Bab 9

5.6K 247 24
                                    

SEMBILAN

"Wah wah, grand nya dewan kita ni." sorak Diana sambil mengangguk-angguk kepala. Aku setuju. Atas kemahuan CEO syarikat kami, dewan syarikat yang tua buruk bagai nak roboh dihias cantik serupa isi mahligai istana.

Walau acara belum berlangsung, dewan ni sudah dipenuhi dengan pekerja syarikat pelbagai seksyen. Dari pembersih bangunan ke seksyen CEO.  Semua dijemput. Tak lupa tetamu V.I.P dan V.V.I.P dari syarikat lain dijemput sama. Yang penting, majlis gala night malam ni sangat meriah.

"Argh, banyak sangat" rungut Diana, aku menoleh padanya apa yang banyak?

"Apa yang banyak? Susah hati ku dengar bunyinya" soalku.

"Banyak sangat tetamu lelaki yang hensem dan hot" kata Diana dengan nada susah hati dia. Aku pulak tertawa kecil dibuatnya. Ingat lah apa tadi. "Tak tahu nak pilih yang mana"

"Ingat Diana, 70% tetamu lelaki kat sini sudah berkahwin atau bertunang" beritahuku. Macam mana aku tahu? Itu lah kelebihan bekerja sebagai setiausaha CEO si Naga.

Semua profil dan data pekerja, syarikat atau info mengenai pekerja sebelumnya, aku dapat akses. Ternyata putara jumlah pekerja di syarikat Satu Warna mempunya lebih ramai yang sudah berkahwin atau dah pernah berkahwin atau dalam erti kata lain yang duda, balu dan janda.

Aku tertawa dalam hati bila mengenang kembali info yang aku dapat tahu tempoh hari. Mana tak ramai, aku dan Helmi sendiri pasangan pernah berkahwin tu. Aku tak tahu lah setiausaha sebelum ni dapat akses ke profil pekerja macam aku atau tidak, sebab mungkin dia tahu status CEO dan aku sendiri.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Soal Diana membuatkan aku memandangnya.

"Apa?"

Diana mengeluh, "Aku kata boyfriend kau mana?"

"Oh, Shamsul?"

"Oh, boyfriend kau Shamsul ya?" Soal Diana dengan nada sarkastiknya. Aku pulak membuat muka pelik ku. "Of course lah si Shamsul, siapa lagi?"

"Aku tak tahu, dia tak kata pukul berapa dia nak datang." jawabku jujur.

"Argh."

"Kau cari dia kenapa?" Soalku cuba mengorek cerita.

"Aku curious je, all the guests here pakai suit and tux dan setahu aku si Shamsul hanya pakai sekali je suit dia masa waktu permulaan pertukaran syarikat dulu." rungut Diana.

Nampaknya, Shamsul ada peluang lah. Maksud aku, kenapa lah Diana nak tahu sangat penampilan Shamsul. Padahal dia kan ada kononnya Mr. Hot dia? Bagus lah Shamsul, kerja yang baik.

"Sorry I am late, I didn't miss anything kan?" Kata suara yang aku cukup kenal dari arah belakang kami. Siapa lagi kalau bukan...

"Shamsul?" Soal Diana. Aku pun turut menoleh dan memandang seorang pemuda berpakaian cukup kemas dari hujung rambut ke hujung kaki. Oh hensem.

"Ye, saya." jawab Shamsul dengan tawa kecilnya. "Ya, aku lah siapa lagi"

Aku tersenyum memandang reaksi Diana yang pipinya semakin merah. Eh, tak kan dia malu kot? Shamsul ni dengan dia cakap, bukan si Helmi. Muka merah bermakna apa berkembangan.

"Hey." tegur Shamsul memandangku. Aku pulak mengangguk tanda ku jawab tegurannya. Apa? Ya, ya, memang tak macam pasangan kekasih. Lama mata Shamsul memandangku, "You look beautiful tonight."

"You look handsome too." pujiku kembali. Itu lumrah kan?

"Are you sure this is Shamsul, Sarah?" Soal Diana memandangku. Aku pura-pura berfikir dan memandang curiga pada lelaki bersut hitam di sisiku. Sebelum mengangguk dan membuatkan Shamsul tertawa. "Cause, Shamsul that we know, ada janggut tau, dari pipi kanan ni sampai this side of pipi, not to mention his fashion sense soo 90's."

Mr. Hot yang DinginWhere stories live. Discover now