanggung dirinya sebelum operasi baru dijalankan lagi.
"Selagi hayatku memikul bebanan,
Selagi bahumu merasa siksaku,
Selama senyuman menjadi senyumku,
Ku bawa wajahmu walau diriku jauh."
Rentak sendiri. Sentuhan baru. Reggae. Lain dari yang lain. Suara boleh tahan. Itu semua komen yang dah lali diterima tetapi baru bermain difikiran Sid. Ada sesuatu yang istimewa pada lelaki berbaju kelabu itu. Dia terus melayan lagu-lagu yang seterusnya sehingga pasar malam lebih hingar menenggelamkan suara Reuben.
***
"NANTI kalau Anith tinggal Ben, Anith tak nak Ben sedih. Ben kena teruskan cita-cita kita." Air mata menitik jatuh ke atas bantal. Anith menarik nafas dalam-dalam, tersekat-sekat penuh susah payah.
"Apa Anith cakap macam tu. Kita dah janji nak masuk Universiti sama-sama." Jari-jari Anith dan Reuben bersulam bagai takkan lepas. Apapun terjadi mereka takkan terpisah. Berderet-deret lagi impian yang belum tertunai bersama. Andai kata Anith tak mampu melawan kansernya, haruskah semua impian sama terkubur?
"Anith tak boleh, tapi Ben boleh. Janji dengan Anith yang Ben takkan mungkir janji?" Dia menatap Ben dengan linangan air mata. Sempat air mata Ben diseka sebelum jatuh menitik ke bumi.
"Janji dengan Anith." Desaknya bila Reuben mengalih pandangan ke dinding bilik hospital.
"Ben..."
"Janji." Kelingkingnya dikait dengan Anith punya. Masing-masing senyum dalam kepayahan. Sekali lagi Reuben mengalih pandangan sebelum Anith melihat dia tewas menahan air mata.
***
KEY-CHAIN apple ditenung, kenangan lama yang terlipat kemas dalam kamus memori tersingkap tanpa sengaja. Garis jingga dilangit berselang-seli dengan garis ungu kebiruan menghiasi langit pagi. Satu lagi pagi tanpa Anith. Sejak pemergian Anith , dia hilang punca. Hidup tak punya sesiapa. Ada ibubapa hanya pada nama. Jarang sekali ketemu biar duduk sebumbung. Bukan salah mereka. Cuma dia yang memilih menjauhkan diri. Tak apa, Ibu masih punya Pijoe dan Joanne yang baru mengenal dunia. Dia sudah cukup dewasa untuk membawa diri. Ah, boleh gila kalau duduk melayan perasaan begini. Gitar disimpan semula kedalam beg. Zip tergantung key chain azimatnya ditarik hingga ke hujung, langsung disangkut ke bahu. Wajah di cermin diperhatikan sepintas lalu. T-shirt independent seperti biasa, Bermuda coklat dan snowcap hitam. Malas mahu bersiap, disarung pula sunglasses melengkapkan gaya. Tak tahu nak kemana, ikut sahaja dimana langkah berhenti.
YOU ARE READING
R.A.D.S
SpiritualReuben - Aku tak ada pilihan. Jadi ini adalah jalan yang aku fikir paling sesuai untuk aku waktu itu. Dan ia berlanjutan sehingga hari ini dan sampai bila-bila mungkin. Anith -Tak ada pilihan yang buruk dalam dunia kerana kita sentiasa diberi hak un...